Spirit of Wipro Run 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagi korang yang tak pernah dengar nama syarikat ini, WIPRO UNZA merupakan kumpulan syarikat yang ada yang mengendalikan jenama seperti Sumber Ayu, Safi, Romano, Carrie Junior, Aiken, Eversoft, Dashing, Enchanteur, Izzi dan banyak lagi.

Tahun 2016 merupakan tahun ke 6 Wipro Unza Malaysia menganjurkan larian “Spirit of Wipro Run” dan ini juga merupakan tahun ke 11 untuk larian ini secara global. Acara ini diadakan khas untuk pakerja WIPRO dan keluarga mereka, vendors, business partners, dan suppliers.


Dengan penyertaan lebih kurang 83,000 di sebanyak 114 negara di seluruh dunia dan di Malaysia sendiri ada 4,300 peserta, WIPRO Cares telah berjaya mengumpul sumbangan dari pelbagai pihak samada dalam bentuk wang ataupun barangan.


Perdana Botanical Gardens/ 
Taman Tasik Perdana


Dalam pukul 6.30 pagi, dah ramai orang kat sini padahal event start pukul 7 pagi. Nasib baik ada banyak parking walau macam jauh sikit. Start je event pukul 7 pagi tu, lepas sesi berucap semua ada la sesi memanaskan badan oleh Nike Ambassador yang sangat ramah.


Makan pagi juga disediakan. Walaupun makan biskut simple je, bagi aku cukuplah untuk bekalkan tenaga untuk berlari. Ye la, nak lari mana boleh makan banyak-banyak. Tahun ini agak istimewa sebab para peserta dapat rasa air isotonik yang baru iaitu, Lucozade Sport. Rasa dia lain sikit daripada air isotonik lain.

Jangan risau, makanan lepas lari ada disediakan. Tak silap aku ada nasi lemak dan kuih-muih, buffet style. Bagi korang yang vegetarian, ada juga makanan khas untuk korang. Nampaknya pihak Wipro peka dengan pilihan pekerja deorang. Good job! :)



Peserta yang nak sertai hanya perlu membayar RM10 sahaja dan akan dapat goodie bag yang dalam dia ada baju (kain mahal ok), cap/topi, barang daripada syarikat Wipro, kupon makan dan boleh enjoy semua aktiviti yang ada masa hari ini.


Ada tiga kategori didalam Spirit of WIPRO Run :
1. 8km Lelaki Terbuka untuk peringkat umur 12 dan di atas
2. 8km Kategori Wanita Terbuka untuk peringkat umur 12 tahun ke atas
3. 3km Fun Run.

Setiap pemenang akan membawa pulang medal dan juga barangan dan t-shirt dari WIPRO.

Lari 3km dengan 8km pun ada water station wei. Selalunya kalau fun run mana ada water station. Kat sini korang boleh pilah nak plain water atau air isotonik tadi.



Khas untuk kanak-kanak atau staff yang datang family day ini tapi tak terlibat dengan larian, boleh join aktiviti lain yang disediakan. Ada tarian Carrie Junior untuk kanak-kanak. Mereka boleh ikut menari dan bernyanyi bersama. Tapi sayang tak ada gajah Carrie Junior tu.




Sebenarnya ada banyak booth aktiviti seperti lontar bola tenis kat tin, x-box target, high striker, lontar dart dan banyak lagi. Booth yang paling popular adalah fish pond, sebab dapat tangkap ikan dan bawak balik (siap disediakan bekas). Booth popular dalam kalangan pekerja asing adalah high striker tu sebab deorang kan kuat, asyik 10 point je. Aku buat 2 pun tak lepas.


Ada juga booth pop corn dan candy floss yang panjang gila barisan dia. Aku personally rasa orang yang handle booth ni tak reti buat candy floss tu. Lama sangat lahai tu tak masuk orang yang potong barisan la, amik seorang sampai 2-3. Grr.

Eh lupa nak cakap, kat sebelah kanan tu ada kawasan sand art untuk budak-budak, tapi aku pun main juga sebab aku suka sand art. Gambar unicorn wei, sapa tak suka.


Thank you pihak PR company sebab sudi jemput aku dan adik aku untuk join family day Spirit of Wipro Run 2016 ni. Harap-harap dapat la join lagi tahun depan.

Website: WIPRO UNZA MY
Facebook: Spirt Of Wipro Run
Talian bebas tol: 1800-88-8867

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS