Tuesday, April 18, 2017

Review Buffet Ramadhan Big Apple Restaurant, Berjaya Times Square Hotel

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku berkesempatan untuk menghadiri preview buffet berbuka puasa sempena bulan Ramadhan pada tahun ini di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

Buffet di Big Apple Restaurant pada tahun ini diketuai oleh Chef Ismail yang mempunya lebih dari 30 tahun pengalaman dalam bidang kulinari. Apa yang lagi khasnya tentang menu pada tahun ini adalah, Chef Ismail belajar menu ini daripada nenek beliau.


Untuk berbuka puasa di Big Apple Restaurant, Berjaya Times Square Hotel, korang perlu membuat tempahan awal kerana tempat duduk limited. Kalau bernasib baik, adalah slot untuk kalau datang ke sini pada hari nak berbuka.

Aku suka dengan ruang yang disusun antara meja sebab tak terlalu dekat, jadi rasa selesa dan privasi. Boleh minta meja tepi tingkap sebab malam-malam nampak permandangan cantik dari atas tu.


Antara menu yang akan menjadi tumpuan orang ramai pada tahun ini adalah Nasi Briyani Gam Batu Pahat, Briyani Kambing, Ikan Keli/ Cencaru Bakar, Otak-Otak Muar, Ayam Goreng Uncle Bakri dan Kari Kepala Ikan.


Kambing Bakar


Roasted Lamb with Local Spices and Nasi Briyani


Kari Kepala Ikan Kedah


Fried Chicken Uncle Bakri


Otak-Otak Muar, Ikan Keli dan Cencaru Bakar

Konsep hidangan sempena buffet Ramadhan Big Apple Restaurant, Berjaya Times Square Hotel adalah berkonsepkan gerai atau stall. Ada sebanyak 18 gerai makanan akan dihidangkan di sekitar restoran ini. 

Antara stall yang unik dan menarik minat aku adalah gerai Pasta, Roti John, Nyonya Popiah Basah, Satay, Lemang, Murtabak Ayam atau Daging dan paling hot sekali, gerai Aneka Juadah Durian. Kuah durian dia the best wei! Aku makan macma tu je.



Sebenarnya banyak sangat hidangan yang akan dihidangkan untuk korang pada bulan Ramadhan nanti. Bayangkan ada lebih daripada 200 juadah berbuka untuk yang datang berbuka nanti. 


Stir Fried Crab with Basil Leaf


Stir Fried Tiger Prawns with Salted Egg Yolks and Oats.


Fried Mussel with Chili and Hot Bean Sauce


Thai Yellow Chicken Curry with Pineapple


Itik Salai Masak Lemak


Labu Masak Lemak Cili Padi


Rendang Ayam/ Chicken Rendang


Dendeng Daging

Untuk pengunjung, atas permintaan ramai, Angklung Balle Balle akan kembali untuk membuat persembahan semasa korang sedang berbuka. Oh, jangan risau pasal tak sempat solat Maghrib kerana Berjaya Hotel turut menyediakan surau dan tandas untuk korang nanti.



Jangan lupa untuk datang berbuka puasa di Big Apple Restaurant, Berjaya Times Square Hotel. Bawa keluarga ramai-ramai untuk dapatkan lebih banyak diskaun. Voucher awal boleh dibeli dengan harga RM100 dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak.

Untuk tempahan sila hubungi: 03-2117 800 etx. 8133 atau email: bth.bigapple@berjayahotel.com

Buffet Ramadhan Big Apple Restaurant
Tarikh: 29 Mei 2017- 22 Jun 2017
Masa: 6.30PM- 10.30PM

Rate harga biasa:
Minggu 1 & 4: RM128 (dewasa), RM58 (kanak-kanak)
Minggu 2 & 3: RM138 (dewasa), RM68 (kanak-kanak)

Till then, Selamat Berpuasa :)

13 comments:

  1. Semua nampak sodap & menyelerakan 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambang mata nak pilih nak makan apa. Semua memang sedap :)

      Delete
  2. everything looks so delicious! would love to try it out.

    ReplyDelete
  3. lapar pulak bila terlihat gambar Stir Fried Crab with Basil Leaf

    ReplyDelete
  4. didnt know there's that much variety at Big Apple. Will introduce to my friends.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pls do so. Even non-Muslim can also come during Ramadhan.

      Delete
  5. indeed a nice place to dine, shall let my friends know of it.
    Now feeling hungry after see the food pics

    ReplyDelete
  6. Food looks delicious. Will let friends know.

    ReplyDelete
  7. banyak pilihan! Bestnyaaa nak kena ajak suami datang sini hehehe

    ReplyDelete
  8. Wow, grandmother's recipe is really something. I would love to have the opportunity to dine there. I was entertained by Balle Balle before. They are an amazing band.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^