Saturday, July 22, 2017

SeniKome Peng Heng: Pameran Kesenian & Kebudayaan Pantai Timur di Resorts World Genting

Hello korang.

Pameran SeniKome Peng Heng khas untuk korang yang berminat nak belajar dan tahu tentang kesenian dan kebudayaan di kawasan Pantai Timur yang terdiri daripada 3 negeri utama iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu.

"SeniKome" membawa maksud "Seni kita". Perkataan 'Kome' tu sendiri berasal daripada dialek yang kebanyakan digunakan oleh penduduk tempatan Pahang dan beberapa negeri lain di Malaysia. 

"PengHeng" pula merupakan nama yang ditulis dalam dokumen sejarah Dinasti Ming pada zaman 1520-an yang merujuk kepada kawasan Pantai Timur di Semenanjung Tanah Melayu.


Orang ramai yang datang ke Pameran Kesenian & Kebudayaan Pantai Timur SeniKome Peng Heng dapat menyelamati banyak nilai masyarakat di Pantai Timur sebab pameran ini menampilkan banyak benda yang menarik.

Kawasan Pantai Timur cukup kaya dengan budi bahasa, etika, kesenian dan masyarakat yang masih memegang erat kepada adat dan tradisi yang diwarisi. Ciri-ciri yang terdapat dalam komuniti ini unik sebab mereka selami apa yang ada dengan alam semulajadi.


BUDAYA KITA

Arca Pergerakan Silat

Arca pergerakan silat ini direka oleh ahli seni, Raja Shahriman. Dibuat dengan menggunakan bahan besi yang diarca sampai jadi pergerakan silat macam ni. Antara pergerakan yang dipamerkan adalah langkah tari keris laksamana dan langkah pencak silat pusaka.

Friday, July 21, 2017

Dettol Deep Cleanse dengan Micro-Scrubbing Beads

Salam sejahtera dan hai korang!

Kalau bercakap pasal sabun mandi, apa ciri-ciri yang korang cari? Macam aku dan suami selalu cari sabun yang ada 3 ciri, iaitu: Wangi, Membersih dan Buih! Buih tu memang tak penting sangat, tapi buih tu yang buatkan kita ada mood nak mandi, kan? HAHA

Baru-baru ni, Dettol telah melancarkan rangkaian terbarunya, Dettol Deep Cleanse yang membantu melindungi kulit dengan cara membersihkan kulit secara dalam hingga ke liang roma.


Dettol Deep Cleanse bukan sahaja akan membantu melindungi kulit daripada bakteria dan virus, tetapi juga akan memberikan manfaat kesihatan yang lain seperti membuang sel kulit mati, polusi dan juga memberikan pengalaman mandian yang best.

Dettol Deep Cleanse mengandungi 100% natural apricot micro-scrubbing beads yang mampu memberikan kepuasan kat kita semasa mandi. Siapa tak suka scrub badan kan? Dahla bau apricot pulak tu. Scrub dia pun gentle je kat kulit.

Test untuk skin oil dan moist percentage.



Sebelum dan selepas pakai Dettol Deep Cleanse

Selain daripada membersihkan kulit dengan jauh kedalam pori, Dettol Deep Cleanse juga akan meningkatkan warna dan kesihatan kulit. Nampak kat atas, aku dah buah test oil dan kelembapan kulit sebelum dan selepas, banyak kot beza!

Harga:
The Dettol Deep Cleanse Body Wash

225ml RM6.90

850ml RM 20.25
800ml Refill pack RM15.67

Dettol Deep Cleanse Bar Soap 105g (packs of 3+1)
RM10.45

Tentang Dettol

Dettol merupakan sebuah jenama syarikat antiseptik sejak dari tahun 1932 dan merupakan jenama yang dikenali diseluruh dunia. Produk Dettol merupakan produk standard tinggi dalam menghapuskan kuman dan merupakan produk yang disarankan oleh pengamal perubatan profesional.

