Friday, April 28, 2017

Review Buffet Ramadhan Berbuka With Bowery

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kalau korang atau dalam keluarga ada yang suka masakan Melayu, ada yang suka masakan Mexico dan ada yang suka masakan dari New York, Bowery merupakan pilihan berbuka tahun 2017 yang tepat untuk korang.

Bowery Group akan menghidangkan buffet berbuka puasa pada Ramadhan ini dengan berkonsepkan Malaysia-Amerika. Menu yang akan dihidangkan pun menarik dan hanya boleh didapati di Restoran Bowery je tau.

Untuk pengetahuan korang, menu untuk  Berbuka With Bowery ini berlainan untuk setiap hari dan sebab tempat adalah terhad, baik korang buat tempahan 2 hari sebelum untuk berbuka di mana-mana outlet Bowery.


Bowery akan menghidangkan ulam tradisi Malaysia yang dimakan bersama dengan Sambal Belacan, Cincalok dan Budu. Ada juga pilihan New York seperti St. Louis Macaroni, Buffalo Mozzarella Salad and Manhattan Pulled Chicken Pasta Salad.

Lagi khas menu Berbuka With Bowery pada tahun ini adalah mereka akan menghidangkan menu terbaru dan hits mereka iaitu Irish Lamb Stew. Walaupun merupakan menu terbaru, Irish Lamb Stew telahpun mendapat review yang baik daripada pelanggan Bowery sendiri.


Cajun Roasted Leg of Lamb

Mana nak cari selera Malaysia campur Mexico kat sini dengan menu khas Bowery, Cajun Roasted Leg of Lamb makan pulak dengan Mexican Rice, Pico de Gallo, Chimichurri, Minted Verde Salsa dan Lamb Jus. Mexico habis dah tu.


Mexican Rice with Pico de Gallo


Seven Spiced Fried Chicken

Tak tahu berapa kali aku ambil ayam ni sebab sedap betul. Ratah macam tu tanpa nasi akan rasa lebih rempah dia. Rasa macam-macam rempah dalam mulut bila makan, pandai chef dia masak, campur rempah gitu. Ayam ni wajib makan kalau korang berbuka kat sini nanti.


Irish Lamb Stew with Sourdough Bread

Ada orang suka makan Irish Lamb Stew ni dengan nasi sebagai kuah, tapi orang Irish makan ni buat cicah dengan roti keras yang mereka sediakan. Macam mana pun pilihan korang, patut cuba juga cara orang Irish. Baru rasa umph!


Salmon Fish Head Curry

Kari kepala ikan Salmon ni unik tau. Sebab menu ni merupakan menu tradisi Melayu, tapi diolah oleh Chef Ahmad Farhan Noorzali untuk gabungkan rasa Melayu dan Barat. Memang sedap, tak perasan pun pakai ikan Salmon.


Kam Heong La La


Mac & Cheese w Baby Green Peas in Mornay Cheese Sauce


Grilled Bratwurst Sausage with Truffle Mashed Potato & Sauerkraut


Kaunter salad menjadi tarikan aku sebab rojak buah dia sedap. Dia akan campurkan pilihan buah rojak kita dengah kuah secara live, jadi boleh pilih taknak apa, macam tak suka nenas sebab masam, jadi takyah letak nenas.


Selain makanan berat, ada juga makanan ringan dan kuih muih seperti pelbagai Kuih Nyonya, Bubur Kacang, Cinnamon Apple Pie, Ginger-Infused Crème Brûlée, Lemon Poppyseed Cake, Matcha Cream Puffs, agar-agar buah markisa dan raspberry dan Rocky Road Brownies.


Korang bayangkan betapa uniknya Bowery ini sebab ada banyak minuman yang lain daripada yang lain. Ada air tebu, fruit punch, Bowery blend cooler, teh o ais limau, teh tarik, bandung cincau dan lemonade. Rambang tekak nak pilih.


Menu Berbuka With Bowery boleh didapati di semua outlet Bowery di BOWERY Publika (Solaris Dutamas), Bowery Metro (Menara Hap Seng) dannjuga di Bowery Petit (TTDI).

Menu penuh berbuka puasa di Bowery,
Klik sini: Berbuka-with-Bowery-Menu-Buffet-Pics.pdf

Berbuka With Bowery: 
Tarikh buffet berbuka bermula 1 Jun 2017, RM65++ untuk 1 orang

Promosi Berbuka with Bowery:
Tempoh beli baucar awal: 1 Jun - 20 Jun 2017, Promosi: Beli 5 percuma 1.

Bowery Metro
Lot 1-002 First Floor, Menara Hap Seng, 
Jalan P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur
Contact: 03-2022 3317

Website: www.thebowerygroup.co
Facebook: www.facebook.com/bowerykl
Instagram: www.instagram.com/bowerykl

Hashtag: #bowerykl

Till then,

12 comments:

  1. mac n cheese tu sedpnyerrrr.....air tu kalau tengok masa puasa hadoii telan air liur jela

    ReplyDelete
  2. The selection of food looks really good and that's a huge variety to choose from. From western to eastern cuisines, everyone will look forward to this feast when they break fast

    ReplyDelete
  3. fuh.. kambing itu sungguh menggoda jiwa.. sedapnya makanan dekat situ yea.. melazatkan.. dan menyelerakan

    ReplyDelete
  4. I like dine buffet, so many choices. I shall buzz my dear to see this pics.

    ReplyDelete
  5. Looks like a lot of Western choices in its menu. Great for those who want to berbuka with something different.

    ReplyDelete
  6. holy moly...that's a huge chunk of Cajun Roasted Leg of Lamb....i think I should drag my parents go there...hahahha

    ReplyDelete
  7. My favourite Kam Heong La La pun ada. Really wanted to try out the buffet here.

    ReplyDelete
  8. OMG, so nice Ramadhan food. Love the Roasted Cajun Lamb. Ramadhan food always the best.

    ReplyDelete
  9. OMGGGG!!! look at that Irish Lamb Stew, I am so hungry now. They have a good selection of food.

    ReplyDelete
  10. i too want to puasa so i can enjoy this delicious buffet! Can't wait for ramadan end of this month

    ReplyDelete
  11. Wow, look at all the delicious foods, can't wait to try out at this restaurant :)

    ReplyDelete
  12. The environment look nice and hygiene! :)

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^