Chichi & Chacha: Lawatan ke Big Fish Media

Salam 1 Malaysia

Korang selalu dengar siri animasi Upin & Ipin, tapi pernah tak dengar siri animasi kanak-kanak yang terbaru, Chichi & Chacha?

Baru-baru ini, sebanyak 10 blogger termasuk aku dijemput oleh pihak proPassion Communications untuk media tour, tengok macam mana deorang buat siri animasi ini dan macam mana deorang hasilkan setiap karakter tu.

Chichi & Chacha merupakan siri animasi Live Action 3D Animated Edutainment untuk kanak-kanak di Asia! Dengan adanya 5 selebriti remaja sebagai host dan karakter animasi 3D, siri animasi ini lebih kepada untuk tujuan pendidikan dan hiburan.


Walaupun aku rasa macam ini rahsia company deorang, Apps apa deorang pakai semua, tapi deorang still tak lokek ilmu untuk bagitahu kat kami semua pasal tu. Paling bestnya, blogger siap boleh ambil gambar dan video lagi dalam studio tu.



Dengan pembantu tour dan pekerja animasi yang sangat membantu, menjadikan lawatan kami ke studio ini sangat best. Dapat pulak tengok episod yang masih belum ke udara, adalah satu penghargaan untuk kami sebagai blogger.

Setiap karakter ada otot dan tulang yang membuatkan deorang ini berfungsi macam manusia.

 

Siri animasi Chichi & Chacha menampilkan 4 karakter haiwan seperti harimau dan monyet. Cerita ini ada idea dan keunikan tersendiri yang dimana karakter harimau sempena dengan Malaysia dan animasi ini berkisahkan tentang masyarakat zaman dahulu kala (zaman batu).

Kalau korang tanya kenapa gigi harimau tu tak tajam, ia adalah sebab nak bagi karakter tu nampak lebih peramah dan tak menakutkan kanak-kanak.



Kelebihan dan keistimewaan cerita animasi Chichi & Chacha adalah:
  • Mengandungi 26 episod dengan 22 minit setiap episod.
  • 20 tarian dipertengahan cerita.
  • 26 lagu dengan koreografi *tidak termasuk lirik dan vokal.
  • Produksi dan konsultan teknikal yang awesome!

Jangan lupa untuk tengok siri animasi Chichi & Chacha di saluran:
Astro Ceria (611) atau Astro Maya HD (135) 
setiap Sabtu, 10.30AM.
Big Fish Media Sdn Bhd
Groud Floor, Podium Block, Season Square,
No. 1, Jalan PJU 10/3C, Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya, Selangor
T: +603 61405598
E: michael@bigfishmedia.com.my
W: www.chichidanchacha.com

Post a Comment

1 Comments

Anonymous said…
wah menarik..akak ni semua katun yang anak tengok akak tengok haha sama naik mak ngan anak kihkih

*boleh add satu lagi dalam list katun yang bakal ditengok

www.adaa-inspiration.com

FOLLOWERS