Friday, October 28, 2016

Cetak Kad Nama di Design Concept

Selamat sejahtera.

Phew, setelah sekian lama aku nak buat kad nama ni, baru siap. Kad aku ni di-design oleh suami, Faeez Azmi dan di cetak di Design Concept dengan harga yang sangat murah, RM10 sekotak.

Penting ke kad nama?

Jujur bagi aku penting sebab kalau kita selalu pergi event, kadang-kadang jumpa PR syarikat lain, atau jumpa orang yang tengah cari blogger untuk pergi event lain atau untuk kegunaan masa depan. Aku selalu pergi event, mesti ada yang minta kad nama kalau mention kita blogger.

Lepas tu, kalau jumpa blogger lain, yang kita tak pernah jumpa, kan boleh mengeratkan silaturahim. Ye la, kat Malaysia ni bukan sikit blogger dia, ramai gila, tak semua event orang yang sama je, mesti akan ada orang baru yang kita akan kenal.


Kalau korang berminat, boleh terus PM Facebook mereka, dan mintak je quotation untuk jenis kad dan berapa kotak korang nak printing. Sepanjang aku qurvey, kebanyakan company printing ini menerima minimum 3 kotak untuk proceed. 1 kotak ada 100 pcs kad.

Nam tempah name card murah kat Design Concept sangat mudah. Macam kes aku, sebab aku dah ada design sendiri, proses dia cepat, amik masa dalam 3 hari cetak, dan 2  hari pos. Tak sampai seminggu dah dapat. Korang boleh berikan dalam format ai atau psd


Cara balutan untuk proses pengeposan memang aku puas hati. Walaupun pakai kertas je balut, tapi rasa dibalut tu yang menyebabkan parcel tu nampak elok dan kemas. Secure kan? Siap ada banyak-banyak getah lagi. Takde la terabur kad kalau bukak je balutan kan.


Suami aku yang designkan sebab dia memang power jugak dalam graphic design ni. Kalau aku design kat orang mesti kena bayar, dan kalau free design pun mesti standard template. Jadi, dia perah otak buat design yang cantik ni untuk aku. Simple dan menarik :D


Harga:
Reprint material 260 gsm art card with matt lamination both side: 
RM 10 per box (minimum per name 3 boxes) + 6 % 

Postage fees: RM10+6%
Self collect: Area Scott Garden Jln Klang Lama KL


Design Concept & Print Services
Contact: 016 2955638 (Catherine)
Facebook: Design Concept & Print Services
Maybank Acc: 514440507312 (Dynamic & Creative Media Networks)

Kalau korang jumpa aku nanti, jom la exchange kad nama tau. :D

Till then.

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^