Friday, September 23, 2016

Review Filem: Storks (2016)

Hello guys, and girlss.

Credit to Budiey.com kerana sudi jemput aku ke tayangan perdana filem animasi Storks.

Menampilkan pelakon hebat Hollywood seperti Andy Samberg, Jennifer Aniston, Kelsey Grammar, Ty Burrell, Keegan-Michael Key, Jordan Peele, Danny Trejo, Stephen Kramer Glickman, Katie Crown dan ramai suara latar yang lain.


SINOPSIS FILEM
Filem Storks menceritakan tentang pekerjaan burung bangau yang di tugaskan sebagai penghantar barang, kira macam posmen melalui sebuah online site, Cornerstore.com. Ada seekor bangau tu nama dia Junior. Junior merupakan pekerja yang paling hebat dan akan dinaikkan pangkat.

Suatu hari secara tidak sengaja, Junior telah mengaktifkan mesin pembuat bayi yang sudah lama tak dipakai dan secara tak sengaja telah menghasilkan bayi yang sangat comel.

Dari situlah Junior takut sebab nanti kalau kantoi dia tak boleh naik pangkat. Tapi, dengan bantuan Tulip iaitu seorang manusia yang bekerja dan juga merupakan sahabat Junior, masalah itu dapat diselesaikan. 



REVIEW FILEM

Filem ni memang awesome dan berbaloi untuk korang pergi tengok kat panggung. Filem ini direct, dan jalan cerita tak berderet-deret. Nilai yang nak disampaikan bukan sahaja khas untuk kanak-kanak, tapi juga untuk kita yang dewasa ni.

Filem animasi ini menekankan bahawa betapa pentingnya ibubapa untuk memberikan sepenuh perhatian kepada anak anda terutama semasa mereka masih kecil sebab masa ini la mereka sangat perlukan kita. Komunikasi dan perhatian sangatlah penting.

Selain karakter bayi dan wolf pack yang sangat comel dan kelakar, filem ini juga menerapkan nilai seperti setiakawan dan saling bantu-membantu. Nilai kasih sayang juga sangat banyak diterapkan dalam filem ini. Korang akan faham apa perasaan aku kalau korang dah tengok movie ni. 

Bintang: ★★★★★
Rating IMDb: 7.4/10


No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^