Sunday, June 4, 2017

Teater Kung Fu, Soul of Shaolin: Hui Guang's Story di Resorts World Genting

Salam sejahtera korang,

Sempena dengan Festival Kanak-Kanak Antarabangsa di Genting pada tahun ini, akan ada banyak aktiviti dan perarakan yang pasti akan membuatkan budak-budak gembira. Bukans etakat budak je, mak bapak budak pun mesti suka.

Tema festival pada tahun 2017 adalah "art, dance and music". Antara aktiviti yang akan menjadi tumpuan di pada sambutan festival kali ini adalah:

1. Storyland: Cosplay Meet & Greet di tingkat 1, SkyAvenue
2. Street Beats: Brass Ensemble di tingkat 3, SkyAvenue
3. Paradise: Forest Fairies Ballet Dance di First World Rainforest

Selain itu, khas untuk peminat seni pertahankan diri dari China, Shaolin kung fu, korang kini boleh menonton teater persembahan kung fu secara live didepan mata hanya di Genting Highland.


Teater Soul of Shaolin: Hui Guang's Story
Tarikh: 28 Mei - 26 Jun 2017
Masa: 4 PM & 9 PM
Lokasi: Genting International Showroom, Resort World Genting.
Durasi: 90 minit (ada selingan 10 minit)


Persembahan Teater Kung Fu, Soul of Shaolin: Hui Guang's Story ini telah mendapat penamaan calon di 63 Tony Award 200 dan mereka telah membuat sebanyak 500 persembahan di seluruh dunia termasuklah di US, Australia, Italy, Norway, India, Korea, Turkey, Macau dan Hong Kong.

Teater Soul of Shaolin: Hui Guang's Story telah disokong sepenuhnya oleh Ministry of Culture China, Ministry of Commerce China, the State Administration of Radio, Film & Television dan General Administration of Press and Publication.

Persembahan teater di Resorts World Genting dibawakan khas oleh Asian Arts Connection.


Persembahan teater Soul of Shaolin: Hui Guang's Story merupakan satu cerita yang menggambarkan tentang kehidupan sebagai sami. Aku suka dengan jalan cerita yang di sampaikan, dan bukannya aksi kung fu semata-mata.


Sinopsis Soul of Shaolin: Hui Guang's Story Part 1:

Cerita ini bermula dengan seorang wanita yang terpaksa meninggalkan anak lelaki dia kerena dikejar dengan sekumpulan orang jahat. Wanita itu meninggalkan anak dia di sebalik lalang tinggi sebelum melompat dari tebing untuk elakkan diri dari kena tangkap.

Anak kecik itu telah dijumpai oleh seorang sami Shaolin kung fu bernama Na Luo. Kat sebelah bayi tu, dia juga jumpa satu kepingan jed (jade stone) yang dah pecah. Budak ini dinamakan Hui Guang 

Tahun demi tahun berlalu, Hui Guang membesar menjadi sihat dan kuat dengan didikan dan ajaran oleh Na Luo dan Miao Xing yang merupakan penjaga Shaolin Temple. Nak dijadikan cerita, satu hari tu tetiba dia terjumpa batu jed tu dan tahu tentang kisah silam dia.

Sebab kecewa punya pasal, dia pun jadi rebelious dan mogok dengan sami kat Shaolin Temple tu. Lepas tu deorang denda dia dengan letakkan dia kat dalam gua Bodhidharma. Masa dalam gua itu la dia belajar tentang kung fu dengan lebih banyak.



Kat perkampungan orang dulu-dulu kan macam ni la rupa dia. Kalau sekarang ada macam pertunjukan magic, dulu-dulu kung fu atau seni macam ni la, hiburan jalanan. Boleh dapat duit lebih. Untuk show ni ada pertunjukan lelaki kuat dan pecahkan belon melalui kad acrylic. 



Percubaan memecahkan belon menggunakan satu jarum melalui kad acrylic. Kad tu ada 1 je lubang cukup-cukup untuk masukkan jarum tu. Stun ini memerlukan ketangkasan dan kemarihan untuk target ke sesuatu. Menarik betul.


