Tuesday, March 28, 2017

Lepak Makan Thai Steamboat & Grill di Restoran Lobbee Thai Connection, Publika

Hello dan Assalamualaikum korang.

Husband aku sekak menjak ni dok ajak aku makan steamboat. Hasritu baru ada masa nak buat kejutan kat dia makan di Lobbee Thai Connection di Publika. Lobbee Thai ni ada juga di IOI Mall Putrajaya.

Sempena Lobbee Thai baru melancarkan menu steamboat terbaru deorang, sebab tu aku nak cuba. Bukan senang nak makan steamboat khas chef dari Thailand kan? Harga pun not bad, tak sampai RM 40 seorang untuk makan sampai puas.

Masa aku datang sini, aku terfikir, kenapa nama restoran ni Lobbee? Aku tanya orang kat situ, sebenarnya 'Lob' untuk Lobster, menu spesial sini, dan 'Bee' merupakan nama chef yang masak hidangan kat sini. Itu yang jadi "Lobbee".


Lobbee Thai yang terletak di Publika ni set-up dia cantik tau. Nampak simple dan sesuai dengan konsep dia. Boleh pilih untuk duduk di luar atau dalam kedai. Aku mestila duduk kat dalam sebab dalam lagi cantik!


Tengok layout interior design dia. Cantik kan? Sebenarnya konsep design dia tak ada kena-mengena dengan konsep Thai, tapi masih memberikan rasa selesa dan nyaman nak lepak kat sini. Kalau datang ramai-ramai boleh gabung meja, kalau datang tak ramai duduk meja kecik.



Kat sini ada disediakan banyak menu Ala Carte kalau katakan korang nak makan sikit, atau kalau datang seorang. Dah kalau korang jenis makan banyak, order je steamboat. Berbaloi aku rasa.

Halal?
Restoran Lobbee Thai Connection Publika tiada sijil halal, tapi supplier ayam dan daging mereka ada sijil pengesahan halal. Tiada arak dan daging khinzir dihidangkan di sini.


MENU STEAMBOAT & GRILL

Untuk menu steamboat ini korang boleh pilih dari 2 sup, iaitu sup Tom Yam atau Sup Ayam. Ikutkan aku dua-dua sup sedap. Tak pun korang order je dua-dua. Percuma. Sup habis, deorang tambah lagi. Nasi juga ada kalau korang nak.

Chicky Refill (RM19.80 Dewasa/ RM16.80 Kanak-kanak)

- Menu merangkumi semua hidangan ayam tiada daging, termasuk sosej ayam, sayur basic, tofu, bebola ikan dan ayam, isi ketam.
- Sebenarnya menu ni cukup je untuk aku sebab aku tak makan daging sangat, tapi aku memang makan ayam dia banyak. Ayam dia grill sedap wei!

Premium Refill (RM38.90 Dewasa/ RM25.90 Kanak-kanak)

- Menu makanan lebih banyak, ada ayam, daging, ikan salmon, udang, sotong, scallop, cendawan, bihun, bebola daging, bebola sotong.
- Kalau makan banyak atau datang ramai-ramai baik ambil yang ini sebab korang boleh tambah mana-mana pilihan sebanyak mana yang korang nak makan.


Antara menu set Chicky Refill.



Menu khas Premium Refill yang korang boleh makan sampai tertidur.






Kalau dah makan macam tu je takde sos tak sedap la kan? Pilihan sos kat sini ada sos untuk daging dan sos untuk makanan laut. Husband cakap pedas  selera Thai. Korang yang suka pedas memang wajib cicah dengan sos ni. Datang percuma dengan hidangan.


Iced Thai Tea with Grass Jelly RM 7.90
Coconut Shake with Ice Cream RM 10.90
Lobbee Iced Tea with Lychee RM 8.90

Teh dia memang pekat umph khas resepi dari Thailand. Siapa pernah minum teh Thai mesti tau rasa dia macam mana. Coconut shake dia awesome. Serious aku suggest korang cuba coconut shake. Kalau taknak ais krim tu harga RM 8.90.


Blue Ruby RM 5.90
Selalu dengar Red Rubbies je kan? Ni kali pertama tau aku cuba rubbies berwarna biru. Rasa dia sebenarnya sama je dengan red rubbies, tapi ni khas hanya ada di Lobbee Thai Connection.


Lobbee Thai Connection
D2-G3-3A Solaris Dutamas (Publika)
No.1, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur.
Contact: 03-6412 8669
Waktu operasi: 11AM -10PM

Facebook: www.facebook.com/lobbeethai
Instagram: instagram.com/lobbeethai
Email: lobbeethai@gmail.com

Till then,

13 comments:

  1. cara gak nama restoran ni, tapi aku kureng steamboat ni

    ReplyDelete
  2. Suka makan steamboat Thai sebab sauce hijau tu sedap sangattttt. Seriously, tengok makanan time tengah hari macam ni, terus laparrrrr.

    ReplyDelete
  3. yumyumyum! all my favorite!! want to try, maybe today??! just cant wait hehe

    ReplyDelete
  4. look so good! will definitely try it out!

    ReplyDelete
  5. The Blue Ruby dessert looks like a version of Halo-Halo to us :) Yummy!

    ReplyDelete
  6. wow the price is so cheap! Must go for dinner one day

    ReplyDelete
  7. That looks so reasonable and yummy - must try it out!

    ReplyDelete
  8. Looking at your Thai steamboat on a rainy night like tonight makes me yearn for it more than I usually would. Am feeling so hungry now.

    ReplyDelete
  9. The first thing attract me is the price and really reasonable. Then the portion is generous and I love Ice Thai tea.

    ReplyDelete
  10. I love this place and their price are so reasonable also.

    ReplyDelete
  11. always love STEAMBOAT & GRILL ^^

    ReplyDelete
  12. wow!!! love the interior of this place! plus the food looks delicious!!

    ReplyDelete
  13. Boleh refill and eat non stop ni!! The food looks nice and banyak choice juga =P

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^