Monday, October 31, 2016

The Best of You 2016 Exhibition

Hello dan salam sejahtera.

Baru-baru aku telah dijemput untuk ke pameran "The Best Of You" di Melaka. Siapa yang pergi jugak, sep sikit! Untuk informasi korang, pameran ini di bawakan khas oleh jenama biskut terkenal Malaysia, Julie's.

Pameran THE BEST OF YOU merupakan satu pameran yang direalisasikan oleh Julie's khas untuk memupuk nilai sosial dan memberikan inspirasi kepada orang awam untuk lebih menghargai pencapaian diri mereka sampai hari ini.

Pameran ini merupakan satu platform di mana pihak terlibat mengutip pelbagai cerita daripada individu yang datang dari pelbagai latar belakang dan apa yang menjadikan diri mereka sekarang.

Tarikh: 18-23 Oktober 2016
Venue: AEON Bandaraya Melaka


WHO IS THE BEST OF YOU?
Siapakah yang terbaik diantara kamu?

Soalan macam senang je nak jawab kan? Pun, ramai orang kena fikir baru boleh jawab soalan tu, dan itulah matlamat pameran The Best of You ni, untuk korang cari masa untuk memilai dan muhasabahkan diri korang dan hargai semua pencapaian yang korang dapat.

Pameran ini telah dimulakan sejak daripada tahun 2014 dan telah diinspirasikan oleh kejayaan dan pengalaman hidup orang yang berlainan latar belakang.

Dengan cerita-cerita tu, harapnya korang pun akan dapat keberanian untuk berkongsi cerita korang dengan harapan cerita itu dapat membawa banyak kebaikan dan memberi galakan kepada orang lain. Bayangkan cerita korang mungkin boleh mengubah dan memberi inspirasi kepada orang lain, dan semestinya korang jugak. Jadi, jom la kongsi cerita 'The Best of You' anda.



Karya: AHMAD HIZQIL ISHAK
(telah diedit dan dipotong untuk kekemasan)
Tekan sini
untuk versi asal

                    Dilahirkan dalam keluarga yang serba sederhana, menjadikan aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Pakai aku, makan aku, segalanya cukup, tiada satu pun kurang ternasuk pelajaran aku. Aku dihantar disekolah terbaik untuk memastikan ilmu didada sempurna, tiada satu aku keluhkan, kecuali seorang ibu yang garang.

             Setiap tindakan aku, ada saja tidak kena dimatanya, sentiasa dimarahi dan ditegur, kadangkala ditengking, untuk hal-hal yang remeh temeh. Kadang kala aku bertanya pada Tuhan “Mengapa kau berikan aku ibu yang garang, walhal anak orang lain, ibunya lemah lembut, tidak pernah marah. anak itu tidak pernah dimarah atau diherdik tetapi aku, sentiasa apa dosa aku?”. Ibu orang lain, sentiasa bersama anak mereka, ibu aku? Keluar rumahnya sebelum matahari terbit, pulangnya setelah matahari terbenam. Waktunya pulang, siap sedialah aku akan amarahnya. Sehinggalah ibu aku ditimpa sakit, ketika itu dunianya berubah, dunia aku juga berubah.

            Sikapnya yang dulu garang bertukar lembut, aku mula bahagia. Aku mula rasakan dialah ibu impian yang aku tunggu, aku mula ditatang bagai minyak yang penuh. Ketika itu aku belum sedar akan kesakitan dialaminya, aku hanya sedar kebahagiaan aku sehinggalah dia dimasukkan ke hospital, lumpuh setengah badan. Duniaku gelap, orang selama ini bertanya pada aku tentang pelajaran disekolah, kini terbaring tanpa pergerakan. Hanya mampu memerhati setiap susuk tubuh yang datang melawatnya, yang selama ini marahkan aku tentang adab dan tatasusila, yang selama ini peduli tentang makan pakai aku, soalan itu tak mampu ditanya lagi, baru aku sedar, usaha kerasnya selama ini, makan pakai aku, pelajaran aku, untuk pastikan aku berjaya, kini terbatas, dia tak mampu bekerja lagi.

              Dugaan Tuhan tidak berhenti disitu, daripada boleh bercakap, kepada terbaring tanpa gerakan, nafasnya semakin perlahan, dengan kuasa Tuhan, nafas itu berhenti, dia dijemput Tuhan. Aku hilang arah, seorang anak berumur 13 tahun hilang ibunya. Bagaimana rasanya? Air mataku deras, bukan kerana kehilngan ibu, ibu adalah hak Tuhan, aku redha, tetapi kerana aku tidak sempat untuk meminta ampun untuk tiap dosaku dan terima kasih untuk tiap usaha dan pemberiannya. Dihari pengebumiannya, ramai orang bertandang dirumah. Ketika itu baru aku tahu, ibu aku adalah manusia berjiwa masyarakat, masyarakat sangat sayang padanya. Kisah ibu, aku jadikan inspirasi, jika ibu mampu berbakti padanya masyarakat, kenapa bukan aku.

                Semenjak kepergian ibu, hidup aku berjaya, perbagai pencapaian dan anugerah yang aku dapat, tetai tidak sama dengan seorang ibu. Tatkala itu, aku sedar, jiwaku kosong, aku mesti mencari sesuatu untuk diisi, apakah seorang cerdik pandai, belajar tinggi2, lakukan untuk mengisi jiwanya? Ya! Masyarakat. Masyarakat tempat aku curahkan, masyarakat akan aku berikan semula ilmuku yang aku susah payah belajar, untuk diisi dalam jiwa2 yang dahagakan ilmu dan cerdik pandai. Aku belum letih untuk mendidik maysrakat, berbakti pada masyarakat, sesuai dengan apa ibu ajarkan sebelum ini.

Terima kasih ibu atas tunjuk ajarmu. Semoga masyarakat aku bantu hari ini, akan kembali megusung jenazahku beramai2, sama seperti mereka lakukan pada ibu, meraikan aku, untuk dikembalikan pada Tuhan, Sang Pemberi Segalanya.

Signing out,
Lt.Muda(PA) Ahmad Hizqil Ishak

Kalau korang berminat untuk membaca lebih banyak lagi cerita yang boleh layari link di bawah. 



Believe in yourself and you'll be
UNSTOPPABLE



Bagi korang yang tak berkesempatan untuk melawat pamerean kali ini, korang boleh rujuk website atau Facebook mereka untuk mengetahui lokasi seterusnya.

Atau korang jenis yang suka kongsi apa yang "The Best of You", korang boleh sharekan saja di website mereka. Mana la tahu, kot cerita korang dapat memberi inspirasi kepada orang lain. Percuma je tau. 

Official hashtag: #juliesthebestofyou

1 comment:

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^