Nikmati Masakan Jepun Halal Snow White Cream Gyudon di Sukiya Tokyo Bowls & Noodles

 Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Saya memang peminat makanan Jepun dan Korea sejak kenal dengan suami. Suami la yang ajar saya nak makan makanan Jepun ni. Tapi, susah nak cari restoran makanan Jepun yang Halal, maksud saya, yang ada sijil Halal sah daripada JAKIM.

Kebetulan jumpa Sukiya Tokyo Bowls & Noodles, sebuah restoran makanan Jepun authentic yang menghidangkan pelbagai menu masakan Jepun daripada menu masakan gyudon, ramen, ayam, daging dan banyak lagi. Haritu, saya dah cuba menu terbaru mereka, Snow White Cream Gyudon.

 


 

Antara sebab utama saya suka dengan restoran Sukiya adalah kerana polisi makanan mereka yang mementingkan polisi kebersihan dan keselamatan makanan yang dihidangkan dan yang paling penting semua menu di Sukiya adalah Halal 100% dan diiktiraf oleh JAKIM. 


Sumber JAKIM

Fav datang Sukiya cawangan Sunway Velocity sebab parking murah, tak terlalu crowded dan boleh dapat view tingkap kaca macam ni. Kalau datang masa dinner boleh sambil dating dengan suami. Cantik tau banyak-banyak lampu. Dah la dekat dengan stesen MRT Maluri.


Mencuba Snow White Cream Gyudon di Sukiya Tokyo Bowls & Noodles

Snow White Cream Gyudon di Sukiya Tokyo Bowls & Noodles merupakan menu yang terbaru yang dilancarkan oleh restoran ini. "Gyudon" antara menu yang patut cuba dan merupakan hidangan utama di restoran Sukiya. 

Specialnya Snow White Cream Gyudon adalah kerana kesedapan kepingan daging yang dihiris halus dan direbus dengan resepi rahsia Sukiya, dihidang di atas nasi yang panas dan ditambah dengan sos berkrim yang dihiasi dengan lada hitam.

 
 

Personal Review

Sos berkrim rasa macam keju, tapi jenis yang tak memuakkan bila makan. Texture tak cair sangat, tak pekat sangat. Just nice untuk digaulkan dengan nasi. Masa makan, memang takde rasa muak, sebab dia letak sos berkrim tu cukup-cukup dengan banyak mana nasi tu.

Daging dia ya ampun, memang lembut betul. Untuk orang yang tak suka lemak daging macam saya, hidangan ni memang pilihan yang tepat. Boleh rasa daging tu melting dalam mulut sambil kunyah dengan nasi dia.

Nasi dia, kan dah nama nasi Jepun, jenis beras yang besar-besar. Kalau makan tengah hari satu mangkuk medium pun dah cukup kenyang. Rasanya kalau saya order tapau yang large, boleh makan masa lunch dan dinner sekali. Haha

Jenis orang Malaysia, nak makan nasi kena lah ada kuah. Jangan risau sebab kat bawah sos berkrim tu ada sos kicap ikan cair. Bila gaul semua sos dan lauk yang ada, dan kalau makan memang boleh rasa terawang-awangan. Overall, memang happy dan puas hatilah makan kat sini. Sedap! 

Harga
Small: RM10.40
Medium: RM12.40
Large: RM14.40

 

Selain daripada Snow White Cream Gyudon, Sukiya juga menghidangkan pelbagai pilihan menu yang lai seperti pelbagai jenis Gyudon, Chicken Bowl, ramen dan pelbagai pilihan side dish yang korang mesti cuba kalau datang. Tak ragu-ragu nak makan kat sini sebab Halal.

Sukiya Tokyo Bowls & Noodles kini ada 7 cawangan diseluruh Malaysia termasuk di Mid Valley Megamall, Uptown Damansara, IOI City Mall Putrajaya, Sunway Velocity Mall, Aeon Bandaraya Melaka, AEON Mall Kulaijaya, Johor dan Aeon Mall Bandar Dato' Onn, Johor.


Kalau korang pernah pergi Jepun, bersepah-sepah kedai Sukiya Tokyo Bowls & Noodles di mana-mana. Setanding popular kat sana, makanan sedap pulak tu. Recommended!

Nota: Korang boleh dapatkan menu terbaru  now White Cream Gyudon di Sukiya Tokyo Bowls & Noodles bermula pada 23 Januari 2018.

Sukiya Tokyo Bowls & Noodles

Lot 3-05, 3rd Floor, Sunway Velocity Mall, Lingkaran SV, 
Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur.

Website: www.sukiya.my
Facebook: www.facebook.com/SukiyaMalaysia


Till then,

Post a Comment

11 Comments

Ezna Khalili said…
Penggemar makanan Jepun boleh terjah. Sebetulnya antara banyak2 makanan....macam tak berapa nak makan masakan Jepun...
Bro Framestone said…
Kalau perut yani, boleh la mangkuk medium...

kalau perut macam Bro, berapa mangkuk la cukup ek?
Suria Amanda said…
Kalau akak pin pilih yg medium ni..itupun belum tentu habis tu..nampak sedap..sesekali layan makanan jepun kan..kalau sushi akak kureng skit
Hanny Abdullh said…
Sedap ke? Kalau sedap leh lah nanti terjah sana sb rindu lah makanan Jepun...huhuhu
ada macam macam size mangkuk kah? saya pilih yang paling besar hahahahha
Harga memang sangat berpatutan. Haruslah terjah nanti
Jia Shin Lee said…
Ahhhh I've been craving for Japanese bento for days, especially with cheese on top! Omg nnt must makan this!
mrspuex said…
tak pernah try rasa masakan jepun ni.. bila baca entry ni teringin plak nak rasa.. makanan jepun pon ada pedas2 kan?? tekak ni klo x pedas mulalah meragam..hehehe..

anyway thanks for sharing.
Tengkubutang said…
TB tak pernah lagi makan masakan jepun yang lains elalin sushi.. huhu.. tapi tengok Yani makan macam sedap je.. pastu tadi baru nak tanya halal ke tak.. tengok2 dah ada jawpan diatas.. halal.. ni yang buat rasa nak try pi ni..
never try before. it looks delicious tho
okaay beres boleh masuk list..!!

FOLLOWERS