Monday, April 17, 2017

Menarik di "Wild Wild West" Pet Fiesta 2017

Hello dan Assalamualaikum korang,

Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di Pet Fiesta di Setia City Convention Center. Pet Fiesta pada tahun 2017 adalah bertemakan "Wild Wild West". Bayaran masuk adalah RM5 untuk dewasa dan percuma bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.

Kepada pencinta haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, arnab, hamster, landak/ Guinea Pig, serangga kecil, katak, tupai, sugar glider, kura-kura, korang memang kene datang sini. Mesti korang rambang mata punya.

Pesta Haiwan Kesayangan Yang Terbesar di Malaysia, Pet Fiesta 2017.


Tarikan Menarik di Pet Fiesta 2017

Pet-tiserrie
Pet-tiserrie ini merupakan kafe kedai makanan khas untuk haiwan peliharaan yang korang bawa. Kat sini ada jual Kek cawan, kek dan makanan ringan untuk kucing atau anjing. Kek dia nampak sedap sampai aku hampir beli untuk diri sendiri. HAHA

Sajian Enak
Merupakan kafe untuk pengunjung macam kita. Kat sini bersih sikit sebab tak ada haiwan boleh masuk dalam kawasan itu. Ada macam-macam makanan yang dijual, macam nasi ayam, mee dan minuman.



Pameran Reptilia oleh REPO
Kat mana nak lihat haiwan reptilia secara dekat tanpa bayar mahal untuk ke zoo? Mestila kat Pet Fiesta kan. Bayangkan, bayar hanya RM5, tapi dapat lihat ular, kameleon, cicak, 'bearded dragon', katak unik, labah-labah secara lebih dekat.


Peraduan 'Paling'
Kalau korang rasa haiwan peliharaan korang mempunyai ciri-ciri tersendiri yang tidak dimiliki oleh haiwan-haiwan lain contoh macam yang tertinggi, terpanjang, terpendek, terbesar, terkecil dan sebagainya boleh masuk pertandingan ni.

Pertandingan antara haiwan
Korang merupakan pelatih haiwan yang berjaya? Atau korang rasa haiwan peliharaan korang tu jenis dengar cakap? Join la pertandingan haiwan ni. Ada beberapa kategori, ada pertandingan anjing, kucing, arnab dan guinea pig. Menarik tau.



Bela atau Beli Haiwan Peliharaan Baru
Korang yang berminat nak bela kucing secara percuma, boleh juga datang sini sebab mereka ada berikan kucing untuk korang bela tanpa bayaran. Kucing-kucing ini merupakan kucing yang diambil di jalanan dan dirawat sampai sihat.



Hari Terbuka Haiwan Peliharaan
Kat mana lagi nak senang-senang bawa haiwan peliharaan korang keluar? Takkan selalu kat taman je kan. Di Pet Fiesta, mereka menggalakkan korang untuk bawa haiwan peliharaan, dengan syarat haiwan itu diikat bersama kita dan tidak ganas.



Pameran Haiwan Istimewa
Ada banyak lagi tarikan menarik kat sini. Kalau bawa budak-budak mesti deorang suka sebabnya kat sini juga korang boleh jumpa haiwan unik yang tak boleh jumpa kat zoo contoh macam 'bearded dragon', katak warna-warni, arnab comel dan ayam jinak. Ada mini zoo juga kat sini.


Persembahan Kucing Antarabangsa KKM
Di persembahan ini, ada banyak kucing comel dan unik yang korang boleh jumpa. Jenis-jenis baka yang susah nak jumpa pun ada macam Bengal, American dan British short-hair, Parsi, Bombay, Munchkin.

Kucing ni dah berumur 6 tahun! Tua kan.

Tengok mata kucing ni, sebelah biru, sebelah coklat. Comel!

Debabnya Sugar Glider ni. Jinak pulak tu.

Haiwan kat sini memang jinak-jinak belaka. Untuk yang beragama Islam, jangan risau pasal anjing, sebabnya tuan punya binatang tu mereka faham yang kita tak boleh sentuh anjing dan jaga anjing deorang kalau nampak kita.

Macam haritu aku pergi, ada sorang pengunjung ni bawa anjing, sebab anjing dia terlebih friendly, dia nak menyendeh ke kaki aku, tapi dia nampak, cepat-cepat dia tarik tali anjing dia dan cakap "Sorry". Orang bukan Islam zaman sekarang dan lebih memahami.




Secara keseluruhannya aku memang gembira sebab dapat luangkan masa cuti aku kat sini. Datang sini tangan kosong, balik penuh tangan dengan goodies percuma dari ahli pamer sebab deorang kasi makanan kucing atau anjing secara percuma.

 

"Wild Wild West" Pet Fiesta 2017
Hall 1 & 2,
Setia City Convention Center.
Tarikh & masa: 14 - 16 April 2017, 11AM- 9PM.
Website: www.petfiesta.com.my
Facebook: www.facebook.com/mypetfiesta

Till then,

5 comments:

  1. Comelnya kucing-kucing tu 😍🐱

    ReplyDelete
  2. kalau bawa budak2 mereka lah paling seronok. paling best boleh pergi secara dekat dan pegang2 haiwan2 dekat sana. harga pun murah. memang berbaloi.

    ReplyDelete
  3. amboih.. sakan berjalan yea.. al;amak ada kucen kat situ.. geramnya tengokk

    ReplyDelete
  4. Such great fun. Love attending pet fiestas. Sometimes they come to Ipoh.

    ReplyDelete
  5. OMG! Saya nie penakut sangat kat reptiles maka memang takkan jejak la lokasi reptiles nie - tapi the cats tu sangat gebu!!!

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^