Tuesday, April 4, 2017

Restoran Satay Sedap di Ukay Perdana, Ampang

Hello dan Assalamualaikum korang.

Tiap-tiap bulan, suami dan aku akan bawa ayah dan mak (ayah-mak suami) untuk pergi makan-makan sambil mengeratkan hubungan kami. Haritu, kebetulan mak nak makan satay, teringat ada kawan sarankan satu restoran satay kat Ukay Perdana, aku pun pergi.

Restoran Satay Sedap menghidangkan satay ayam, daging, kambing dan perut dengan yang saiz yang besar dan juga hidangan berat seperti mee rebus. Kat sini tak ada hidangan gorengan, sebab katanya mereka nak fokus kepada satay. 

Satay Sedap di Ukay Perdana

Restoran ni mudah nak cari, Waze "Restoran Satay Sedap", pastikan lokasi di Ampang, mesti akan sampai sini. Lokasinya sebelah kedai dobi servis sendiri.


Ayah dan mak suka lah layout Restoran Satay Sedap ini sebab design dia memang jenis old-skool. Ada vespa, ada mesin piring muzik tu (apa kebenda tah nama dia). Kat dinding pun ada gambar macam-macam jenis kenderaan zaman 70-80an. Memang mengimbau kenangan.

Cara susunan meja dan kerusi restoran ini pun aku rasa sesuai dengan konsep dia. Nak datang seorang atau ramai pun selesa. Kalau ada anak kecik, boleh minta kerusi budak untuk mereka.


Mee Rebus Khas Satay Sedap
RM 6.50

Untuk orang yang tak kenyang kalau makan satay saja, boleh order mee rebus ni sekali. Aku tah tahu ini mee rebus jenis apa, tapi seriously sedap sangat. Mee dia tak liat sangat dan tak muak, kuah mee rebus dia, manis-manis gitu. Letak pulak perahan limau tu, jadi manis-masam.


Apa yang bagi aku yang membuatkan Restoran Satay Sedap ini lain daripada yang lain adalah, teknik memasak satay dia. Selalu satay panggang dengan arang kan, ini lain sebab dia pakai macam teknik grill. Jadi, takde la bau arang sangat.

Satay dia pun gedabak besar. Berbaloi dengan harga dia. Aku makan 3-4 cucuk dah kenyang. Kuah kacang sedap sangat, suami aku suka. Pekat, pedas dan rasa kacang, memang cicah dengan satay rasa lagi umphh.


Aneka Satay di Restoran Satay Sedap di Ukay Perdana

Satay Ayam: RM 1.00
Satay Daging: RM 1.20
Satay Kambing: RM 1.80
Satay Perut: RM 1.20

Nasi impit 1 set: RM 2.00
Nasi impit 1 bantal: RM 10.00
Kuah satay 1 kilo: RM 15.00

Satay ayam memang kegemaran aku sebab aku jenis makan satay ayam je. tapi sebab mertua aku cakap satay daging dan kambing dia sedap, aku makan la secucuk. Wei! Sedap la daging dia. Tak liat, senang kunyah dan tak hanyir. Bila makan, rasa juicy rempah perapan dia.




Kat Satay Sedap sebenarnya ada banyak pilihan air yang sedap dan best. Ada jus buah hingga air signature Satay Sedap seperti Tembikai Laici dan Teh O Ais Laici. Aku berpeluang merasa air khas, epal asam boi. Dap-dap~

Epal Asam Boi (Ais)
RM 4.90


Muka gembira kenyang kami berdua. Yang penting mertua pun happy siap recommend kat kawan-kawan datang sini. Satay memang sedap, layak letak nama Restoran Satay Sedap.


Satay Sedap
No. 24G, Jalan UP 1/7, Ukay Perdana 1,
Ampang, Selangor.
Contact: 0123636278/ 0132486666
Email: satay.sedap@yahoo.com


Till then,

12 comments:

  1. i love satay!! looks so yummy!! like Epal Asam Boi also ^^

    ReplyDelete
  2. What a simple name for the restaurant. Easy to remember! I want to take the ayam. As for the rest, I don't eat them!

    ReplyDelete
  3. Sekarang I macam lapar nak makan satay pulak. Sedappp oiii.

    ReplyDelete
  4. wow no need to go all the way to kajang to enjoy this satay! nice nice!

    ReplyDelete
  5. OMG>..terliur! the satay looks juicy...

    ReplyDelete
  6. I love satay! Oh my am craving for it now :)

    ReplyDelete
  7. pergh, nmpk mcm sedap je. Boleh pergi tgk ni. hehe

    ReplyDelete
  8. Adoi.. very tempting. My favorite food memang satay. Suka sangat kalau juicy

    ReplyDelete
  9. Nice family bonding with great food

    ReplyDelete
  10. You look so beautiful :)
    Asam boi look tasty!

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^