Lepas tu tetiba ada scene gaduh sebab ada salah faham sikit. Masa ni semua orang kampung itu lawan sebab nak pertahankan diri, termasuklah seorang budak perempuan ini. Perempuan pun terer kung fu okay. Tangkas je dia berlawan.



Sinopsis Soul of Shaolin: Hui Guang's Story Part 2:

Nak dijadikan cerita, satu hari tu masa mak dia tengah jalan-jalan, masih mencari anak dia, ternampak satu pergaduhan/ pergelutan antara orang kampung dengan orang jahat. Tengah bergaduh tu, tetiba Hui Guang dan Na Luo datang tolong mereka sebab kebetulan lalu kat situ.

Masa tengah lawan-lawan tu, serpihan jed Hui Guang terjatuh. Lepas dah habis lawan, baru mak dia ternampak kepingan yang terjatuh tu. Lepas tengok betul-betul itu memang kepunyaan anak dia yang dia tinggal dulu.

Nak tahu apa yang berlaku selanjutnya? Jangan lupa tonton persembahan teater kung fu, Soul of Shaolin: Hui Guang's Story di Genting Highland pada 28 Mei - 26 Jun 2017.





Mereka bertiga memainkan watak Hui Guang mengikut peringkat umur

Nanti dah lebih kurang separuh cerita teater ini, akan ada selingan rehat dalam 10 minit. Masa ini la kalau yang tengah tahan nak pergi ke tandas sebab takut ter-miss aksi kung fu boleh pergi. Dalam 10 minit ini pun ada juga aktiviti interaksi bersama dengan penonton.

Segmen bersama penonton dalam selingan 10 minit.

Teater kung fu Soul of Shaolin: Hui Guang's Story ini kebanyakannya adalah adegan dan aksi lawan dan mimik lakonan tanpa suara, tapi ada juga bahagian yang mereka borak-borak sikit. 

Untuk korang yang tak faham apa yang sedang berlaku, jangan risau sebab mereka akan sediakan satu projektor untuk menceritakan jalan cerita apa yangs edang berlaku, dalam bahasa Cina dan English. Besar jugak skrin tu.



Untuk peminat seni pertahanan diri macam aku, jujur cakap memang aku puas hatu dan gembira sebab Cik Suami bawak aku bercuti dan tonton teater ni. Siapa sangka, Shaolin kung fu pun boleh jadikan teater dengan jalan cerita kekeluargaan. 

Teater ini unik dan sangat sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Tak rugi bawak keluarga terutamanya anak-anak datang tonton persembahan teater ni. 





Harga tiket persembahan teater Soul of Shaolin: Hui Guang's Story 
boleh dibeli dengan harga:

RM 156 (VIP)
RM 126 (PS1)
RM 96 (PS2)


Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Contact: 03 27181118
Website: www.rwgwnting.com

Till then, selamat berpuasa :)

13 comments:

  1. Loving this show.. feel like wanting to go for another round.. definitely one of the best shows from RW Genting

    ReplyDelete
  2. so happening the stage I can see from post here. Good to know this school holidays we know where to go!

    ReplyDelete
  3. interesting! feel like going for it. always a big fan of martial art. thanks for recommending!

    ReplyDelete
  4. i like shaolin! will visit them for the show.

    ReplyDelete
  5. Genting ddefinitely put on a great line up for the school holiday!

    ReplyDelete
  6. My husband and my boys love to watch Kung fu. Hope to bring them there soon.

    ReplyDelete
  7. That's interesting! I haven't watch this kind of show yet.

    ReplyDelete
  8. Would you know if they will perform overseas? I would like to watch their performances.

    ReplyDelete
  9. What a performance this must have been. Am a huge fan of Shaolin and still can't get over the fact that I had to give the Shaolin performance a miss when I was in Beijing. This has to do!

    ReplyDelete
  10. Oh nice - I haven't been to anything like this before so will certainly take a look at this one. I think my husband would enjoy it too.

    ReplyDelete
  11. Nice show! Too bad I missed it. hope to watch it one day

    ReplyDelete
  12. Look like this is a very entertaining show.

    ReplyDelete
  13. I should really pay more attention to this kind of theatrical events..it's practically on my bucket list..but i have only gone for naruto so far..this would have been an awesome night, if i had gone..

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^