Saturday, January 20, 2018

Frisomum Gold Kini dengan Formula DualCare+

Hai korang,

Frisomum Gold baru-baru ini melancarkan formula susu terbaru mereka, Frisomum Gold dengan DualCare+ khas untuk menyokong keperluan nutrisi untuk ibu hamil dan tumbesaran bayi dalam kandungan supaya membesar dengan sihat.

Sejajar dengan objektif Frisomum Gold iaitu "Nourishing by Nature", mereka komited dalam menyediakan nutrisi yang lebih baik untuk pengguna mereka di seluruh dunia dan berharap agar usaha ini diteruskan sampai ke generasi yang akan datang.



Friso Gold merupakan salah satu jenama susu tepung rumusan yang popular di Asia sejak 3 tahun dahulu. Mereka percaya bahawa sains harus bergabung secara harmoni dengan alam semulajadi untuk hasil yang berkualiti.

Frisomum Gold baharu kini dengan formula DualCare+ mampu membekalkan ibu-ibu hamil dengan nutrien dan tenaga untuk keselesaan sepanjang masa kehamilan. Formula baru ini bukan sahaja membantu mereka untuk kekal bertenaga, tetapi juga mampu menyokong kesihatan penghadaman.


Formula Frisomum Gold yang baru ini telah diuji secara klinikal dan terbukti bacaan yang rendah dalam Indeks Gycemic (GI). GI bermaksud makanan yang mempengaruhi jumlah gula dalam darah. 

Penting untuk ibu mengandung untuk tahu pasal GI untuk elakkan mereka daripada terkena gestational diabetes mellitus (GDM) atau diabetes semasa kehamilan kerana peningkatan kadar pemakanan yang lebih daripada biasa.


Frisomum Gold dengan DualCare+ kaya dengan nutrien penting untuk membantu ibu hamil dan tumbesaran bayi dalam kandungan antaranya seperti:

Untuk si ibu:
1. Magnesium
2. Vitamin B (Vitamin B6, Niacin, Thiamine)
3. Prebiotik.

Untuk bayi dalam kandungan:
1. Folic acid
2. Iodine
3. Vitamin D
4. Vitamin B12
5. Kalsium.

 

Sebenarnya, susu Frisomum Gold pun boleh dibuat macam-macam juga. Kalau bosan minum susu aje, atau nak dapatkan keperluan tambahan, boleh cuba antara 3 resepi simple yang tak sampai 10 minit kat bawah. Sedap pun sedap.


Resepi Bean & Sesame Dip
Oleh: Idra Balaratnam

Bahan-bahan: 
300gram Cannellini bean, 3 sudu white sesame seed, 1/4 cawan susu tepung Frisomum Gold, 3 ulas bawang putih, 90ml air, 1 sudu kecil minyak zaitun, lada hitam hancur sebagai perasa.

Cara-caranya:
Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisarkan sampai semua hancur dan sampai tekstur mana yang korang nak. Makan cicah dengan biskut memang sedap sebagai snek.


Resepi Overnight Chia Seed Pudding
Oleh: Indra Balaratnam

Bahan-bahan: 
2 cawan susu tepung Frisomum Gold, 1/2 cawan chia seed.

Cara-caranya: 
Sediakan 2 cawan susu Frisomum Gold seperti arahan dan masukkan susu tadi ke dalam bekas bersih. Kemudian masukkan chia seed sebanyak mana yang perlu. Tutupkan bekas dan simpan di dalam peti sejuk untuk semalaman. 

Kalau nak makan, ambil banyak mana yang perlu dan hiaskan dengan buahan, kacang atau madu untuk rasa yang lebih sedap.


Resepi Peanut Butter Crunchies tanpa Bakar
Oleh: Indra Balaratnam

Bahan-bahan: 
2/3 cawan bijirin tepung corn flake yang dihancurkan, 1/2 cawan peanut butter, 1/3 cawan susu tepung Frisomum Gold.

Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan tadi dan dengan menggunakan tangan, bentukkan menjadi bulat sebesar mana yang korang nak. Masukkan dalam lebihan corn flake hancur tadi dan simpan dalam peti sejuk.

__________________

Frisomum Gold memperkenalkan kempen #mypregnancymyway, yang menunjukkan yang korang boleh buat apa saja semasa kehamilan. Jangan lupa kongsikan pengalaman kehamilan korang di Facebook dan Instagram dengan hashtag #mypregnancymyway.

 Harga pasaran Frisomum Gold
RM56.90 (900gram)

Till then,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^