Tuesday, May 16, 2017

Review Buffet Ramadhan Rajawali Coffee House, Awana Hotel, Resorts World Genting

Hello dan Assalamualaikum.

Kepada korang yang mencari lokasi untuk berbuka puasa di tanah tinggi Genting, jemput datang ke Awana Hotel di Genting Highland.

Pada tahun ini, Rajawali Coffee House, Awana Hotel akan menghidangkan buffet berbuka bertemakan "Santapan Warisan Tradisi Awana" yang menghidangkan bukan sahaja juadah tradisi Melayu, tapi juga menu seperti Kambing Bakar Australia dan Mee Kari Ipoh.

Menu yang popular pada tahun sebelum-sebelum ini seperti Ayam Percik, Ikan Bakar, Sup Cendawan dan Char Kuay Teow turut dihidangkan dengan aneka lauk dan juadah yang lain.


Yang rare kalau korang berbuka di Rajawali Coffee House, Awana Hotel, korang boleh pilih untuk duduk dimeja dalam atau diluar. Untuk aku, personally aku nak duduk kat luar.

Cuba korang fikir, kat mana lagi nak berbuka di tempat tinggi dan sejuk bersama yang tersayang kalau tak datang Genting Highland? Best lagi kalau datang tidur sini, boleh staycation sambil tenangkan minda dari kota.


Gerai Bakar-Bakar

Di gerai bakar-bakar, ada banyak pilihan yang ada seperti Kambing Bakar Australia yang dihidangkan dengan sos mint dan black pepper, ada pelbagai jenis ikan bakar seperti ikan kembung, jenahak, siakap, patin, keli, kerapu, haruan dan banyak lagi, serta Ayam Percik.

Kambing Bakar Australia

Ikan Bakar

Gulai Lemak Daging Salai

Rendang Tok

Ikan Keli Masak Sambal

Patin Tempoyak

Lala masak Sweet & Sour

Cendawan dan Taufo Jepun

Siapa yang tak suka makanan laut goreng macam ketam, sotong dan udang goreng. Kat buffet berbuka Awana Hotel, korang boleh jumpa macam-macam makanan laut goreng yang korang boleh makan sambil cicah dengan Sambal Celup, Sambal Belacan, Bubu, Cincaluk dan Sambal Tempoyak.

Seafood Goreng

Selain tu, ada juga aneka pilihan sup yang ada seperti Sup Gear Box "Lambreta", perut, daging, ayam, Sup Cendawan dan Sup Tom Yam. Siapa suka makan sup organ, rugi tak cuba sup spesial di Awana Hotel. Sedap.

Sup Gear Box "Lambreta"



Gerai Masakan Pulau Pinang

Khas untuk orang Utara yang tak sempat nak balik sebab kekangan masa, atau korang yang suka sangat dengan masakan Utara dan Mamak macam suami aku, mesti suka dengan gerai masakan lauk dari Pulau Pinang.

Ada macam-macam masakan Penang yang ada seperti Nasi Kandar, Nasi Briyani, Kari Kepala Ikan, Paratha Ayam, Kambing Masala, Sotong Kari, Dalca Sayur, Aneka murtabak, roti canai, roti telur, Chapatti dan Dhosai.

Nasi Briyani

Kari Ayam

Kari Kepala Ikan

Sotong Kari

Peria Goreng


Gerai Masakan Ipoh

Sekarang ni viral dengan sotong kangkung yang sedang popular kat Ipoh sana. Yang teringin nak makan sotong kangkung masa bulan Ramadhan wajib datang sini. Gerai sotong kangkung ni antara yang paling hot.

Senang je cara nak makan, ambil sayur dan sotong pilihan korang, rebus sekejap dan campur dengan kuah yang disediakan. Kuah dia, The Best! Ala-ala Yong Tau Foo gitu.

Sotong Kangkung


Mee Kari Ipoh


Pembuka Selera & Pencuci Mulut

Untun menu pembuka selera ada Aneka Ulam-Ulaman dan Kerabu, Tauhu Sumbat, Rojak Buah dan Pasembor. Aku suka betul dengan kuah rojak dia, pedas-manis-yummeh.

Pencuci mulut lagi ada banyak pilihan. Daripada yang kanak-kanak kepada yang dewasa semua mesti suka. Ada Buah-Buahan, Kuih-muih, Goreng-goreng macam pisang goreng, keledek, cekodok pisang, cucur udang dan bubur.

Rojak Buah

Pasembor

Bubur Kacang Hijau, Bubur Cha Cha, Pengat Pisang Raja

Korang yang gilakan kuih-muih terutama kuih tradisional Melayu, wajib ke gerai kuih dia. Segala kuih yang korang nak mesti ada punya. Kalau katakan bawa ibu ayah atau nenek dnegan atok aku mesti deorang suka.

Ada kuih lapis, kueh pandan, kuih talam, kasui, ondeh-ondeh, cara manis, bingka, seri muka, lompang, lopeh, lepat pisang, putri mandi, pulut udang, gula hangus, sago merah, ketayap, topeng pelita, badak berendam dan banyak lagi,

Aneka Kuih-Kuih

Pengunjung buffet Ramadhan di Rajawali Coffee House, Awana Hotel juga akan dihidangkan dengan pelbagai pilihan air, antaranya Air Sirap Bandung, Sirap Selasih, Oren, Laici, Tebu, Sarsi, La Menet Botol, Soya, Air Mata Kucing dan Asam Boi.


Buffet Ramadhan 2017 Rajawali Coffee House, Awana Hotel, Resorts World Genting.

Promosi sebelum 23 Mei 2017: Setiap belian awal baucar bernilai RM80 seorang.

Harga
RM100 (dewasa), RM50 (kanak-kanak & watrga emas)

Tarikh: 27 Mei- 24 Jun 2017
Masa: 6PM - 9.30PM

Rajawali Coffee House
Awana Hotel, Genting Highlands Resort, 
69000 Genting Highlands, Pahang, Malaysia
Contact:  03-61011118
Website: www.rwgenting.com 


Entry berkaitan: 

1. Sarapan pagi di Rajawali Restaurant, Awana Hotel RWG:
http://nurulzayani.blogspot.my/2015/11/rajawali-restaurant-awana-hotel-rwg.html

2. Review Superior Deluxe Room Awana Hotel, Resorts World Genting:
http://nurulzayani.blogspot.my/2015/11/awana-hotel-rwg-superior-deluxe-room.html

Till then,

10 comments:

  1. Yang masak lemak tu yang tak leh tahan tgk. Nasib bukan bulan puasa lagi.

    ReplyDelete
  2. i feel like having them already! the food look so delicious!

    ReplyDelete
  3. Long time havent been to Awana. time to go again!

    ReplyDelete
  4. Wah sedap la, musim panas macam ini rasa nak pergi Genting to rehat and makan-makan macam ini.

    ReplyDelete
  5. bestnya suasana dekat situ, macam nak pergi je.. sebab ada hijau2 tu.. i likee..

    ReplyDelete
  6. What a delicious buffet spread for buka puasa. I guess it is a lot more enjoyable when it comes with a refreshing view!

    ReplyDelete
  7. Bestnya nampak! Thanks for sharing

    ReplyDelete
  8. Honestly, the soups are the best!

    ReplyDelete
  9. I wonder how's the experience to berbuka puasa at Genting :)

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^