Friday, November 18, 2016

Pengalaman Buat Rawatan Krim Rambut Organik

Hello ladies, and guys too :)

Dari zaman usia aku remaja dalam umur 15 tahun macam tu lagi aku dah merana dengan masalah kelemumur sebab kulit kepala aku sensitif. Kelemumur tu memang tak teruk sebab aku selalu cuci rambut, tapi kalau datang time aku malas cuci tu, gatal dia ya ampun.

Kadang-kadang masa tengah garu-garu kuat ada luka kat kepala, jadi bila syampu memang merana la kan. Buat pulak sekarang ni dah berkahwin, bekerjaya, dengan stress semua, rambut pulak gugur. Nak cari syampu untuk kelemumur plus gugur memang susahkan. Kadang-kadang malu tau kat suami bila time dia nak manja-manja tu.


Setelah membaca review beberapa orang blogger dan usaha aku dalam mencari salun rambut untuk merawat masalah aku ni, terjumpa Simran Beyond Beauty yang berlokasi di TTDI, KL. Apa yang khasnya di sini adalah, mereka menawarkan servis menggunakan bahan organik. Organik tahap boleh makan tau!


Ruang menunggu yang selesa di Simran Beyond Beauty :)

Untuk pengetahuan korang, antara sebab kenapa rambut kita mudah gugur adalah:
  • Stress
  • Kurang penjagaan rambut
  • Pemakanan tidak sihat
  • Masalah hormon atau menopause
  • Kurang protein atau pengambilannya
  • Masalah kesihatan
  • dan banyak lagi.

Hair Cream Bath atau Rawatan Krim Rambut Organik di Simran Beyond Beauty


Simran Beyond Beauty diasaskan oleh seorang bekas jururawat, Ms Gurjit Kaur, yang sangat ramah dalam berkongsi ilmu dengan pelanggannya. Aku suka cara dia explain tentang bahan apa yang dia akan pakai untuk rawat masalah kita dan kenapa dia pakai bahan tu.


Memula datang tu, Ms. Gurjit akan tanya kita beberapa soalan berkenaan dengan kondisi kita, dia akan recommendkan rawatan yang khas mengikut bajet dan keadaan. Macam kes aku, rawatan untuk kelemumur dan rambut gugur.

Memula rawatan, mereka cuci kulit kepala pakai campuran apple cider vinegar dengan bahan rahsia untuk membersihkan luka atau kulit mengelupas dan kotoran lain. Staff itu cuci ikut kawasan. Memang pedih sikit, tapi tak adalah pedih sangat.

Habis je cuci kena tunggu dalam 15 minit, dan dalam masa itu, mereka akan tunjukkan bahan apa yang dipilih khas untuk rawat kita. Dalam kes aku bahan yang digunakan adalah labu, yogurt, 7 herba, essential oil dan "bahan rahsia".

Labu khas untuk masalah kelemumur dan yogurt menjadi sebagai base krim ini. Dan dia akan kisar semua bahan tadi untuk rawatan ini.


Lepas cuci rambut sebab apple cider tadi tu, dia akan apply bahan kisar tadi kat kulit kepala kita. Memang sejuk masa letak tu sebab bahan-bahan tu baru keluar dari peti ais, tapi aku memang suka sejuk. Rasa nyaman je, dengan bau wangi. Tak macam buat rawatan kat salon kimia lain.


Lepas dah habis apply kat kepala, dia akan urut kawasan tu supaya bahan senang meresap masuk. Feeling masa dia urut kepala memang syok habis. Part yang paling best, bukan sahaja urut kepala, urut bahu dan leher pun ada. Mereka akan tanya samada nak urut untuk stress, rileks atau untuk detox sebab pemakaian minyak memang berbeza.

Aku pilih untuk stress, jadi pakai minyak ylang-ylang. Urut bahu dan leher ini khas untuk pelanggan untuk lebih rileks dan meningkatkan pengedaran darah seterusnya membantu penyeresapan bahan tadi dengan lebih baik.

Image credit to Simran Beyond Beauty.

Lepas dia urut-urut kepala tu dia akan steamkan kepala dalam 10-15 minit. Masa steam ni tak terasa lama pun sebab korang akan borak-borak. Jadi, tup-tup dah siap. Siap tu maka pergi la basuh rambut dengan air bersih untuk bilas. Masa basuh tu dia akan pakai syampu khas dan conditioner.



Masa cuci rambut tu, bukan macam cuci kat kedai rambut biasa ya, ni siap ada urut-urut juga. Kalau lama lagi dia urut memang aku dah terlelap. Best, yang orang kerja kat sini pulak jenis yang terer mengurut-urut ni.

