Wednesday, April 12, 2017

Hari Kerjaya di Hotel Anjuran Resorts World Genting

Hello korang.

Ada tak yang sedang mencari kerja di hotel atau dah kerja kat hotel tapi teringin nak kembangkan kerjaya di hotel yang hebat dan berprestij? Jemput datang kt Hari Kerjaya Hotel atau Hotel Career Day esok di Hotel Grand Millennium, Kuala Lumpur.

Hari Kerjaya di Hotel diadakan khas untuk orang yang teringin nak mencuba nasib untuk kerja dalam bidang penghotelan. Tak kisah la kalau nak masuk ke bahagian admin ke, banquet ke, house keeping ke atau marketing, boleh la datang.

Apa yang khasnya Hari Kerjaya Hotel pada tahun ini adalah, jika kalau berjaya masuk ke dalam bidang penghotelan ini, korang akan dilatih dan bekerja bersama orang yang berpengalaman dan professional. Boleh dapat banyak pengalaman baru kan?

Hari Kerjaya Hotel
Tarikh: 13 April 2017 (Khamis)
Masa: 10AM-6PM
Lokasi: Tingkat 2, Hotel Grand Millennium, Kuala Lumpur.

Chef De Cuisine Steven Chou

Lebih menarik, Hari Kerjaya Hotel ini dianjurkan oleh pusat peranginan berintergrasi terkemuka Resort World Genting yang bakal melancarkan kompleks membeli-belah dan makanan, Sky Avenue.

Kompleks Sky Avenue khas untuk makanan (F&B outlets) bakal dilancarkan di Resorts World Genting bersama 20th Century Fox World Theme Park (Outdoor) yang pertama didunia, Indoor Theme Park yang baru dan Genting Highlands Premium Outlet.

Individu yang betul-betul komited berpeluang untuk diserap masuk ke dalam pasukan mereka dan boleh terus memberikan servis yang terbaik didalam bidang peranginan, hospitaliti bisnes merangkap taman tema, hotel, restoran dan hiburan.

Untuk yang pengalaman dengan bidang penghotelan seperti Pengurus Restoran, Chef atau Barisa juga berpeluang untuk mengembangkan kerjaya mereka ke peringkat yang lebih tinggi dengan peluang perkerjaan di Resorts World Genting.

Mixologist Sam Pranill

Segmen Food and Beverages (F&B)

Sommelier Kevin Yee, Chef kulinari John Pathmanaban, Mixologist Pranill Saam, Barista dari Caf├ęs Richard Emmanuel and Pembantu Manager Outlet Supri Jinal adalah “masters” yang akan menjawab segala persoalan yang korang nak tahu tentang bidang F&B.

Mereka akan membuat perbentangan tentang kelebihan bagaimana dan kenapa bidang F&B ini best. Segmen ini khas untuk mendidik orang yang hadir untuk lebih mengenali bidang F&B. Kalau korang ada masalah nak jelaskan kat keluarga, bawa je deorang datang sini. Settle.

Segmen Sembang Bisnes

Di segmen sembang bisnes ini korang boleh tanya dengan lebih lanjut mengenai pelan karier dan bidang yang korang nak masuk dengan beberapa individu hebat dari bidang F&B dan HR dari hotel yang berprestij. 

Sommelier Kevin Yee

Untuk maklumat lanjut mengenai Hari Kerjaya Hotel anjuran Resorts World Genting di negeri lain, sila layari www.rwgenting.com.

Untuk yang berminat nak kerja di Resorts World Genting, boleh layari dua link dibawah.
1. http://www.rwgenting.com/careers/overview/
2. https://careers.rwgenting.com/

1 comment:

  1. Career day tour is a good way to have a preview about The new career you want to choose, getting to see the business plan and management is a good way to start

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^