Friday, June 2, 2017

Majlis Menandatangani MOU Antara MyPort & KOPSTAR

Salam sejahtera.

Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (KOPSTAR) dan MyPort telah mengambil keputusan untuk berkerjasama untuk menguruskan Pusat Penjaja Uptown MyPort yang berlokasi di tempat letak kereta Park N Ride, Bandar Tasik Selatan (sebelah LRT Bandar Tasik Selatan).

Pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) ini merupakan salah satu usaha KOPSTAR dalam usaha untuk membantu ahli mereka yang terdiri daripada penggiat seni tanah air untuk menjana pendapatan tambahan selain dari karier mereka.


KOPSTAR juga akan membina sebuah Hub Muzik Antarabangsa yang akan dikenali dengan nama 'Taman Muzik Malaysia'. Taman Muzik Malaysia ini akan dijadikan sebagai pusat sehenti industri muzik Malaysia yang menempatkan 8 aktiviti sebagai mekanisma untuk menjana ekonomi. 

Antara aktivi yang akan dijalankan termasuklah Galeri Muzik Malaysia, Pentas Terbuka, Studio KOPSTAR dan Bazaar KOPSTAR.

Visi utama penubuhannya adalah untuk menjadikan hub ini sebagai galeri muzik mega yang pertama di Malaysia dalam menonjolkan keseluruhan sejarah serta masa depan industri muzik Malaysia.


 Info tentang KOPSTAR

Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (KOPSTAR) merupakan satu badan pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 dengan tujuan untuk meningkatkan ekonomi anggotanya melalui aktiviti yang dijalankan.

Ahli KOPSTAR terdiri daripada pengiat seni muzik dan perfileman, produksi media, televisyen dan radio serta mereka yang terlibat secara langsung dengan seni.


Pusat Penjaja Uptown MyPort dilihat sebagai satu lokasi yang strategik dan sesuai untuk peniaga yang mempunyai bajet yang rendah kerana bayaran sewa yang dikenakan sangat murah. Dalam RM250 sahaja sebulan.

Pusat Penjaja Uptown MyPort merupakan satu pusat dan tempat yang sesuai untuk korang jualkan barangan, servis atau makanan korang kerana lokasi dia dekat dengan LRT Bandar Tasik Selatan.


Sebarang pertanyaan tentang Pusat Penjaja Uptown MyPORT atau kalau korang berminat untuk buka kedai di Pusat Penjaja Uptown MyPort, boleh layari laman web (www.kopstar.com) atau walk-in ke pejabat mereka di Uptown MyPort.

Pusat Penjaja Uptown MyPort
(sebelah LRT Bandar Tasik Selatan).
MyPort- Tempat letak kereta bertingkat,
Park N Ride Tasik Selatan Station,
Bandar Tasik Selatan, 57100 Kuala Lumpur.

Till then,

13 comments:

  1. all the best to their mou... mula -mula ingat K POPSTAR... lol but this is great.. semoga bersefahaman dan berjaya bersama.

    ReplyDelete
  2. All the best , semoga bermanfaat bagi semua orang disana . Salam dari Pulau Bali

    Best regards
    Made
    http://www.galihbalitours.com

    ReplyDelete
  3. Sounds like a positive step forward for those in the music industry. Hope it works out well in due time.

    ReplyDelete
  4. WOW!! next time when I fetch my relavtives I can start shopping!

    ReplyDelete
  5. This MyPort nampak macam hipster lah! And a good place for small business to expand.


    xx
    Puiyeesss

    ReplyDelete
  6. glad to read it here, else I don't know. Good to know that small budget business available there.

    ReplyDelete
  7. WOw... this is great... more activities more healthy socialize for the people..

    ReplyDelete
  8. Affordable sewa dia! Semoga berjaya!

    ReplyDelete
  9. Seem a good starting for our music world. Fully support.

    ReplyDelete
  10. Seems like a great event to attend. It's great to see some of the artists before they are famous.

    ReplyDelete
  11. I love this approach and congrats on their cooperation together! Can't wait to see waiting for them and what they will work on in the future =)

    ReplyDelete
  12. Wow thanks for sharing, hope to see their progress and project coming soon.

    ReplyDelete
  13. More positive activities and great progress. Good for all.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^