Review: Set Penjagaan Muka Safi Balqis OxyWhite

Hello beautiful :)

Sekarang ni zaman pencemaran udara dan sinaran cahaya matahari yang bahaya sampai menyebabkan kulit kita terutama kulit muka kurang oksigen. Bila kurang perjalanan oksigen ke kulit, makanya kulit akan nampak kusam dan gelap.

Dengan sebab ini, SAFI, jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu dengan gabungan:

Nano Oxygen
- Membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar lebih segar, bermaya dan berseri.

Nano BioWhite
- Mempercepatkan proses pencerahan kulit secara efektif dengan memperlahankan kesan pembentukan melanin punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit


Untuk packaging produk formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite ada dalam 2 warna dan corak . 

1) Biru laut dan hijau cerah: SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal,
2) Jingga dan kuning: SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.


SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka Kawalan Minyak & Jerawat
Harga: RM 7.30 (50g) /  RM 12.30 (100g)

Kulit wajah yang berminyak menjadi punca pembiakan bakteria serta pembentukan sebum yang akan menghasilkan jerawat di kulit muka. Pembersih wajah khas untuk kulit berminyak ini bertindak:

a) Membersih dengan mendalam agar kulit bebas kotoran dan minyak
b) Mengawal jerawat dengan menyerap minyak dan kotoran yang terkumpul di liang pori kulit
c) Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat
d) Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat

Kandungan: Water, Myristic Acid, Glycerin, Palmitic Acid, Potassium Hydroxide, Laurac Acid, Kaolin, Pottassium Cocoyl Glycinate, Stearic Acid, Methylpropanediol, Glyceryl Stearate, Decyl Glucoside, Ethylhexylglycerin, Penta Sodium Triphosphate, BHT, Tetrasodium EDTA, Polyquaternium-7, Zinc Lactate, Octenidine HCl, Perfluorodecalin, 4-Butyrlesorcinol, Fragrance.


SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar
Harga: RM 10.90 (100ml)

Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak:

a) Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
b) Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
c) Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol

Kandungan: Water, Butylene Glycol, Fomes Officinalis (Mushroom) Extract, Allantoin, Coceth-7, PPG-1-PEG-9 Lauryl Glycol Ether, 4-Butylresorcinol, Fragrance, Phenoxyethanol, Methylparaben, CI 42090, Dipotassium Glycyrrhizate, Disodium EDTA, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Perfluorodecalin, Menthol, Benzophenone-4.


SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel
Harga: RM 20.20 (45g)

Gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan memberi lembapan sehingga 24 jam khas untuk:

a) Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
b) Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka
c) Asid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan
d) Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
e) Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam

Kandungan: Water, Niacinamide, Betaine, Glycerin, Butylene Glycol, Biosaccharide gum-1, Dimenthicone, Cyclopentasiloxane, Carbomer, Cyclohexasiloxane, Disdium EDTA, Sodium Hyaluronate, Perfluorodecalin, 4-Butylresorcinol, Fragrance, Phenoxyethanol, Methylparaben, CI 42090, Trideceth-6, Bisabolol, Sodium Polyacrylate, Aminomethyl Propanol, PEG/PPG-18/18 Dimenthicone, Xanthan Gum.


Untuk korang yang berminat dapatkan produk SAFI Balqis OxyWhite, korang boleh dapatkan di semua pasaraya utama di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai SAFI, sila layari:

Website: www.safi.com.my
Facebook: SAFI.MY 
Instagram: safimalaysia

Till then,

Post a Comment

1 Comments

Sumit Sharma said…
Great Review of the product!

FOLLOWERS