Thursday, November 10, 2016

Pengalaman Buat Chocolate Facial di Celebriti Secret Spa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku memang jenis yang suka buat facial sendiri kat rumah sebab aku suka, dan suami pun suka. Tapi ye la kan, walaupun selalu pakai mask atau nose pore pack tu, aku masih tak puas hati kalau tak buat facial yang betul-betul tu. Apa salahnya nak pergi 2-3 bulan sekali kalau bajet lebih kan?

Selalunya 3-4 bulan sekali aku pergi buat kat facial kat spa sebab bagi aku, ada juga bezanya buat sendiri di rumah dan di spa. Kat spa ni, cara urut, step, equipment, suasana dia semua lain, dan yang paling aku suka buat facial kat spa, sebab dapat urutan bahu. Kalau kat rumah mana ada kan?

Ini pertama kali pengalaman aku buat Chocolate Facial di Celebriti Secret Spa, Shah Alam sebab spa ni ramai yang recommend kan aku untuk cuba. Nak bawak mak mertua pergi sekali haritu, tapi dia tak dapat pergi, inshaAllah lain kali boleh bawak sekali.


Tak susah pun nak cari spa ni. Waze je CANTIK PERSIS CELEBRITI, make sure alamat Shah Alam ya. Bagi aku, pemilihan lokasi dia memang sangat strategik la sebab dekat dengan kedai makan, klinik, dan kedai runcit semua. Kalau orang lalu area sini mesti nampak.

Spa ni kat tingkat atas. Korang kene baik tangga ke tingkat 1. Sebab cat dinding dia warna bright pink, senang nampak dari jauh. Tak adalah nanti korang nak mencarik tangga mana nak naik nanti. 



Sesampai je, tekan loceng dan tunggu staff bukakkan pintu. Pintu memang di-lock untuk tujuan keselamatan. Bagus tempat ni. Ada ruang menunggu macam ruang tamu kat rumah. Ada sofa, dan TV jugak. Kalau bawak suami ke anak ke, boleh la deorang tunggu kat situ. Tak ada la bosan sangat nanti. Orang yang tak buat rawatan tak boleh masuk bilik rawatan ya.


Lepas tu kene isi borang ni. Since aku buat facial, kene la isi borang pasal kulit muka aku dan history lifestyle aku. Dah siap isi mana yang patut, nanti staff tu akan check kat muka pakai satu alat yang lebih kurang macam thermometer tapi untuk tengok kandungan air pada bahagian muka korang.

Kalau kulit korang cukup hidrat atau tak cukup, staff tu akan sarankan jenis facial yang sesuai untuk kulit muka korang. Macam kes aku, bahagian bawah mata dan pipi aku memang teruk jugak masalah hidrasi dia, jadi staff recommendkan aku untuk buat Chocolate Deluxe Whitening Facial.


Lepas dah tau jenis facial apa yang sesuai, nanti staff tu akan bawakkan kita tukar baju kat dalam bilik rawatan. 

Kat dalam bilik ni la aku buat facial tu. Kalau datang dengan kawan ke, family ke best la boleh borak-borak masa buat tu. Suasana dalam bilik just nice, tak sejuk sangat, tak panas sangat. Muzik pun memang menenangkan, lampu pulak deorang tutup supaya kita boleh rileks atau tidur. 

Kat belakang yang macam penghadang tu tempat salin baju ye. Selalu kalau nak buat facial ni mereka akan suruh kita salin ke kain pakaian yang disediakan. Salin baju sebab facial ni sampai ke leher ye. Dan kalau buat facial terpilih, akan ada urut leher juga. Wew syok oh.


Chocolate Deluxe Whitening Facial 
(harga promosi RM128)
termasuk

Rawatan mata
Rawatan leher (wanita sahaja)
Hadiah percuma
RM48 baucar servis
Diskaun 50% baucar badan
Percuma keahlian dengan 20% diskaun

Pertama sekali, lepas tukar baju, mereka akan mulakan dengan mencuci muka dulu. Aku memang bare face masa datang sini sebab ye la kan nak buat facial, nanti pakai make up membazir satu, susah pulak kerja mereka nak buang nanti.

Aku suka cara dia cuci muka aku, cara dia urut memang awesome, yang paling penting sekali sabun tu tak masuk mata dan hidung aku. Dia cuci 2 kali pakai air suam supaya muka kita bersih betul-betul sebelum muka rawatan.


Lepas basuh, dia akan steam kan muka selama lebih kurang 15 minit untuk bukak pori muka supaya senang kerja dia nak keluarkan black & white head. Macam yang dia cakap, aku tak ada black head, white head je, itupun kawasan hidung. First time, aku baru tahu kat dahi pun boleh ada white head ok.

Nampak muka aku merah-pink tu? Itu kesan dia picit untuk keluarkan segala mende alah tadi. Lepas dia dah settle, dia akan letakkan cooling gel untuk kurangkan merah tu. Dalam masa sama, dia akan steamkan muka dengan steam sejuk. Masa ni sejuk betul muka aku. 


Lepas dah steam sejuk tu, dia akan apply sejenis serum untuk bawah mata dan serum muka. Dia letak serum satu persatu dan pakai alat kat atas tu untuk tujuan penyerapan maksima. Alat tu pun sejuk jugak, rasa macam dia letak ais batu kat muka. Sejuk, but sejuk yang sedap.

