Thursday, February 23, 2017

Rasai Kesegaran Udang Karang di Burger & Lobster, Resort World Genting

Hello korang.

Ada tak antara korang yang pernah dengar tentang restoran Burger & Lobster yang menghidangkan burger dan lobster (udang karang)? Aku tahu pasal Burger & Lobster ni memula dulu sebab pernah nampak posting  seorang artis ni letak, makan Burger & Lobster di UK.

Alhamdullilah, berpeluang jugak nak merasa makan Burger & Lobster yang berasal daripada England. Udang karang premiun restoran Burger & Lobster seberat 650-700 gram dihidangkan khas dalam menu yang dibawakan khas dari Nova Scotia, Kanada melalui KLIA.


Kalau korang pernah ke UK, mesti tahu yang Burger & Lobster ni memang popular dan dikenali kat sana. Burger & Lobster di Sky Avenue, Resort World Genting merupakan cawangan pertama yang dibuka di Malaysia dan di Asia.

Dah masuk tu, pelayan akan bawakan korang untuk duduk dan berikan menu untuk pesanan. Pelayan akan layang korang sampai korang boleh buat pilihan nak makan apa. Mereka juga akan susun-atur meja korang mengikut menu yang dipesan.


Menu Khas Burger & Lobster di Sky Avenue, 
Resort World Genting


Seven Samurai Lobster Rolls
RM 105

Menu ni lebih kurang macam sandwich, tapi dalam dia isi lobster. Sedap sangat, kalau mungkin budget tak cukup, datang sini rasa lobster rolls ni pun sudah la. Nampak kecik, tapi banyak dan mengenyangkan. Siap ada salad dan kentang goreng lagi.


The B&L Burger
RM 153

The B&L burger, seperti nama dia, merupakan burger gabungan daging lobster dan daging lembu yang diimport dari Australia. Sebanyak 168g daging lembu dihidangkan dalam B&L Burger. Dihidangkan bersama dengan sos istimewa, salad dan kentang goreng. 

The Mayfair (168g daging lembu) RM 73
The Original (224g daging lembu) RM 95


Original Lobster 
(pilihan steam atau panggang)
RM 153

Yang ini memang kegemaran aku, dan aku rasa yang paling sedap sekali. Sebabkan dia original, segar pulak tu, jadi masa makan memang terasa manis, masin dia. Chef tu pulak dah hidangkan lobster siap tolong potongkan lagi, jadi kita hanya perlu korek dan makan je.


Chilli Lobster 
RM 173

Chilli lobster ni merupakan menu khas yang hanya ada di Burger & Lobster di Sky Avenue. Kalau pergi kat UK sana pun tak ada, spesial kat Malaysia je. Chilli ni sedap juga, takde pedas sangat, manis-manis gitu. Sesuai untuk orang putih yang tak biasa makan pedas, atau korang yang tak makan pedas sangat.


Time Keeper 
RM 24

Time keeper sebenarnya air teh-o ais limau. Apa yang membezakan teh-o-ais limau kat Burger & Lobster ni adalah mereka pakai teh hitam, limau kalamansi, hirisan daun limau dan gula perang. Sama macam Chilli Lobster tadi, time keeper juga hanya boleh dapat kat Burger & Lobster cawangan Malaysia.


Six Pack
RM 24

Six Pack sebenarnya adalah minuman yang di-recommendkan oleh chef sendiri. Minuman ni merupakan campuran nestum, berry yogurt dan maple syrup. Sesuai untuk orang yang suka minuman yang pekat dan berat, tapi masih berkhasiat dan semestinya sedap.


Dari segi dekorasi, restoran ni dihiasi dengan pelbagai peralatan menangkap udang karang. Kombinasi kayu oak dan jubin seramik Portugal dengan cahaya yang malap juga membuatkan set-up dia rasa tenang je. 

Jujurnya aku rasa harga dia tak ada mahal mana, kalau korang mampu ke Genting Highland, mesti mampu rasa Burger & Lobster kat Sky Avenue. Nak pergi sampai England tak mampu, jadi jom la rasa Burger & Lobster kat Sky Avenue je :D


Burger & Lobster Malaysia
Level 1, SkyAvenue,
Resorts World Genting, Malaysia.
E-mail: info@burgerandlobster-my.com

Waktu operasi:
11AM-10PM (Ahad-Khamis)
11AM-11.30PM (Jumaat, Sabtu, Cuti umum)


Till then,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^