Review Filem: Deadpool (2016)

Hello korang.

Filem Deadpool merupakan filem hero action-comedy pertama yang pernah diterbitkan. Deadpool merupakan filem keluaran 20th Century Fox dan Marvel Studio yang membariskan barisan pelakon yang banyak pengalaman seperti Ryan Reynolds, Morena Baccarin, Gina Carano, Ed Skrein, T.J. Miller, Jay Baruchel, Stephen Lang.

Untuk pengetahuan, filem ini di rate 18+ bukan sebab jalan cerita atau aksi nya, tetapi sebab penggunaan bahasa yang kurang sesuai untuk budak bawah umur. Overall, cerita ni memang best.


SINOPSIS FILEM
Wade Wilson telah di diagnose dengan penyakit kanser dan harapan untuk hidup memang tipis. Ada satu pihak ni ada satu teknologi yang dikatakan boleh mengubati kanser dia dan syarikat ni memang tak ada kebenaran daripada kerajaan dan dijalankan secara tertutup.

Demi girlfriend, Wade ni cuba pergi kat makmal tu yang penuh dengan banyak eksperimen yang luar biasa, akhirnya penyakit tu hilang, tapi ada side effect salah satunya mencacatkan wajah Wade. Watak Wade ni sebelahnya adalah pembunuh upahan dan akhirnya jadi superhero.

Wade pun jadi Deadpool. Wade dapat nama Deadpool sebab ada satu pertandingan bet kat bar kawan dia. Game tu nama dia Dead Pool. Wade pun pergi cari orang yang cacatkan muka dia iaitu Ajax atau nama sebenar Francis dan tuntut suruh elokkan muka dia sebab dia takut girlfriend dia tak terima dia.


REVIEW FILEM

Aku tak tau kenapa aku rasa sut Deadpool ni macam Spider-man pun ada gak. Okay, tapi dalam cerita ni, ada sebab kenapa dia buat sut kaler merah, sebabnya aku rahsiakan. Takkan nak bagi spoiler pulak kan.

Aku rate filem ni 5 bintang sebab jalan cerita dia memang totally berbeza dengan karakter hero filem Marvel yang lain. Watak Deadpool ni sangat kelakar dan tak serious. Memang tak larat nak gelak dalam panggung tu. Penggunaan bahasa pulak, aku rasa tak ada lah nak beberapa teruk sangat tapi ada la part yang bahasa tak beberapa elok dan sebab tu la movie ni untuk tontonan warga18 tahun ke atas.

Kalau cerita super hero yang lain mesti sebab deorang nak selamatkan someone la, selamatkan orang awam ke apa, tapi filem ni pasal dia nak cari orang yang rosakkan hidup dia (yang cacatkan muka dia), untuk betulkan balik muka dia. Plot twist kan?

Bintang: ★★★★★
Rating IMDb: 8.6/10


Post a Comment

11 Comments

Faeez Azmi said…
The making of dead pool! :D

http://io9.gizmodo.com/check-out-these-wonderful-before-and-after-deadpool-vis-1760173967?utm_campaign=socialflow_io9_facebook&utm_source=io9_facebook&utm_medium=socialflow
Julia Johari said…
Oh my god! sekali tengok video trailer tu mmg kagum lah...rasa sound effect tu sampai ke urat saraf...huhhh kena tengok ni hehhee TQ review dear
PCL said…
Anak saya baru ajak tengok movie ni..tapi belum sempat, owh best eh.. harap ada kelapangan hujung minggu ni..tq for drop comment di blog saya (saya dah jawab bab sijil halal tu)
Akak Kembang said…
Salam kenal dari Akak Kembang :)

Mcm best je citer ni ...
adarain said…
dah tgok minggu lepas. lupa plak kenapa pilih warna merah
nak tengok ni tak tengok2 lagi.. xder geng laaaaa..
Whoa. Mesti pelakon deorng terer imagine kan.
Go tengok akak. Syok oo.
Terima kasih. Pergi la tengok. Boleh tahan movie ni.
Kalau akak kt KL boleh la g sekali.
Haha. Sekarang dah tau kan. Mesti masa tengok tu tak focus ni.

FOLLOWERS