Friday, September 9, 2016

Review Filem: Sully (2016)

Hello korang.

Credit to Budiey.com kerana sudi jemput aku ke ke premier screening filem Sully.

Filem biografi dari Amerika ini merupakan kisah benar yang diterbitkan Warner Bros. Picture. Filem ini dibintangi oleh Tom Hanks, Aaron Eckhart, Anna Gunn, Mike O’Malley, Jamey Sheridan, Michael Rapaport, and Laura Linney.


SINOPSIS FILEM
Filem Sully merupakan kisan benar dari Amerika yang menceritakan tentang Kapten Sully Sullenberger yang berjaya melakukan pendaratan kecemasan pesawat Airbus A320 yang mengalami gangguan teknikal di sungai di Hudson yang sekaligus berjaya menyelamatkan sebanyak 155 orang pada 15 Januari 2009.

Sebabkan pendaratan kecemasan tu, walaupun Kapten Sully berjaya menyelamatkan banyak nyawa, tapi banyak pihak yang mempertikaikan tindakan dia untuk melakukan pendaratan kecemasan sebab lapangan terbang yang terdekat adalah tidak jauh. Tindakan Kapten Sully telah dibincangkan oleh pihak berwajib dan banyak media sebab kes ni belum pernah terjadi.



REVIEW FILEM

Bagi pendapat personal aku, cerita ni macam bosan sikit sebab banyak sangat cakap-cakap, then jalan cerita dia slow. Sesuatu yang aku tak expect dari Warner Bros. Rating IMDb movie ni memang tinggi, mungkin sebab berdasarkan dari kisah benar, dan cerita ni dia tunjuk betul-betul apa yang jadi. Maybe sebab banyak sangat info yang nak diberitahu, sebab tu bosan sikit. Part yang action sikit je. Orang muda mungkin rasa cerita ni bosan juga.

Sebelum aku tengok movie ni, aku memang dah baca tahu tentang kisah lagend 'Sully' ni. Jadi aku dah ada idea movie ni pasal apa. Part yang aku suka dalam movie ni adalah pasal nilai pengajaran dia. Memang betul pun, walaupun semua orang pandang kapten ni sebagai hero, tapi ada je orang yang nak blame dia atas apa yang terjadi. Biasalah, manusia kan suka cari salah orang je.

Bintang: ★★★½
Rating IMDb: 8.0/10


No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^