Monday, January 30, 2017

Mencuba Wangian Rambut Dari Hajarose Kuala Lumpur

Hello korang.

Pernah tak kadang-kadang rasa macam malas gila nak syampu rambut tapi nak rambut sentiasa wangi? Mesti pernah kan? Kadang-kadang nak mandi pun rasa malas je nak basahkan rambut. Buat pulak kalau korang yang jenis pakai tudung.

Haritu aku mencari juga dry syampoo, tapi asyik habis stock je. Nasib baik terjumpa dengan Hajarose Kuala Lumpur Hair Mist ni. Hajarose KL ini merupakan satu syarikat Malaysia yang baru je melancarkan wangian rambut mereka.

Wangian rambut atau hair mist keluaran Hajarose Kuala Lumpur ada dua wangian yang memang wangi sampai 2-3 hari boleh tahan iaitu:

1. Melur: Tak cuba lagi, tapi dengar review memang sedap bau dia.
2. Teratai Biru: Aku cuba yang ini sebab nak juga tahu bau Teratai Biru macam mana.


Kalau korang order hair mist dari Hajarose Kuala Lumpur , ni la rupa packaging yang korang akan dapat. Walaupun botol kaca, jangan risau sebab deorang memang akan betul-betul balut parcel korang supaya masa dapat tu tak pecah.


Nozel semburan untuk botol hair mist ni memang jenis yang mudah nak pakai, mudah nak sembur. Setakat ni, bila aku spray, tak ada pulak terkena-kena kat tangan. 

Botol dia pulak memang botol yang mahal, bukan jenis senang pecah, setakat jatuh sekali dua tu memang tak ada la nak pecah. Selain tu, kalau la korang terdesak perlukan minyak wangi, spray je hair mist ni. Wangi gila.


Bahan utama:
Panthenol, Vitamin B5, Vitamin E.

Bahan-bahan di atas ini berfungsi untuk menyegarkan rambut dan juga melembapkan rambut secara semula jadi dari luar dan dalam.

Ramuan:
Air, Alcohol Denat, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Polysorbate 20, PPG-20 Methyl Glucose Ether, Fragrance, Panthenol, Tocopheryl Acetate, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, Benzophenone-4, Disodium EDTA.


Harga:
RM 39.90 (50ml)

Pendapat peribadi:

1. Hair mist ni agak melekit, jadi perlu basuh tangan lepas apply kat rambut.

2. Wangian dia memang wangi sangat, tapi mengikut suami aku, wangian dia wangi yang tak memeningkan kepala, maksudnya, dia suka lettew.

3. Cara nak pakai memang senang, lebih kurang macam nak pakai minyak rambut je, spray je, tak pakai bilas dah.

4. Bau wangi selalunya tahan dalam 2-3 hari. Boleh juga kalau nak spray hari-hari sebab hair mist ni ada bahan yang membantu untuk melembapkan rambut.

5. Sesuai untuk korang yang free hair atau yang pakai tudung. Ye lah, kengkadang berpeluh-peluh bau masam je kan, tapi tak sempat nak cuci rambut.



Hajarose Kuala Lumpur
Instagram: hajarosekl
Facebook: hajarosekl
Whatsapp: 012 7071725

20 comments:

  1. I do use hair mist but have not heard of this brand before till I read your post. Would like to check it out on myself.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, it was a new product that I personally think you should try out.

      Delete
  2. Bagus untuk rambut panjang ke? Mungkin gf boleh cuba haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambut panjang lagi bagus. Bau dia sure GF you suka.

      Delete
  3. Looks interesting. I am not much of a fan on fragrant hair mist but then again if you don't try, you wouldn't know the result. Thanks for the share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same as me before I get my hand on this, but after you try it and your husband loves it, walaaa!

      Delete
  4. are these only exclusive available in their site? are these available now in other beauty stores like Sasa or Watsons?

    ReplyDelete
    Replies
    1. As far as I know, you can only purchased this on their website.

      Delete
  5. Hehe pendapat #2 tu. Comel je! You know who else this is good for? Busy mums! I selalu takde masa basuh rambut, this would be useful. Thanks for sharing!

    Adriana
    http://www.adrianathani.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Thanks!
      Yes, indeed, but I bagi this one kat my mom, dia tak tahan bau wangi. :D

      Delete
  6. Never heard of this before. Looks like good product.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, its a new local brand. Worth to give it a try thou.

      Delete
  7. Never try hair mist but keen to try one, maybe this will be a good start! Thanks for the post.

    ReplyDelete
  8. I don't use hair mist and other hair products much. But this should be useful to maintain hair quality.

    ReplyDelete
  9. Nice product. Haven't known about this product. Thanks for introducing it :)

    ReplyDelete
  10. This looks like something I should get for my daughter..... she sweats a lot at times especially with headscarves at school

    ReplyDelete
  11. With this product, I can say goodbye to smelly hair already, can't wait to check it out :)

    ReplyDelete
  12. Wah! new brand and quite useful for us who is always busy and on the go.

    ReplyDelete
  13. I wonder how this hair mist differs with the hair leave-on, creams and capsules. But if ever it is available here in the Ph, I am willing to try it. it looks nice and interesting

    ReplyDelete
  14. Never try hair mist before! But this was a good try where the fragrance will stay long lasting on our hair too la =D

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^