Saturday, December 17, 2016

MAHA 2016 Berjaya Tarik 3.7 Juta Pengunjung

Hello korang. 

Sempat tak untuk ke Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 tempoh hari? Ruginya kalau tak sempat. Best tau! Meriah sangat.

MAHA berlangsung pada  1 hingga 12 Disember 2016, dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Seramai 3.7 juta pengunjung direkodkan pada MAHA 2016, dan ini merupakan rekod yang paling banyak dalam sejarah penganjuran MAHA. Pada MAHA 2014 yang lepas, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, hanyalah meletakkan sasaran sebanyak tiga juta sahaja. Well done!


"MAHA kali ini mencatat sambutan luar biasa dan berdasarkan bilangan pengunjung yang masih bertali arus, kita yakin bilangannya akan terus meningkat beberapa jam sebelum MAHA 2016 melabuhkan tirai," katanya pada sidang media di MAEPS.

Ahmad Shabery berkata, nilai jualan pada MAHA 2016 juga sangat bagus apabila RM380 juta dicatat dalam tempoh 11 hari pameran itu berlangsung. "Kita dapat melihat anjakan paradigma dunia pertanian dan agro makanan apabila kira-kira 40 peratus belia terbabit pada MAHA 2016, melepasi sasaran 30 peratus. 

Aku rasa MAHA 2016 kali ni lebih berjaya sebab adanya Kampung Mok Cun, Upin Ipin dan festival muzik. Bagus mereka ni sebab berjaya kaji bagaimana untuk menarik orang dari perlbagai umur untuk datang ke MAHA 2016.

Aku sukanya MAHA 2016

Sumber Berita Harian

Klik: Apa yang Menarik di MAHA Malaysia 2016 

Tengok la korang, seriously memang ramai sangat orang yang datang. Nasib baik MAEPS tu besar, parking pun banyak. Tak sangka ramai orang tahu pasal kewujudan MAHA ni. 




Ramai tak kira masa dan tempat. Siang, malam, hujan dan panas, mesti ramai orang. Empayar Makanan (food heaven) lagi la ramai. Mesti orang yang jual makanan tu tak menang tangan nak buat order.





Good job pihak MAHA 2016. Aku pasti pada MAHA akan datang mesti lagi ramai yang akan datang. Boleh letak tarjet banyak lagi lepas ni. Mana tahu, kita mampu tarik orang luar negara pulak ke kan.

Till then,

21 comments:

  1. Serious rmai btul org kt semua seksyen. Best!

    ReplyDelete
  2. wow... the crowd is simply soooo amazing.... i think it was a big success... i also think I wish the government would consider making MAHA into an agriculture kind of themepark opened always for local visitors and international visitors

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, me too. and I hope bila da ada themepark tu nanti, tak kacau exhibition tu, and jangan nanti kene bayar nak masuk pula. :D

      Delete
  3. Maha, tak dapat pegi tahun ni coz busy.... tapi mcm best giler tgk gambar2... hopefully taun depan ade lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar katanya, 2 tahun sekali. Nampak gaya kena tunggu lagi 2 tahun la.

      Delete
  4. had no idea that this event was going on...hopefully next time i can join?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same as me. I heard this event from my blogger friend and I'm so glad that I did not miss it!

      Delete
  5. Congrats to MAHA for the huge success, can't wait for the next one!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, the next one will be bigger than this.

      Delete
  6. Yang paling best, tempat makan tu tak lekang orang tu - memang Malaysia syurga makanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la kan, dengan nak beli lagi, dengan nak rasa testernya lagi, dengan free nya lagi.

      Delete
  7. Alaaa tak sempat nak pergi. 2 thn lepas dpt juga singgah kat MAHA. Kenalah tunggu sampai next round

    ReplyDelete
    Replies
    1. MAHA kali ni lagi besar daripada the previous one. Takpe, kita tunggu lagi 2 tahun ya.

      Delete
  8. Tak pergi pun MAHA kali ni. Busy sket lately ni. Dgn wedding member2 la, dgn kerja la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai. Sayangnya. 10 hari tu. MAHA kali ni lagi besar daripada sebelumnya.

      Delete
  9. Look at the crowds!! So happening also, looks like a lot of fun activities and food over there =D

    ReplyDelete
  10. This event really huge and happening. I hope MAHA will continue in next year.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It is, But MAHA is only happen once is 2 years.

      Delete
  11. Memang best giler MAHA 2016. I was there also, so many things to explore, learnt, try and of course so many food to try.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^