Lepas dah rileks sikit muka, dia mula letak coklat kat seluruh muka dan leher. Coklat ini bukan jenis mask punya, ni untuk macam pengenalam la, tapi ada jugak banyak kebaikkan dia sebab masa dia letak ni, staff itu akan urut kat muka dan bahu. Aku suka part ni sebab staff tu pandai urut bahu. Nak terlelap pun ada.


Lepas je urut pakai coklat tu, dia bersihkan muka balik pakai air suam. Dan letakkan net mask muka kat muka aku. Net tu fungsi dia supaya senang nak bukak mask tu nanti bila dah kering.

Ok, ni part highlight yang paling best, lepas dah settup net dengan kapas mata, dia lulurkan coklat kat atas muka aku. Seriously sedap bau coklat ni sampai perut aku dok bunyi je masa buat tu. Aku tanya staff tu dah, coklat ni tak boleh makan ok. Sad. Haha.


Untuk korang yang tertanya-tanya apa fungsi chocolate facial ni, antaranya adalah untuk: 

1. Melembapkan dan mengurangkan minyak pada kulit.
2. Mengecilkan pori dan mengecutkan jerawat,
3. Membantu mewarawat kesan parut,
4. Membantu menegangkan dan meremajakan kulit,
5. Diperkaya dengan bahan khas untuk keanjalan dan anti-penuaan kulit. 

Oh. Syok-nya. Dengan muka penuh cekelat, suami aku amik selfie sambil cakap, "Eh, sayang muka macam hantu, orang minyak lah". Cis, nasib baiklah aku pakai mask, kalau idok, siap le kome.


Bila mask tu kering sikit, dalam 15-20 minit, staff tu akan tanggalkan mask dan cuci muka balik. Lepas tu dia akan apply cream muka untuk halang sinaran UV. Then siap! Total semua dari memula step sampai habis dalam 1jam 30 init ke 2jam. Tergantung banyak mana white & blackhead korang.

Tengok gambar kat bawah ni. Muka aku bare face sebaik sahaja lepas treatment, cuma aku pakai lip balm sikit sebab suami ajak selfie. Nanti muka pucat sangat kalau tak pakai, ye la aku tak makan lagi pagi tu, kang orang cakap aku sakit pulak. 



Oh ya!

Berita baik untuk korang yang berminat nak buat facial, terutamanya korang yang tinggal kawasan Shah Alam, Celebriti Secret Spa ada buat promosi Facial Whitening Coklat termurah dalam pasaran sekarang. Rugi tau tak cuba. Alang-alang murah, bawak la keluarga sekali.

Selain daripada chocolate facial, Celebriti Secret Spa yang terletak di Shah Alam ini juga ada servis kecantikan dan spa yang lain seperti: 
  • Pakej pegantin
  • Urutan badan
  • Bekam angin
  • Rawatan bawah mata
  • Rawatan melentikkan buku mata
  • Rawatan kuku (mani-pedi)
  • Waxing separuh kaki
  • Rawatan pelansingan badan

Celebriti Spa Studio
6, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Contact: 60 3-5519 4159 / Fiza 011-12825902 /Nurin 012-9409372
Instagram: spa_best_murah
Waze location: CANTIK PERSIS CELEBRITI

28 comments:

  1. I buat ni juga, sangat selesa and I like the coklat smell.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya? Best kan? Rasa macam nak makan je coklat tu.

      Delete
  2. Wow, have always wanted to do this chocolate facial. Thanks for the feedback, will surely give it a try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This is my first time also and I am glad that I 'force' my husband to bring me here. Such a relaxing session. :)

      Delete
  3. yeah been there. Love this place shall go again soon.

    ReplyDelete
  4. i haven't tried chocolate facial (can i lick it?) now I'm curious AF

    ReplyDelete
    Replies
    1. This is my first time also. Well, you may eat the one that they massage because they use edible chocolate, however you can eat the mask one. They already add some other thing. hehe

      Delete
  5. Well actually this chocolate facial might come handy in Halloween. However, it might work pretty good

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya! You give me the idea, but this year Halloween is over, might have to wait the next one.

      Delete
  6. Seriously?!? This is my very first time get to know got chocolate facial ler.. 0.0 Really need to share with my friends and have a try <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, this is actually a real thing, except the part that you cant eat the chocolate because it is not a cadburry :D

      Delete
  7. Never tried this before. I want to try because you look great.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aww. Thank you. You look great also, if you try this, you might even looking way too good. :)

      Delete
  8. hahaha your chocolate face is so different from the advertisement. I've not tried chocolate facial before. Feels like want to lick them off.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I know right. Well, its an ads. Please try, but you might have to keep yourself from eating it :)

      Delete
  9. I haven't try the chocolate mask yet. Will it smell like chocolate as well?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I was incredible. Try la!
      and yes, it smell exactly like chocolate.

      Delete
  10. Chocolate mask seriously? WOW! First time hearing this! How on earth you resisted chocolate? OMG! Cant wait to try it myself!

    ReplyDelete
    Replies
    1. You have no idea how my stomach 'singing' during the session. Haha

      Delete
  11. The chocolate look so sweet on your face. Never try on it. Must be nice to put on chocolate mask on our face. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. It was basically like a Cadburry, they melt it and put on my face.

      Delete
  12. chocolate goodness....i have not tried this yet....

    ReplyDelete
    Replies
    1. You've got to try this. It was an awesome experience :)

      Delete
  13. Spa chocolate ? Really interesting and l should give it a try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You should try it 1 time. It was really fun and relaxing :)

      Delete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^