Telaga Zam Zam Perigi Paling Ajaib di Dunia

Salam dan selamat sejahtera.

Aku sangat pasti yang kebanyakan manusia kat dunia ni tahu akan kewujudan dan keistimewaan telaga zam-zam ni. Tak kira lah samada dia tu orang Islam ke, orang apa sekali pon, mesti tau pasal telaga ni.

Air telaga ni telah memberi minum kepada manusia selama ribuan tahun. Air zam-zam merupakan satu² nya air yang suci di muka bumi ini.


Untuk pengetahuan, telaga ni terletak di Mutaf dan selepas beberapa pembinaan dilakukan dalam masjidil aharam, tempat asal telaga ini telah di tutup dengan batu marmar dan di beri tanda garisan bulatan hitam sebagai petunjuk di mana asal keluarnya mata air telaga zam-zam.


Menurut cerita yang pernah aku dengar, malaikat Jibrail telah diarahkan oleh Allah, lalu memukul tanah dengan kepak nya berdekatan dengan Nabi Ismail dan mata air zam-zam terpancut keluar.

Oleh kerana air keluar tidak henti-henti, Siti Hajar berteriak perkataan zam-zam yang membawa maksud "berhenti! berhenti!". Setelah telaga ini di tutup, satu kawasan khas telah di bina di bahagian bawah masjid untuk menikmati air zam-zam yang telah di salurkan di dalam kolam besar dan pili².



Punca asal mata air telaga zam-zam telah di pam dan airnya disalur ke kolam dan pili². Telaga zam-zam yang asal sudah tidak dapat dilihat lagi, ia telah di tutup dengan dinding kaca.

Sumber air telaga zam-zam ini adalah dari langit, tiada siapa yang dapat mencari hujung sumber air zam-zam ini.


Berbagai² kajian telah di jalankan keatas air zam-zam ini dan hasilnya, ramai pengkaji² ini menyatakan "Di sini yakinlah kami seyakin²nya bahawa, air zam-zam tidak boleh dipertikaikan kesuciannya, walau dengan apa cara sekali pon."

Air zam-zam merupakan ubat dan penawar segala penyakit tergantung kepada niat seseorang. Dan yakin lah bahawa air zam-zam itu merupakan mukjizat yang telah diberi kepada Nabi Allah Ismail A.S. dan bersyukur kita kepada Allah AWT kerana telah dapat merasakan nikmat air zam-zam tersebut hingga kini.

p/s : Begitulah betapa agungnya kebesaran Allah.

Post a Comment

4 Comments

--Basyirah Abd Rahman

thanks mak lang basyi :01
RinsyaRyc said…
waaa...(dri tadi ter waa.. waa... hihihi)

http://bulatmata.blogspot.com/
BulatMata
--RinsyaRyc

haha.mmg waa pon :)

FOLLOWERS