Thursday, July 6, 2017

Konsert Shila Amzah “My Journey” live in Malaysia 2017 di Resorts World Genting

Hai korang,

Siapa yang tak kenal dengan buah hati kesayangan Asia, Shila Amzah, 26 tahun atau nama sebenar Nur Shahila binti Amir Amzah yang bukan sahaja dikenali di Malaysia, malah orang kat negara Asia yang lain macam China, Hong Kong dan Taiwan.

Berita baik untuk peminat anak sulong penyanyi vateran ND Lala, korang berpeluang untuk menyaksikan Shila menyanyi secara live di Malaysia dengan Konsert Shila Amzah “My Journey” live in Malaysia 2017 eksklusif di Resorts World Genting.

Shila Amzah “My Journey” live in Malaysia 2017
Tarikh: 26 Ogos 2017
Masa: 8.30PM
Tempat: Arena of Stars, Resorts World Genting


Konsert Shila Amzah “My Journey” in Malaysia 2017, akan diadakan di the Arena of Stars pada 26 Ogos 2017, jam 8.30 malam, yang akan menonjolkan bakat dan kebolehan Shila dalam memenangi hati para peminat di Hong Kong dan Taiwan.

Konsep “My Journey”, diambil sempena dengan judul album terbaru Shila. Konsep ini menceritakan perkembangan karier Shila Amzah dari mula menyanyi secara professional dalam bidang muzik tanah air sampai sekarang, dah berjaya pun buat konsert kedua di Malaysia.

Shila bukan sahaja penyanyi berbakat besar, malah boleh bertutur dalam bahasa Mandarin. Tahun 2015, Shila cuba menceburi pasaran muzik China, dan berjaya membawa nama didalam industri Mandopop (Mandarin-pop) di Hong Kong dan kini dah pun mengeluarkan single Mandarin sendiri.

Album terbaru yang berjudul "My Journey", yang dikeluarkan dibawah label antarabangsa Shilala (HK) Limited pada tahun lepas membuktikan yang penyanyi ini mempunyai bakat yang besar.

Antara anugerah berprestij yang telah Shila Amzah menangi termasuklah:

1. Juara Asian Wave (2012)
2. Best Female Singer di 15th Global Chinese Music Awards
3. Female Artist of the Year (Hong Kong and Taiwan) di 2015 Guangzhou Music Awards
4. Best Female Singer (Hong Kong and Taiwan) di 2016 Music Pioneer Awards
5. Tercalon dalam World's Best Female Artiste di World Music Award
6. Anugerah Kembara (International Music Breakthrough Award) di 20th Malaysian Music Awards.

Bukan itu sahaja, malah single pertama Shila Amzah yang berjudul Patah Seribu turut memenangi anugerah lagu Pop Song of the Year di 19th Malaysian Music Awards. 



Jangan lupa untuk dapatkan tiket konsert “Asia's Sweetheart", “Princess of Music” dan “National Treasure of Malaysia.”, Shila Amzah “My Journey” Live in Malaysia 2017 untuk menyaksikan kehebatan vokal penyanyi antarabangsa ini tau!

Harga Tiket konsert 
Shila Amzah “My Journey” Live in Malaysia 2017

RM318 (VIP)
RM248 (PS1)
RM188 (PS2)
RM138 (PS3) 
RM108 (PS4)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi  +603 2718 1118 atau layari www.rwgenting.com

Till then,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^