Lepas siap cuci semua memang rambut aku rasa lembut habis, tak macam sebelumnya. Selalu pakai conditioner pun rambut takde selembut ni. Pasal rambut gugur pulak, memang mereka bagi jaminan sekali cuba sahaja boleh nampak kesan dia. Salute!

Post update seminggu selepas rawatan di Simran Beyond Beauty
1. Rambut masih terasa lembut.
2. Kurang rambur gugur.
3. Kurang gatal kepala
4. Kelemumur terkawal

Seriously gambar-gambar yang aku letak kat bawah ni semua merupakan real photo. Gambar betul-betul yang diambil oleh pelanggan sebelum dan selepas rawatan. Kalau boleh nak je letak gambar aku tapi tak boleh sebab tuntutan agama. Tapi lebih kurang macam ni la rupa rambut aku sebelum dan selepas. Tak tipu.

Image credit to Simran Beyond Beauty.

Kat Simran Beyond Beauty memang Muslim friendly, ada bilik tukar baju, ada bilik untuk solat jugak in case korang tak sempat nak solat kat rumah ke. Kain kat bawah ini disediakan untuk pelanggan wanita, macam kain berkemban sebab supaya senang nak urut bahu dengan leher nanti.


Oh, untuk pengetahuan korang lagi, selain salun rambut, kat sini juga ada menawarkan servis lain seperti waxing dan urutan badan. Masa rawatan krim rambut mengambil masa lebih kurang 2 jam, jadi kalau bawa suami ke yang menunggu tu boleh la mengurut dulu.

Tapi tempat kat sini memang strategik, keliling penuh dengan kedai makan. Masa aku datang pulak memang lunch hour, jadi masa aku buat rawatan tu, suami aku pergi makan. Tak adalah lama sangat dia nak tunggu aku habis.


Kalau korang berminat datang Simran Beyond Beauty untuk buat rawatan hair cream bath dengan harga promosi, boleh hubungi nombor dibawah untuk dapatkan harga promosi dari sekarang hingga Disember 2016 dengan harga RM150 sahaja. Cuba tau!

Simran Beyond Beauty
No 54A-1, Jalan Tun Mohd Fuad 1, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Contact: 03 77253897
Waktu operasi: 11AM- 9PM (Selasa tutup)

33 comments:

  1. I'm resident of TTDI and I dont know bout this!
    Going to check it out later. Thank you for sharing!

    ReplyDelete
  2. great, im so gonna do this before my wedding. Need to get my hair looking nice. Its so dry and damaged now.

    ReplyDelete
    Replies
    1. That would be a great idea Rina :)
      This treatment is using organic ingredient that will help the hair damage.

      Delete
  3. I think I need some pampering too! Thank you for reminding me. BTW, tje services looks good and affordable πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure Blair, and yes, the service is affordable, its actually worth than using the chemical treatment.

      Delete
  4. I need a hair treatment too. Will try it out.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Please do so Mama Jane. Sometimes, we women so busy taking care of other people and forget to take care of ourself.

      Delete
  5. Wow it is so good that these treatments are natural ingredients which means you can get the best Essence of it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. The ingredient is that natural and organic that you could eat them!

      Delete
  6. i saw this kind of post before ~ but first time hear about this kind of treatment!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good to be the one that deliver this information :)

      Delete
  7. Service seems wonderful! Shall go try out after my wedding or so when I am more free and done reviewing one other brand of shampoo ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sure. Its is recommended to go for at least once a month to get a good result.

      Delete
  8. My friend keep complains about her hair and scalp problems, will share your post with her :)

    ReplyDelete
  9. I did this treatment before and yes, it is awesome... I also recommend it to everyone...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikr. The treatment was so awesome. Cant wait to try other services.

      Delete
  10. Passing this shop before but haven't visit yet. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You have to try it some day. It was a really good session.

      Delete
  11. love that they are using natural ingredients! not harmful and it's effective!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. I love it because of the ingredients too, and it was so relaxing.

      Delete
  12. woah! the before and after pictures =O the organice hair cream seems promising!

    ReplyDelete
    Replies
    1. It is promising, but I can assure you, my hair looks exactly like the picture. Its real.

      Delete
  13. I love the hair treatment and after treatment hair looks full of life.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You know, the hair treatment is like giving the supplement to the hair.

      Delete
  14. Thanks for sharing! Memang dah lama carik. Rambut asyik gugur je. Hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la Fatin. Jangan risau sebab bahan dia semua organik. Dah tak payah risau pasal telap air ke apa.

      Delete
  15. ooo..super natural...loving the after effects... <3

    ReplyDelete
  16. balding hair is one of the issues that must be treated with hair obat penumbuh rambut

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^