Sunday, March 5, 2017

Kafe Kopi & Pasta Oddity Cafe, The Epic Circle di Sungei Wang (Ada Happy Hour & Servis Delivery)

Hello korang.

Haritu jalan-jalan kat The Epic Circle di Sungei Wang yang baru, ternampak satu kafe kopi hipster yang baru buka, alang-alang tengah ada happy hour, itu yang singgah masuk dalam.

Apa yang khasnya  Oddity Cafe, The Epic Circle di Sungei Wang dengan kafe kopi yang lain, mereka home-blend kan kopi mereka, dan mencampurkan 2 jenis biji kopi untuk mendapatkan 1 cawan air kopi yang premium dan rasa lebih kaw. 


Aku suka dengan set-up kafe ni, walaupun kecik tapi mereka gunakan setiap ruang yang ada. Ada bar untuk duduk, sesuai untuk korang yang forever alone, dan ada kerusi duduk untuk yang nak datang dating atau nak lepak dengan keluarga dan kawan.


Menu di  Oddity Cafe, The Epic Circle di Sungei Wang.


Chocolate Chip Muffins  RM7.90
Walnut Brownies RM9.90

 

Kiri: Hazelnut Caffe Latte (cold) RM13.90

Paling sedap sekali yang aku rasa kat sini. Mungkin aku tak suka sangat dengan pahit kopi, jadi  hazelnut tu menutup rasa pahit tu sikit. Hazelnut Caffe Latte kat sini memang terbaik.

Kanan: Chocolate (cold) RM11.90

Tak payah explain dah sebab aku memang kesukaan segala air coklat yang ada dalam dunia ni. Bezanya kat sini, korang boleh request untuk mereka campur sedikit coklat ni dengan kopi, rasa memang da-boom sebab pekat-pahit-manis. 

 

Kiri: Caffee Americano (cold) RM9.90

Kopi ni memang pekat, korang yang memang gila kopi-o sesuai minum ni kat sini, disediakan sekali dengan air gula kot korang nak manis sikit.

Kanan: Flat White (hot) RM8.90

Katanya merupakan minuman kopi yang paling light/ringan. Sesuai untuk orang yang tak suka kopi, tapi baru nak menceburi bidang kopi macam aku. Masih terasa pahit kopi, tapi sedikit ringan. Sedap kalau minim sejuk-sejuk.


Grilled Chicken Aglio Olio
RM6.90

Ni pertama kali aku cuba pasta Aglio Olio dan bertuah sebab aku makan kat Oditty Cafe. Tak pernah aku makan pasta dan dapat habiskan semua. Selalunya pasta macam ni mesti aku muak masa makan. Apa yang spesial lagi, dia ada brokoli dan ayam yang digrill!


Seafood Marinara
RM6.90

Seafood Marinara ni dia pakai pasta jenis leper dan merupakan menu yang spesial kat Oditty Cafe. Aku suka sebab kepah dan remis dia tak kedekut jadi tak adalah nak berebut dengan suami kalau makan. Lepas tu sos dia memang cukup-cukup rasa tak terlalu masam, tapi ada pedas-pedas sikit.


Spaghetti Carbonara 
RM6.90 

Antara 3 pasta yang disediakan, aku paling suka carbonara ni sebab sedap sangat. Bagi orang yang tak suka sangat dengan rasa keju, mesti cuba ni. Rasa keju dia seimbang dengan rasa manis dan masin dia. Tak terlalu muak masa makan, plus, kentang goreng home-made dia awesome!


Catering/delivery dalam The Epic Circle di Sungei Wang atau Plaza Sungei Wang memang percuma, telefon je nombor yang tertera kat bawah. Tak silap kot ada promo, dapat air free ke kan. 

Korang yang nak delivery sekitar Sungei Wang macam kat kawasan Berjaya Times Square, Hotel Park Royal, Lot 10, Plaza Low Yat, Plaza Imbi, Wisma SPS, Hotel Melia akan dikenakan cas penghantaran sebanyak RM2/trip, dan percuma untuk pembelian RM20 dan keatas.

Plaza Sungei Wang memang satu kompleks membeli-belah yang dah lama, tapi sekarang deorang dah baik-pulih, dah nampak baru. Paling syok, dekat sangat dengan monorail, senang nak datang. Jadi port lepak aweks-aweks mak budak la lepas ni.


Oddity Cafe
C(10)B, Concourse Floor,
The Epic Circle at Sungei Wang,
Jln Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Waktu operasi: 10.00AM-9.00PM

Call/SMS/Whatsapp: 018 6203983
Facebook: Oddity Cafe
Instagram: odditycafe

Till then,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^