Review Filem: Why Him? (2016)

Hello korang.

Aku berkesempatan untuk menonton filem terbaru James France selepas hits Nerve, iaitu Why Him. Filem komedi Why Him mambariskan pelakon popular Hollywood seperti James Franco, Bryan Cranston, Zoey Deutch, dan Keegan-Michael Key.


SINOPSIS FILEM
Filem ini menceritakan tentang seorang bapa yang over-protective iaitu Ned yang mempunyai seorang anak perempuan, Stephanie yang sedang belajar di luar negara.

Suatu hari semasa percutian Krismas, Stephanie menjemput keluarganya untuk berjumpa dengan teman lelaki dia, Laird, yang merupakan seorang jutawan IT.

Oleh sebab Laird mempunya satu personaliti yang berbeza dan bebas, jadi Ned tak suka anak dia berkawan dengan lelaki ini. Macam mana Laird berjaya untuk memenagi hati Ned, tonton lah filem ini.




REVIEW FILEM

Filem ini memang aku sarankan kat korang yang tengah stress. Lepas habis tonton mesti akan rasa lebih rileks. Selain dari bahagian lucah dia, pelakon filem ini berjaya membawa sense of humor, yang membuatkan filem ini kelihatan lebih hidup.

Dari mula filem lagi, para penonton termasuk aku dah ketawa. Banyak scene yang kelakar dalam filem ini. Oleh sebab filem ini untuk tontonan orang dewasa, 18SX, jadi ada banyak perkataan lucah yang tak bertapis.

Ada juga nilai murni yang diketengahkan dalam filem ini seperti nilai kekeluargaan. Filem ini juga menunjukkan yang bahawa duit bukan boleh senang-senang nak beli hati seseorang bapa dan perempuan.

Bintang: ★★★★★
Rating IMDb: 6.6/10


Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS