Review: Simple Makeup

Hello pembaca yang saya sayangi sekalian.²

Tahun 2015 merupakan satu tahun yang aku ternanti-nantikan. Tahun ni aku dah start kerja dalam bidang professional. Jadi, aku haruslah sentiasa menjaga imej personaliti aku. Takkan lah nak jumpa pesakit dengan serabai, muka berminyak-minyak kan? Tapi, masalahnya, aku selalu tak ada masa nak makeup yang heavy.

Jadi, aku create simple makeup look dengan hanya menggunakan tak lebih daripada 5 makeup products termasuk dengan foundation dan bedak.


Aku memang peminat tegar eyeliner. Aku start pakai eyeliner atau dalam bahasa Melayu dia celak ni sejak aku darjah 6 lagi. Oleh sebab tu lah aku suka mencuba macam-macam jenis eyeliner, dari yang gel, pencil dan banyak lagi.

Dolly Wink Liquid Eyeliner merupakan liquid liner versi pencil aku yang pertama. Secara jujurnya aku ni cerewet dalam bab nak memilih jenis liquid eyeliner sebab kebanyakan liquid eyeliner akan cepat messy, susah nak apply dan senang nak comot. Tapi, eyeliner ni tak! Aku recommend kat korang yang baru nak start pakai liquid eyeliner untuk try Dolly Wink Liquid Eyeliner ni.

Harga: RM 55.90



Selain daripada lip gloss, aku jugak memang suka produk berkaitan dengan bibir. Lipstick / lip balm/ lip gloss adalah merupakan antara koleksi alat makeup yang terbanyak aku ada selepas eyeliner. 

Baby Lips Electro Pop Lip Balm dalam warna pink shock daripada Maybelline menjadi pilihan. Dengan tekstur warnanya yang tak terlalu terang memang sesuai untuk aku nak pakai kalau kat tempat kerja mahupun nak pergi makan kat mamak.

Paling best lagi, Baby Lips Electro Lip Balm didatangkan dengan 6 warna yang lain. Lip balm ni tak melekit macam sesetengah lip balm kat luar tu, bau wangi pulak tu dan yang paling penting, memang tahan lama sehingga 6 jam!

Harga: RM 14.90


Kalau nak keluar waktu makan tengok movie ke dating ke, boleh lah tambah dengan Collection Hotlights Lipgloss daripada Collections Cosmetics ni. Packaging lipgloss ni memang 5 bintang. Dengan cermin, ada sekali lampu untuk memudahkan korang nak apply lipgloss ni dalam gelap.

Teksturnya yang tak terlalu glossy sesuai untuk semua night makeup. So kalau pakai untuk keluar malam pun takde lah nampak funny sangat. 

Harga: RM 24.90


Review produk awesome lain.
1. Shizens Lip Tattoo

 

Post a Comment

3 Comments

Papaglamz said…
Waow..!!! Start drjah 6 dh pakai celak? Huhuhu
Unknown said…
sangat tertarik dengan eyeliner tu..heheh zayani, mana leh dapat ni ye?

www.adaa-inspiration.com
Unknown said…
That eyeliner caught my eyes! Is there any picture of you wearing it? anyway, I will be more than happy if you could check out my beauty blog too! http://rhemaglitz.blogspot.com/ ❤ xoxo

FOLLOWERS