Produk Dettol boleh dibeli di kompleks membeli belah dan farmasi kesihatan di seluruh Malaysia.

Till then,

Thursday, July 13, 2017

Althea Turns 2 Birthday Promotion!

Hai korang!

Sebelum raya haritu aku ada share kat instagram dan facebook aku pasal Althea. Makeup raya kali ni banyak aku pakai produk yang aku beli dari website (althea.kr). Althea diasaskan pada 20 Julai 2015, dan tahun ini Althea dah genap 2 tahun! Yey! 

Saeng-il chukahamnida and Happy 2nd Birhday to Althea ^__^ Thank you for making my K-beauty shopping much better and daebak! Stay Dae-bak and give us more discount and promo :D

Tahun lepas punya entry boleh refer link sini: altheaturns1-birthday-celebration



2nd Althea's Birthday Celebration 
Tarikh: 3- 31 Julai 2017

Jom tengok apa yang menarik di Althea sepanjang birthday month ni.


1. Kotak edisi terhad Limited Edition Althea Birthday Box yang design dia sebijik macam kek!

2. Kalau korang bertuah, korang mungkin boleh dapat Birthday Kits jugak. Boleh decorate kotak kek tu, bila lagi nak jadi kreatif kan.

3. Dah siap decorate kotak birthday box tu? Jom join kontest Instagram #AltheaTurns2 Contest
Senang je, hanya amik gambar kotak korang dan pakai hashtag #AltheaTurns2 untuk memenangi hadiah istimewa dari Althea! 


4. Freebies! Birthday sample pack untuk pelanggan yang bertuah.

5. Banyak sangat sales dan promosi diskaun Birthday Sales & Promotions untuk korang. Harga memang murah dan berbaloi sangat.


6. Althea Birthday Giveaway Festival macam tahun lepas, tapi kali ni lagi daebak sebab setiap hari akan ada produk percuma untuk korang yang membeli di website Althea sepanjang bulan Julai. (produk percuma akan ditambah ke dalam cart korang)


7. Althea Beauty Box July - Birthday Makeup Box

8. Setiap minggu Althea akan pilih pemenang bertuah untuk memenangi credits shopping Althea di Weekly Lucky Shopper Contest. Yay! Shopping lagi! ^__^ 

9. Untuk peminat dah follower Althea di @Altheakorea (Instagram), ada event khas 20days of Beauty Giveaway untuk korang. Jangan lupa follow tau. Tak payah beli pape pun boleh menang.


Untuk maklumat lanjut:

Website: http://my.althea.kr
Facebook: https://www.facebook.com/altheamalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/altheakorea/

생일 축하해요! 
saengil chukhahaeyo Althea!

Till then,

Tuesday, July 11, 2017

Menu Dari Korea "Dae-bak Meals" di NY Steak Shack

Annyeong-haseyo!

Aku berpeluang untuk makan malam bersama suami di NY Steak Shack di cawangan terbaru mereka di Sunway Velocity Mall tempoh hari. Lagi best, kami berdua mencuba set menu terbaru mereka iaitu Dae-bak Meals. 

Nama pun korang mesti tahu asal dari Korea kan? Apa yang menariknya "Dae-bak Meals", korang boleh pilih dari pelbagai pilihan makanan yang terdiri daripada menu seperti sizzling, pasta dan bibimbap. Of course side dish macam nasi dan kimchi pun ada.

Walaupun pada asalnya restoran ini hanya menghidangkan makanan dari barat New York, namun konsep untuk set makanan kali ini adalah dari Korea untuk menepati pasaran permintaan orang Malaysia yang suka makanan Korea.



Menu Dae-bak Meals hanya akan dihidangkan dalam masa tertentu sahaja. Korang jangan lepaskan peluang untuk merasai hidangan makanan Korea, khas di restoran makanan Barat, NY Steak Shack.

Sizzling Bulgogi Ribeye Steak
RM 35.90