Thursday, April 20, 2017

Hidangan Istimewa Thai-Jepun di Restoran Sanoook Sunway Pyramid West

Hello korang.

Haritu plan nak lepak-lepak kawan blogger Syafiera, Kak Fadzi, Kak Kolin, Sis Aida.  Survey punya survey jumpa satu restoran ni yang sesuai dengan apa yang kami tengah cari, yang sesuai bawa budak, makanan sedap dan yang tak terlalu ramai orang.

Jumpa Restoran Sanoook. Ya, ejaan dia memang ada 3 hufuf 'O', SanOOOk.

Dah lama sebenarnya nak cuba makan kat Restoran Sanoook sebab dia punya hidangan merupakan gabungan hidangan dari negara Thailand dan Jepun. Macam menarik je konsep dia. Sanoook sekarang ni ada ada 2 cawangan di Malaysia, satu kat Petaling Jaya, stau kat Sunway Pyramid.


Kami pilih untuk lepak di Sanoook Sunway Pyramid sebab dekat dengan kenderaan awam, plus boleh lepak shopping lepas tu.

Di Sanoook, sesuai kalau korang datang nak lepak dengan kawan-kawan, atau nak dating dengan pasangan, atau bawa keluarga makan, terutamanya kalau nak bawa anak kecik.

Kat sini korang boleh pilih untuk duduk di luar atau di dalam. Kalau jenis merokok tu, duduk la kat luar, kalau jenis ada anak kecil atau tak tahan panas, nak sejuk je, duduk je kat dalam. Lagi selesa.



 Menu Istimewa Sanoook Malaysia

Menu khas yang aku dah cuba daripada menu yang ringan, kepada yang berat, beserta dengan pencuci mulut khas restoran ini, Tak lupa juga air yang aku recommend kat korang. :)



Sanoook 4 Season Platter 
RM37.90

Untuk menu ini aku rasa sangat berbaloi kalau korang tak rasa nak makan nasi dan nak makan kongsi dengan pasangan korang. Makan 2 orang memang kenyang betul. Dalam Sanoook 4 Season Platter ini ada 5 bahan. Ada Belola ayam, bebola daging, kek tempura ikan dalam dia ada keju, sotong celup tepung dan popiah sayur. 


Tom Yam Seafood Fried Rice
RM19.90

Nasi ni seriously porsi dia banyak. Suami aku yang jenis makan banyak pun cakap nasi ni banyak. Rasanya porsi ni boleh kongsi 2 orang juga. Memang banyak. Paling syok, deorang tak kedekut seafood dia. Ada sotong, udang. Rasa pulak macam tom yam thai, masam-masam-pedas.


Beef Skewers RM18.90
Chicken Skewers RM17.90

Jenis-jenis yang nak rasa makanan Jepun yang sedap dan rare tu boleh cuba skewers ni. Sedap juga, aku paling suka ayam dia sebab ayam dia lembut, bahagian isi dan sos ayam dia sedap wei. Cicah dengan sos daging dia pun sedap juga.


Grilled Chicken with Teriyaki Sauce
RM17.90

Selalu burger diapit dengan bun kan? Ini burger diapit dengan nasi, dan dijadikan shushi. Khas dan hanya boleh didapati di Sanoook sahaja tau. Nak makan pun senang je, siap ada arahan lagi. Ada rumpai laut, boleh pegang dan nyap! Sos teriyaki dia highlight, sedap yakmat!


Mango Sticky Rice with Ice Cream
RM15.90

Aku rasa setiap kali aku datang ke restoran Thai, menu wajib order adalah pulut manga dia. Key paling penting untuk pulut manga sedap adalah manga kene manis dan kuah dia sedap. Kat Sanoook, korang boleh dapat dua-dua tu, bonus siap dengan ais krim lagi.


Thai Volcano
RM16.90

Nama macam bahaya je kan? Memang bahaya untuk korang yang sedang berdiet. Yang lagi bahaya rasa dia, sekali korang dah cuba, tak boleh berhenti dah. Memang ni serupa macam ABC selalu kita makan tu, tapi ini perisa teh. Ya! Teh, siap ada hirisan badam. Selalu ABC jenis kosong letak sirap je.


Vitamin Pumpster
RM10.90

Macam tak syok pula kalau datang sini tapi tak order air signature deorang. Jadi aku cuba Vitamin Pumpster. Air ini adalah campuran buah oren, carrot dan epal. Rasa, macam. Masam yang betul-betul masam. HAHA. Sesuai la untuk detox dan boost Vitamin C.


Thai Milky Ice Tea
RM10.90

Lagi wajiib datang restoran Thai kene order air teh dia. Teh ni dalam bahasa Thai dia sebut "Cha". Aku cuba Cha ni sebab dia lain daripada yang pernah aku cuba sebelum ni, sebab ni macam teh 3 layer. Bezanya, teh tu dia pakai teh Thailand. Rasa? Memang sedap. Recommended.

Untuk menu lengkap, klik sini: Menu Sanoook Sunway Pyramid West.


Sanoook ni berlokasi kat bahagian luar Sunway Pyramid, yang bahagian pintu masuk hotel tu. Senang kata korang pergi ke West Sunway Pyramid, dan keluar sikit untuk ke pintu hotel. 

Sanoook Sunway Pyramid West
Lot 4, Ground Floor, Sunway Pyramid West
47500 Petaling Jaya, Malaysia
Waktu operasi: 10AM-11PM

Website: sanoook.my
Facebook: www.facebook.com/sanoookmy
Instagram: www.instagram.com/sanoookmy


Till then,

15 comments:

  1. the food presentation looks quite interesting! the food looks yummy too. will definitely have a try!

    ReplyDelete
  2. terasa lapar bila tengok gambar2 diatas tu.. jauh gak kalau TB nak ke sana.. hu3

    ReplyDelete
  3. I've not tried Thai-Japanese fusion before but I am taken in by your food shots already. Want to go lah, one of these days.

    ReplyDelete
  4. Wah.... sedapnya skewer tu. Nak cuba bila I pergi sana.

    ReplyDelete
  5. I have dine there before. not bad the food

    ReplyDelete
  6. Pernah dengar nama kedai ni tapi tak pernah pergi lagi. Food nampak sedap. Nanti nak pergi cuba makan sana lah

    ReplyDelete
  7. The skewers omg. I love skewers!

    ReplyDelete
  8. look so yummy!!I like the Mango Sticky Rice with Ice cream!!!

    ReplyDelete
  9. Memang nak cuba restaurant ini la.

    ReplyDelete
  10. The vitamin pumpster looks so refreshing :) And such a hipster name too for Snook :)

    ReplyDelete
  11. Thai-Japanese? First time know on this combination.

    ReplyDelete
  12. i love eating at SANOOOK, the food there is really good... terasa nak pergi sana balik makan

    ReplyDelete
  13. i love eating at SANOOOK, the food there is really good... terasa nak pergi sana balik makan

    ReplyDelete
  14. Japanese and Thai fusion? I wouldn't mind trying this! Especially since both Thai and Japanese food are my favourite! And love the setting of the restaurant.

    ReplyDelete
  15. I like their Tom Yam Seafood Fried Rice, always order this dish when I dine in at Sanoook :)

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^