Thursday, March 30, 2017

Alma Lasers Lancarkan 'Accent Prime', Mesin Alternatif Kontur & Penegangan Kulit

Hello beautiful.

Aku berkesempatan untuk menghadiri majlis pelancaran mesin alternatif kontur dan penegangan kulit "Accent Prime" yang merupakan mesin dibawah jenama Alma Laser. Alma Laser merupakan satu syarikat penginovasi global berasaskan cahaya, frekuensi radio dan ultrabunyi.

Alma Laser berjaya mengeluarkan satu lagi rangkaian produk pengkonturan tubuh, "Alma Lasers: Accent Prime". Mesin ini menggabungkan inovasi terkini dalam ultrabunyi (ultrasound) dan teknologi frekuensi radio (Unipolar radio frequency) untuk mendapatkan hasil yang pantas, berkesan dan hasil berpanjangan.


Accent Prime menggunakan aplikator UntraSpeed yang menggabungkan teknologi untrabunyi dengan aplikator yang besar untuk proses pengkortoran badan. Gabungan unik Unipolar RF Energy, vaccum dan sentuhan sejuk menjanjikan hasil yang berkesan dalam hanya beberapa sesi. 


Antara selebriti yang turut datang memeriahkan majlis pelancaran ini adalah Jihan Muse, Dafi, Ismaliza AF, Reyhana, Fazli Zainal, Mya Matahari, Ian Ong, Vessbroz, Jenet Foo (Mrs Malaysia World Champion 2015), Datin Geraldine S Bigar (Mrs Malaysia World Champion 2016) dan  Ann Hee (Classic Mrs Malaysia Champion 2016).


Mesin ini akan berfungsi dalam 2 langkah.

Langkah 1: Unipolar pro/ Coaxial
- Meningkatkan metabolisma dan meningkatkan jumlah efek kontraksi dan kolagen

Langkah 2: Ultrabunyi Sejuk
- Tekanan perlahan untuk menghancurkan sel lemak yang dipilih.


Alma Lasers: Accent Prime 

1. Accent Prime akan menghancurkan lemak, bukannya membuang lemak semata-mata.
2. Menjanjikan hasil yang lebih pantas dan berkesan.
3. Boleh digunakan dibahagian muka, tangan, perut, pinggul dan kaki.
4. Tidak sakit dan tiada kesan sampingan.
5. Proses satu sesi hanya mengambil masa dalam 20-40 minit.
6. Selalunya satu kawasan memerlukan minima 2-3 sesi untuk tahan lebih lama.

Korang yang berminat nak cuba inovasi terbaru dalam dunia ektetik ni boleh cuba mesin Accent Prime di klinik Idealyst Clinic and Medispa

Harga:
RM 12,000/ sesi
(1 sesi, 1 bahagian)



Alma Lasers
Website: www.almalasers.com
Facebook: www.facebook.com/AlmaBodyMy
Instagram: www.instagram.com/almabodymy

Idealyst Clinic and Medispa
Unit 3A-9- Tingkat 4, KL Trillion
No 338, Jalan Tun Razak, KL.
Contact: 03-27227307
Email: info.idealyst@gmail.com

Till then, stay beautiful :)

1 comment:

  1. This is new , l will do a little research to know more about it

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^