Friday, March 10, 2017

Sambutan Hari Wanita Anjuran Stellavingze International

Assalamualaikum dan hello :)

Tak terlambat rasanya untuk aku ucapkan, SELAMAT HARI WANITA kepada semua wanita, terutamanya kepada mama dan ibu mertua dan semua wanita hebat yang ada di muka bumi ini.

Ada yang best dan ada yang tak best jadi wanita, yang bestnya, kita ada hari khas untuk menyambut dan memperingati jasa dan usaha kaum kita dalam pelbagai aspek. Lelaki mana ada kan? HAHA.

Banyak tahu peranan wanita dalam kehidupan kita sebab wanita ni lah ibu, isteri, anak, kakak, adik, sahabat, ketua dan pemimpin. Pentingnya wanita sampai ada kata-kata seperti:

★ Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia
★ Beind every sucessfull man is a women
★ Wanita menjunjung separuh langit (Kata-kata orang Cina)

Sambutan Hari Wanita Anjuran Stellavingze International.

Aku berpeluang untuk menyambut hari wanita bersama-sama dengan Stellavingze International. Ramai betul wanita hebat yang turut serta dalam majlis makan malam sempena dengan Sambutan Hari Wanita Anjuran Stellavingze International 2017.



Sambutan Hari Wanita Anjuran Stellavingze International diadakan untuk mengumpulkan wanita Malaysia yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kemakmuran negara.

Antara panel dan wanita hebat yang turut serta pada sambutan hari wanita anjuran Stellavingze International adalah:
  •  Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA)
  • Datin Azizan binti Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai
  • Datin Noor Faezah binti Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang
  • Ms Wee Siew Ling, Pengarah Urusan Stellavingze International.


Melalui ucapan daripada Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha, peranan wanita amat penting dalam membina sebuah keluarga yang bahagia yang menyumbang kepada modal insan yang berharga kepada negara.

Datin Azizan pula berkata wanita yang cemerang adalah aset negara yang paling berharga. Beliau menyeru wanita di Malaysia untuk meningkatkan ilmu dan kebolehan dalam mengecapi impian masing-masing.


Stellavingze International

Stellavingze International diasaskan oleh Datuk Stella Chin yang merupakan seorang usahawan wanita yang telah membawa syarikat miliknya menerajui pasaran global. 

Beliau telah memenangi pelbagai anugerah berprestij seperti Anugerah Keusahawanan Stevie Awards Women in Bussiness dan The International Diamond Prize for Excellence Quality (ESQR). Datuk Stella Chin juga merupakan seorang ibu, isteri dan anak.

Fungsi Stellavingze International adalah untuk mendidik wanita untuk menemukan titik keseimbangan dalam kehidupan dan memulakan sebuah kehidupan yang lebih bahagia.

Kursus Stellavingze International

1. Stellavingze Smart Star: Peningkatan Nilai Kewanitaan

Objektif: Membantu wanita dalam mengurus diri, kerjaya, perkahwinan, keluarga, anak-anak dan mempunyai kehidupan yang seimbang dan indah

Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star termasuk kelas imej, iesihatan dan kecantikan, pembentukan minda dan rohani, pengurusan rumah tangga, interaksi bersama anak, formula kehidupan 

2. Stellavingze Guiding Star: Melahirkan Usahawan Wanita Berkredibiliti

Objektif: Peluang untuk wanita mencipta keupayaan menjana pendapatan, mengecapi transformasi dalam kejayaan, membina asas yang kukuh dan menuju kearah kehidupan yang lebih berjaya, mentransformasikan bakat kepimpinan anda, membantu orang lain untuk berjaya.

Kursus dan Latihan: kelas imej perniagaan, latihan skill perniagaan, kursus ekslusif home party MELILEA, latihan profesional kesihatan dan kecantikan, kelas pengurusan perniagaan, kelas kualiti kepimpinan.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Stellavingze International, boleh layari:

Stellavingze International Sdn Bhd
L3, No 6, Avenue 3, The Horizon
Bangsar South, No 8, Jalan Kerinchi
59200 Kuala Lumpur, Malaysia

Contact: 03 2262 1116
Email: aliceyeoh@stellavingze.com

Untuk menjadi sukarelawan,

With love,


26 comments:

  1. Wahh meriah nya ! selamat hari wanita =D

    ReplyDelete
  2. Hi Yani. Found your blog :) Nice to meet and chat yesterday. Keep on writing!

    ReplyDelete
  3. Based on ur pictures. The event was a success. Congratulations!!

    ReplyDelete
  4. What a wonderful event to empower women. More should be done to drum into women's head that they are just as capable as the men!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, and even more capable I guess. haha

      Delete
  5. Happy woman's day and I like the saying - Wanita menjunjung separuh langit hahaha mmg cina ckp cam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. I direct translate one. Even it sounds funny. :D

      Delete
  6. Awh Happy International Women's Day and I completely agree with Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha that women play a great role in the family :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Correct kan? But guys will not agree to it. haha

      Delete
  7. There should be more events like this so women know their abilities. Meaningful event, thanks for sharing.

    ReplyDelete
  8. This is great. More organisations are coming up in assisting the ladies to be independent! Love it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I know right? It was a good event. I wish government also will invest money in helping women in needs.

      Delete
  9. this is a great event to celebrate women.. how nice.. too bad I missed out on it....

    ReplyDelete
    Replies
    1. You can join this next year or simple become their volunteer :)

      Delete
  10. Happy international women's day and let's hope that every woman get the recognition that she deserves. Time to pick up the phone and call my mommy.

    ReplyDelete
  11. What a wonderful event! You look so beautiful

    ReplyDelete
  12. Wow., you have attended a great event! I wish I can attend it though...cheers, SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
    Replies
    1. I love the session with great women. You miss an amazing event :D

      Delete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^