Tuesday, July 11, 2017

Menu Dari Korea "Dae-bak Meals" di NY Steak Shack

Annyeong-haseyo!

Aku berpeluang untuk makan malam bersama suami di NY Steak Shack di cawangan terbaru mereka di Sunway Velocity Mall tempoh hari. Lagi best, kami berdua mencuba set menu terbaru mereka iaitu Dae-bak Meals. 

Nama pun korang mesti tahu asal dari Korea kan? Apa yang menariknya "Dae-bak Meals", korang boleh pilih dari pelbagai pilihan makanan yang terdiri daripada menu seperti sizzling, pasta dan bibimbap. Of course side dish macam nasi dan kimchi pun ada.

Walaupun pada asalnya restoran ini hanya menghidangkan makanan dari barat New York, namun konsep untuk set makanan kali ini adalah dari Korea untuk menepati pasaran permintaan orang Malaysia yang suka makanan Korea.



Menu Dae-bak Meals hanya akan dihidangkan dalam masa tertentu sahaja. Korang jangan lepaskan peluang untuk merasai hidangan makanan Korea, khas di restoran makanan Barat, NY Steak Shack.

Sizzling Bulgogi Ribeye Steak
RM 35.90

Sizzling Bulgogi Lamb Leg
RM 33.90

Sebenarnya aku tak dapat nak bezakan yang mana hidangan steak yang lagi syok sebab bagi aku dua-dua rasa lebih kurang je. Suka dengan hidangan sizzling steak ni sebab daging dia juicy dan lembut. Tak menyusahkan gigi kalau nak makan.

Sizzling steak yang seberat 200gms dihidangkan dengan side dish macam kimchi dan nasi. Sos dia special sebab tak rasa macam sos sizzling steak yang lain sebab dia pakai sos bulgogi. Sedap, makan panas-panas dengan daging yang lembut. 


Kimchi Pasta
Ayam RM 15.90
Kambing RM 16.90
Daging RM 17.90

Bila aku makan pasta ni, ada macam-macam rasa yang bermain dalam mulut. Ada pedas, ada manis, ada masam, ada pelik tapi semua tu jadi sedap. Tips dia, korang kena gaul/kacau menu ni sampai sebati, baru korang akan dapat rasa yang sedap tu.


 Country Gogi Burger
Ayam RM 17.90
Kambing RM 18.90
Daging RM 19.90

Paling aku suka, sos dia bukan sos cili tapi sos Bulgogi. Bayangkan, fries cicah dengan sos pun sedap, apatah lagi kalau makan burger daging/ayam tu dengan sos ni. Nak buat lagi sedap, kepingan burger itu digoreng rangup dengan tepung khas NY Steak Shack. Pergh!

Dah tu pulak, burger dia bukan jenis kedekut. Kalau datang sini nak cuba makan menu ini saja pun mesti dah kenyang sebab isi burger dia tebal betul. 


K-Bibimbap Set
Ayam RM 19.90
Kambing RM 20.90
Daging RM 21.90

Bibimbap of course ada dengan nasi, dan bila ada nasi of course akan jadi fav suami aku. Side dish bibimbap ni ada kimchi dengan sup lala. Sup lala tu sedap betul, dia punya kuah dia terasa fresh, makan cenggitu pun sedap.

Yang kat belah kiri tu, hirisan daging/ ayam yang dimasak campur dengan kubis. Cara nak makan dia, nasi tu, amik la sikit lauk kat sebelah kiri tu. Nak ala-ala Korea, tambah dengan kimchi, atau kuah kimchi yang dia bagi tu. Baru terangkat.

Orang Melayu yang tak boleh hidup tanpa nasi, boleh cuba menu ni. Confirm kenyang, tak kenyang jugak, tak tahu lah. HAHA

K-Krunch Wings 
(pilih sos Bulgogi, Kimchi atau campur)
RM 19.90

Sizzling Spicy K-Lam
RM 19.90

Berry Candy Lemonade Mocktails
RM 4.90


NY Steak Shack
Mid Valley Megamall, Sunway Velocity, KL Sogo
IOI City Mall, Alamanda
Sunway Pyramid, 1 Utama Shopping Centre, Subang Parade, AEON Mall Shah Alam.

Website: www.nysteakshack.com
Facebook: www.facebook.com/nysteakshackmy
Instagram: www.instagram.com/nysteakshack


Till then,

14 comments:

  1. dapnyeeee Yani..!! akak suka ni makanan2 korea hehe..

    ReplyDelete
  2. I mau pergi makan.. Nampak sedapnya.. Drooling!

    ReplyDelete
  3. Ambooiiii best nyer semua makanan kat sini. I nak try Sizzling Bulgogi Lamb Leg.

    ReplyDelete
  4. Amboi... meriahnya K-Bibimbap Set dia - melimpah2 nasi dia tu hahaha

    ReplyDelete
  5. Nothing beat daebak deals - in cosmetics, makeup and foods! It is always bring happiness!

    ReplyDelete
  6. Yummy the food looks so good,have not tried this restaurant before but now I'm thinking I should.

    ReplyDelete
  7. Oh.. love the burger and the steak....truly one of my favourites there

    ReplyDelete
  8. Such a rich and luxurious this meal looks like. I don't really like Korean but do indulge in it once in a while. Will KIV.

    ReplyDelete
  9. everyone is raving about nyc...i think i really need to go here d

    ReplyDelete
  10. Wow~ I don't know steak shack got korean style too? I only tried once.

    ReplyDelete
  11. wow... lapar terus when i see u photo. wanna try this so much - racheal

    ReplyDelete
  12. The serving looks really huge and the prices are great for the serving size!

    ReplyDelete
  13. The steaks look insanely delicious! I can't wait to try them!

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^