Review Filem: Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

Salam sejatera pembaca semua.

Malam Isnin lepas aku dijemput untuk menonton pratonton filem "Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa" bertempat di Cathay Cineplex, Damansara. Filem ini membariskan pelakon dan pelawak terkenal seperti Abam, Fad, Acey (Bocey), Yassin, Epy Kodiang dan beberapa pelakon pembantu yang lain. Blogger Nizam Ijam pun ada tau! :D



SINOPSIS FILEM
Credit: Tupai Cinema
Filem seram komedi ini mengisahkan tentang kehidupan tiga rakan baik iaitu Rudy, Akhir dan Remy yang tinggal bersama di rumah sewa mereka yang dimiliki oleh Pak Cik Osman Basah. Rudy merupakan seorang pelakon ekstra yang sentiasa memainkan watak hantu dalam filem. Manakala, Akhir pula seorang pekerja di sebuah stesyen minyak dan Remy adalah seorang pengilap kasut.


Paling best. Nizam Zaidi pun ada ok. Duduk sebelah aku time makan. Tak sempat nak amik gambar penerbit filem ni, aku amik gambar dengan MiG yang sponser tiket kali ni. Thanks David Teo :) Beliau sangat baik hati dan peramah.

  

e
Gambar credit to: AJ.
Bersama rakan blogger yang lain. Ada TS/ST, BroFramestone, Namia, Eazy, Fana, Sue, Mieza,  
REVIEW FILEM

Filem ni dari mula-mula lagi memang dah bagi satu panggung tu ketawa tanpa henti dengan lawak yang memang sangat menjadi, tak nampak macam main-main atau berlakon pun. Keserasian yang ada antara ahli kumpulan Bocey ni memang menyerlah.

Antara babak yang aku paling suka adalah bila part yang deorang nak 'jumper' housemate deorang yang deorang ingat mati tu. Lagi babak yang aku suka adalah masa Pak Cik Osman Basah tengah kira duit tu. Masa deorang tengah race, tetiba eksiden sebab nampak 'pocong' tolak motor tu pun boleh tahan kelakar jugak.

Walaupun ni kali pertama Bocey ke layar perak, dan kali ke 2 Mangkin Prestij buat filem, tapi seriously kelakar dan best. Aku recommend korang pergi tengok filem ni nanti keluar kat panggung wayang pada 14 Ogos 2014, Khamis ni. Tak rugi pergi tengok.  

Bintang: ★★★½


#KawanAkuMatiDalamRumahSewa #MangkinPrestij
 

Post a Comment

9 Comments

ummizarra said…
bestkan crite ni.. gelak sakan.. heheh
Kekzamanis said…
Ala, terharu pulak yani (eh jap, nk panggil apa ni? Zayani ke yani?) sudi tag sis dalam pic bersama rakan blogger tu.. Walhal sis terlewat sampai.. Tak sempat nk join bergambar.. Huhu.. Apa pun citer ni mmg lawak abis lah kan? Awal2 dah gelak.. Belum masuk klimaks lagi tu.. Hehehehe..😁
Rosmiza Ali Official Blog™
✿INA AINAA✿ said…
Kena tengok ni.. mesti cerita lawak kan.. hehehehe
@Rosmiza Ali
Sayangnya. InshaAllah lain kali ye kak :D
Iola said…
waa best nya :D dapat jumpa pelakon2
Studio hobby said…
sape tau nama perempuan yg belakon masa mula mula cita tu start yg muka dia jadi pondan tua tu...
Studio hobby said…
sapa tau nama pelakon pompuan yg masa start cita ...masa dia basuh muka dia jd pondan tua tu

FOLLOWERS