Tuesday, May 9, 2017

Review Filem: Smurfs: The Lost Village (2017)

Hello korang.

Haritu aku sempat ke panggung wayang untuk tonton filem yang aku tunggu daripada tahun lepas lagi, Smurfs: The Lost Village. Aku tonton filem smurf ni dari yang pertama lagi, dan aku suka dengan cerita dia yang santai.

Filem Smurfs: The Lost Village disuarakan oleh ramai pelakon hebat seperti Demi Lovato, Rainn Wilson, Joe Manganiello, Jack McBrayer, Danny Pudi, Mandy Patinkin, Dee Bradley Baker, Frank Welker, Michelle Rodriguez dan ramai lagi.


SINOPSIS FILEM
Filem Smurfs: The Lost Village menceritakan tentang Smurffette yang terjumpa satu Smurf lain dan kemudian beserta kawan dia, Brainy, Clumsy dan Hefty untuk mencari lagenda desa Smurf yang hilang yang berada di hutan terlarang.

Perjalanan untuk mencari desa Smurf penuh dengan rintangan dan bahaya, tapi deorang kena bergerak cepat sebelum ahli sihit jahat bernama Gargamel jumpa desa Smurf tu dulu.



REVIEW FILEM

Masih lagi mengekalkan aspek santai dalam jalan cerita dia, sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Kalau orang dewasa macam aku, walaupun fans Smurf, rasa bosan juga dengan cerita ni sebab terlalu santai. HAHA

Satu yang aku suka adalah, dalam Smurfs: The Lost Village, korang akan jumpa banyak benda yang tak ada dalam trailer. Memang tak expect kat Lost Village tu ada ramai lagi Smurf yang lain daripada yang lain yang tak pernah jumpa sebelum ni.

Aku suka movie ni tunjukkan walaupun kita dilahirkan dalam komuniti yang tak elok/jahat, tapi kita sendiri membentuk jati diri kita. Contoh: Smurfette dicipta oleh Gargamel yang jahat, tapi bila ada sentuhan kebaikan tu, dia boleh jadi baik.

Bintang: ★★★½
Rating IMDb: 5.8/10


2 comments:

  1. I grew up loving The Smurfs. I must catch this movie one day - I keep telling myself but haven't found the time yet!!

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^