Dapatkan Tiket Tayangan Perdana Filem Lee Chong Wei di Stadium Nasional

 Assalamualaikum dan hai korang,

Siapa kat sini peminat badminton terutamanya Dato' Wira Lee Chong Wei? Saya memang suka dan kagum sangat dengan beliau sebab berjaya menempa nama sampai satu dunia kenal dengan siapa Lee Chong Wei dan berjaya sambung legasi badminton Malaysia.

Dengan kerjasama 100 Plus dan CNI, dengan sokongan Powernet, Quill City Mall, GDEX, GSC Movies, Kuala Lumpur Sports City, Kelab Rela Kehormat Bersekutu Wilayah dan TEDMI akan menganjurkan Tayangan Perdana Filem LEE CHONG WEI secara worldwide di seluruh dunia.
 
 Tayangan Perdana Filem LEE CHONG WEI
Lokasi: Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sport City
Tarikh: 9 Mac 2018 (6.30PM)
Durasi: 133 minit


Filem ini menceritakan tentang perjalanan hidup Lee Chong Wei dalam mengejar impian beliau untuk bergelar pemain badminton no 1 dunia. Dalam filem ini boleh nampak betapa kuatnya usaha beliau untuk berjaya.

Diinspirasikan dari kisah benar kehidupan Dato' Wira Lee Chong Wei, tayangan perdana filem menarik ini dijangka akan dihadiri sekurang-kurangnya 20,000 penonton dan bakal dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records.



Tak seperti yang korang ingat, filem ini bukanlah dilakonkan oleh Dato' Lee Chong Wei sendiri, tetapi doppelganger yang muka sebijik macam Lee Chong Wei. Pandai director cari muka lebih kurang sama. Baru feel tu real kan.

Pelakon filem ini adalah Datuk Rosyam Nor (Datuk Misbun Sidek) , Jake Eng (Lee Chong Wei kanak-kanak, Tosh Chan (Lee Chong Wei dewasa), Ashley Hua (Datin Wong Meow Choo) dan Agnes Lim (Lee Mei Ching).

Dengar khabarnya, Dato' Wira Lee Chong Wei pun akan hadir ke acara tayangan filem ni nanti. In case korang tertanya, filem ini bakal ditayangkan di skrin LED gergasi bersaiz 40 meter x 17 meter.


 Harga tiket Tayangan Perdana Filem Lee Chong Wei:
RM168 (gold) - sold out
RM128 (silver)
RM108 (bronze)
RM88 (world)

Setiap pembelian tiket, korang akan dapat sekeping tiket filem, kemeja-T filem LEE CHONG WEI bernilai RM59, sekeping poster edisi terhad yang ditandatangani oleh Lee Chong Wei dan para pelakon serta satu beg edisi terhad filem.

Penonton yang bertuah juga bakal membawa pulang hadiah cabutan bertuah berupa 100 unit raket badminton Yonex Lee Chong Wei, 5 unit telefon pintar Samsung, 30 unit buku nota dan banyak lagi hadiah yang disediakan.



Tiket tayangan ini boleh didapati di perkarangan AXIATA Arena, Kl Sports City, Bukit Jalil setiap hari (10AM-6PM) atau menerusi lawan web (www.leechongweimovie.com). 

Untuk malumat lanjut:
Website: www.leechongweimovie.com
Facebook: www.facebook.com/leechongweimovie
Contact: +603-58799967


Till then,

Post a Comment

15 Comments

Ana Suhana said…
Ada tgk iklan tentang tayangan movie LCW baru2 ni. Nampak menarik jalan cerita dia. Harga tiket pun berbaloi dengan apa yg kita dapat tu. Peminat LCW wajib tonton movie ni nanti.
Yanty Lee said…
Wah best ni , nak riki - riki la kalau free boleh gi. Siapa kita kalau tak support sukan negara kita kan tambah pula LCW bukan calang-calang , he is so legend!
Emi said…
Emi tak dapat pergi haritu sebab kerja. Padahal dah dekat sangat dah dari ofis. Huhu frust betul laaa
Suria Amanda said…
Macam menarik jer film ni...rasa macam tak pernah lagi nampak filem- filem yang khusus untuk atlet negara kan..tak sabar nak tunggu dan harap disiarkan di pawagam juga nanti..harap jugak boleh dapat dicatatkan dalam Malaysia Book Of Record dan Asia Book Of Record..tapi kan..pelakon yang mainkan watak DLCW tu muka sama la...
azlina ina said…
menariknya...difilemkan terus cerita ni ya.. mesti pecah panggung
Hasif Hamsyari said…
Wahh suka konsep cerita biografi macam ni. Terasa lebih dekat dengan wataknya sebab diinspirasikan daripada kisah benar! Harap cerita ini juga sama hebat produksinya macam Ola Bola. Woohoo!
Syafiera Yamin said…
wow tayangan LCW ni adakah ala-ala dokumentari ? nampak macam menarik. kena bawa husband and kids pergi tonton tayangan ni sebab he is a legend of Malaysia in sport !
Tengkubutang said…
wah.. yang dalam gambar tu bukan Datuk LCW ke tu? muka sebijik lah.. betul lah.. pandai director cari pelakon muka sebijik macam datuk LCW baru ada feel nak menonton.. best ni
Mawardi Yunus said…
Wah nak kena tengok ni. Mana tau leh jdi inspirasi hidup untuk berjaya.
cre8tone said…
LCW ni memang legend.. nak tengok filem ni... best best!
JMR said…
Filem pasal individu ni, kalau digarap dengan bijak, memang boleh meletup. BTw, boleh tahan gak tiket tayangan perdana tu. Tapi dapat sekali dengan tshirt kan. Filem Ni nanti bila masuk pawagam?
yaya_flanella said…
Terbaik gila bila kisah lagenda macam LCW difilemkan dalam bentuk dokumentari. Mesti pecah panggung nanti
Dato Lee chong wei adalah ikon dan kebanggaan negara. Memang wajar kisah beliau difilemkan. Boleh ambil ikhtibar lihat kesungguhan serta kerja keras beliau.
Bro Framestone said…
Muka sebijik gila kot..... Ada dengar pasal filem ini.. harap mampu memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia....

Dulu ingatkan komik anak-anak sidek mampu bagi inspirasi.. tapi makin lama makin merapu jalan ceritanya... terus stop beli
Sunshine Kelly said…
Wow! I wish to be able to watch it in stadium nasional too. Thanks for the infor.

FOLLOWERS