Saturday, June 3, 2017

Amalaka Restaurant, The Straits Hotel And Suites Melaka

Baca review The Straits Hotel And Suites (TSHS) - The Premier Suite: 

Selamat sejahtera korang,

Untuk suami dan aku, antara faktor dan sebab kenapa kami pilih untuk menginap kat satu hotel itu adalah sebab mereka ada sediakan sarapan sekali dengan bilik.

Buffet sarapan pagi di Amalaka Restaurant, The Straits Hotel And Suites disediakan dari pukul 8AM-10AM. Aku sarankan korang untuk datang turun sebelum pukul 9AM sebab masa ni orang tak ramai sangat, makanan pun baru je masak.

Buffet sarapan pagi yang disediakan pretty cozy dan selesa. Aku suka dengan perbezaan environment kat dalam dengan kat luar. Korang boleh pilih untuk makan kat dalam atau luar. Aku jenis yang suka makan sarapan sambil hidup udara pagi. 



Untuk orang yang baru bangun tidur, tak sesuai nak makan berat sangat, dan tak sesuai nak makan ringan sangat sebab ye la kan nanti tak ada tenaga nak berjalan-jalan keliling Melaka. Jadi, bagi aku, pemilihan menu kat sini sangat sesuai dan sepadan dengan orang yang datang menginap kat sini.

Makanan kami untuk hari pertama

Makanan untuk hari kedua :)

Menu yang dihidagkan kat sini tak adalah spesial sangat, tapi masih lagi banyak pilihan dan pilihan makanan sesuai untuk orang yang nak memulakan hari yang baru. Walaupun simple, tapi menu yang ditawarkan adalah mengikut selera orang Malaysia.


Apa yang aku perasan sepanjang 2 hari aku bersarapan kat sini adalah, menu harian dia lebih kurang sama saja. Cuma ada sikit yang lain contoh kalau hari ni Nasi Goreng Kampung, esok Nasi Goreng Cina pulak. Sama juga dengan mee atau bihun.


Pilihan pasta ada juga untuk orang yang nak sarapan kat sini kalau jenis yang tak biasa makan nasi untuk sarapan. Selain tu, ada side dish menu makanan barat macam sosej, kepingan ayam dan kacang panggang. Sedap ohh sosej dia panas-panas.


Kaunter telur goreng

Orang Malaysia atau orang luar negara kalau datang Malaysia tak sah kalau tak cuba sarapan makan Nasi Lemak. Secara tradisi dia, nasi lemak dihidangkan dengan sambal, ikan bilik, timun dan telur rebus. Tapi sekarang dah moden, aku suka padankan dengan telur mata.

Antara banyak-banyak pilihan kat Restoran Amalaka, The Straits Hotel And Suites aku paling suka nasi lemak dia sebab hidangan dia simple, tapi mengenyangkan.


Bubur kosong dan aneka perasa pilihan

Nah kalau jenis lapar lagi lepas dah makan nasi, boleh makan mee yang disediakan dalam menu. Mee ini pun ada hari juga. Korang boleh pilih mee jenis apa yang korang nak seperti bihun, mee, kway teow atau laksa untuk dipadankan dengan kuah of the day.



Roti canai ni kata orang review hotel ni sedap. Patutla cepat je habis kalau deorang letak dalam tray. Nak makan roti ni kene tunggu sebab mereka akan buat depan mata. Kuah pun ada banya pilihan.

Bahagian roti dan pastri di buffet sarapan Amalaka Restaurant best sebab ada banyak pilihan pastri yang sedap. Kek dia tak manis sangat, sesuai untuk semua lapisan umur, dan sesuai la untuk sarapan pagi. Roti bakar memang menu wajib suami masa sarapan.


Puding roti

Kaunter pilihan budak-budak dan termasuklah aku. Kalau kat rumah macam malas nak masak sarapan atau terlambat nak pergi kerja ataupun tak ada selera nak makan, memang aku makan bijirain sarapan je. Bijirin ni boleh bagi cepat kenyang dan tahan lama pulak tu.

Aneka pilihan bijirin sarapan

Kaunter salad dan buah-buahan


Secara keseluruhannya aku puas hati la dengan buffet sarapan yang disediakan oleh Amalaka Restaurant, The Straits Hotel And Suites Melaka. Ada la bahagian yang mereka boleh tingkatkan supaya servis lagi baik contoh macam cepat-cepat refill makanan kalau dah nak habis.


THE STRAITS HOTEL AND SUITES MELAKA
No 1- B, Jalan Melaka Raya 2, Taman Melaka Raya, 
75000 Melaka, Malaysia.
Telefon: +606-289 8555

Website: www.straitshotelsuites.com/melaka
Hashtag:  #thestraitshotelandsuites

Personal rating buffet breakfast: ★★★½


Till then,

1 comment:

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^