Thursday, September 8, 2016

Review Filem: Morgan (2016)

Hello readers.

Credit to Budiey.com kerana sudi jemput aku ke ke premier screening movie Morgan.

Filem genre thriller sci-fi ini dilakonkan oleh barisan pelakon yang sangat berbakat seperti Kate Mara, Anya Taylor-Joy, Rose Leslie, Michael Yare, Toby Jones, Chris Sullivan, Boyd Holbrook, Vinette Robinson dan pelakon kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh.


SINOPSIS FILEM
Filem Morgan menceritakan tentang seorang budak perempuan yang bernama Morgan. Morgan ni sebenarnya bukanlah dilahirkan macam orang lain, tapi 'dicipta' oleh beberapa saintis dari hasil eksperimen untuk melahirkan anak secara bukan kandungan normal. Morgan ni macam budak biasa je tapi memiliki kemampuan yang tak dimiliki oleh orang lain.

Saintif yang membesarkan Morgan ni semua percaya bahawa Morgan sebenarnya special. Dalam masa satu bulan dilahirkan, dia dah boleh berjalan dan bercakap. Pada usia 5-6 tahun Morgan dah pandai untuk mempertahankan dirinya sendiri.

Lepas tu berlakunya beberapa kejadian yang menujukkan tanda-tanda pelik pada Morgan. Dia mula bertindak ganas dan tak rasional dan sebab tu lah Morgan diawasi dan akan dinilai oleh orang dari satu jabatan untuk samada teruskan projek atau tamatkan projek tu.


REVIEW FILEM

Secara jujurnya, aku tak expect cerita yang watak psycho dilakonkan oleh wanita akan jadi sangat best. Semua karakter wanita dalam filem ini berjaya dibawa dan ditunjukkan dengan baik. Walaupun banyak orang pandang watak Kate Mara sebab dia dah popular, tapi aku salute kat Anya Taylor-Joy, dahla 16 tahun tapi dapat bawak karakter yang susah dengan sangat bagus.

Dari segi jalan cerita, memang rare dan susah nak expect. Korang takkan expect yang siapa Morgan sebenarnya, siapa Lee Weathers sebenarnya, siapa yang jahat dan siapa yang baik. Memang plot twist betul. Berbaloi untuk ditonton oleh peminat filem thriller. 

Bintang: ★★★★
Rating IMDb: 6.1/10


2 comments:

  1. alamak citer gapo ni.. cem seram je hehe.. akak tngk yang cute2 je =P

    ReplyDelete
  2. mcm menarik...
    hmm nk tgok ke x eaa huhu

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^