Sunday, October 2, 2016

Review Filem: Deepwater Horizon (2016)

Hai korang.

Filem Deepwater Horizon lakonan Mark Wahlberg, Dylan O'Brien, Kate Hudson, John Malkovich, Kurt Russel, Gina Rodriguez, dan ramai lagi dipetik daripada kisah sebanar yang terjadi di perairan Mexico pada 22 April 2010.

Berikutan tragedi ini, telah menyebabkan berlakunya pembaziran minyak mentah yang terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat yang menyebabkan banyak kematian hidupan laut. Untuk pengetahuan korang juga, kebakaran pelantar ini berlaku selama 86 hari.


SINOPSIS FILEM
Filem ini menceritakan tentang letupan yang berlaku di pelantar minyak, Deepwater Horizon di teluk Mexico yang dimiliki oleh syarikat Transocean tapi pelantar ini sebenarnya merupakan pelantar milik Hyundai yang dibina pada tahun 2001.

Mike Williams merupakan seorang leader dalam pasukan dia kat pelantar ni. Walaupun syarikat itu banyak duit daripada keuntungan minyak mentah, tapi mereka kedekut nak keluarkan duit untuk baiki kemudahan yang ada. Sebab kesilapan kecil itulah terjadinya tragedi kebakaran Deepwater Horizon selama 86 hari yang meragut 11 nyawa.



REVIEW FILEM

Filem ni memang membuatkan aku terdiam sepanjang tayangan, jujur aku cakap filem ni sangat intense dan berat walau jalan cerita tak meleret-leret. Cumanya, bagi orang biasa yang tak familiar dengan kod dan bahasa pelantar, mungkin akan blur masa memula cerita.

Tak seperti kisah benar filem lain, setiap watak yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon filem ini membuatkan aku lebih feel masa tonton. Walaupun aksi yang ditayangkan bukan aksi tembak menembak, tapi usaha Mike untuk selamatkan orang menunjukkan yang dia la hero.

Banyak pengajaran yang boleh dapat dalam filem ini, sebab adanya manusia yang tamak dan kedekut, maka nyawa orang yang melayang. Kalau tonton memang sakit hati, real people. Kesian aku tengok orang yang jadi survivor dalam trajedi ni, mesti trauma.

Bintang: ★★★★★
Rating IMDb: 7.5/10


No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^