Friday, September 2, 2016

Main Trampoline di EnerZ Extreme Park Subang Jaya

Hello guys.

Semasa entry ini ditaip, penat main lompat-lompat kat sini masih belum lagi habis. Tapi syok, boleh repeat, tapi takde la nak pegi tiap-tiap minggu, kalau aku fit mungkin la kan.

Sempena pembukaan semula EnerZ Extreme Park yang berlokasi di Subang Jaya ni, aku bersama suami berkesempatan untuk mengisi masa kami dengan melompat seperti kanak-kanak riang kat sini. Bagi korang yang teringin nak main trampolis ala-ala orang putih, boleh la datang dan cuba sendiri macam mana bestnya main trampolin ni.


EnerZ Indoor Extreme Park


Masuk je pintu masuk dia, korang memang akan direct nampak kaunter tiket. Kat kaunter ni ada jual tiket, air, stokin semua. Apa yang aku perhatikan kat sini kan, dia punya 'bilik' semua adalah hasil daripada kontena. So creative!


OFF PEAK (hari biasa) -3 jam.

Universal Pass: 1 pax RM39 
Pas keluarga: 2 dewasa+ 2 kanak-kanak RM117

PEAK (hujung minggu/ cuti awam/ cuti sekolah) - 2 jam.

Universal Pass: 1 pax RM46
Pas keluarga: 2 dewasa + 2 kanak-kanak RM138

*detail tiket lebih lanjut ada di akhir entry ini*



Jadi, bila korang dah settle beli je tiket ini, korang kene tunggu time slot yang ada. Untuk pengetahuan, tiket yang korang beli tu ada time slot samada 2 atau 3 jam. Contoh kalau slot tu bermula jam 1PM, tapi korang masuk 1.30PM, korang masih lagi kene keluar ikut orang lain iaitu pada jam 3PM atau 4PM.

Lagi satu, kat sini deorang ada coach yang berpengalaman untuk ajar korang skill basic macam mana nak melompat. Jadi, tak ada la isu tak reti ke apa ye. Locker disediakan dengan harga RM3 untuk kecil dan RM5 untuk locker besar. Toilet dan surau pun ada kat sini.


Basic trampoline area yang macam kaler purple kat atas ni. Selalunya akan ada 2-3 orang coach akan kumpul korang ngan orang lain untuk ajar basic jump yang aku cakap tadi.

Kat sini juga ada disediakan tempat untuk aktiviti team building untuk syarikat yang nak anjurkan family day kat sini. Korang boleh contact EnerZ Extreme Park untuk maklumat lanjut tentang quotation untuk company. Nak buat birthday party pun boleh.



1. Gladiator
2. Meltdown

Selalunya mende dua kat atas ni pakai untuk aktiviti team building sebab memerlukan 6-8 orang. Korang nak main jugak pun boleh.


Manakala mende ni pulak merupakan salah satu pit kegemaran aku masa kat sini. Memang penat sikit tapi syok wei. Pertama kali aku biar somersault kat sini. Nak buat dalam air takut pulak. Teknik dia, korang boleh lompak terus ke dalam 3. Foam Pit atau korang boleh lompat dari 4. Skydive punya platform.

Hati-hati dengan barang korang. Kalau handphone terjatuh ke kunci ke hilang, memang korang kene cari sendiri la. Bagi perempuan yang bertudung pulak, kalau boleh pakai la tudung yang tak perlu keronsang, sebab aku dah kene haritu, tercucuk bahu dengan pin sendiri. Lel. -.- 


5. Tower Jump oleh suami dan salah seorang coach kat situ yang terlebih sporting yang membuatkan aku melambung tinggi di atas 6. Airbag dia. Sakit? Ha, yes sakit la juga sebab airbag tu keras ye. Kalau korang jenis yang takut, baik main kat foam pit je.



Khas untuk pemain bola keranjang atau bola jaring, korang boleh cuba 7. Slam Dunk ni. Untuk orang rendah macam aku, meh aku bagi tips. Sbenarnya yang paling kiri tu paling rendah, so better main situ. Hehe.

Kalau korang pro, ahli gimnas ke, orang yang reti buat backflip ke apa, korang boleh cuba pit kat 8. High Performance Trampoline ni. Aku teringin nak cuba, tapi tak berani. Lagipun lompat kat tempat biasa pun belum mahir kan. Tapi macam syok la bila aku tengok coach tu buat.


Kat bawah ni pulak tempat untuk aktiviti 9. Dodge Ball. Arena ini korang kene beli tiket asing ya sebab kena sewa dengan bola sekali. Masa aku pergi haritu, ada pasuka dodge ball Malaysia tengah training. Jadi, dapatla lihat macam mana dodge ball dimainkan secara kompetitif.


Untuk main kat trampolin ni korang wajib beli stokin grip socks dia dengan harga RM5 sepasang. Stokin ni boleh basuh dan simpan untuk next visit korang. Boleh jugak sedekah kat kengkawan yang nak datang ke nanti.

Untuk ibu bapa yang nak masuk untuk tengok anak-anak main, atau sesiapa yang nak masuk tapi taknak main, korang boleh beli guardian pass dengan harga RM5 sahaja.


Alamat: Lot 791, Persiaran Subang Indah, Subang Jaya, 47500 Selangor
Website: enerz.my
Instagram: enerz_extremepark
Contact no: 011-1500 0066

Nota: EnerZ Extreme Park hanyalah 6-10 minit berjalan kaki dari LRT Taipan.

3 comments:

  1. Cantiknya tempat ini, mesti Best utk main dan bersenam skali dgn kawan-kawan.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^