Wednesday, May 17, 2017

Review Buffet Ramadhan STREAT Thai, Jaya One

Hello dan Assalamualaikum.

Aku gembira nak kongsi dengan korang yang pada tahun ini STREAT Thai, iaitu sebuah restoran makanan asli dari Thailand akan buat buffet Ramadhan sepanjang bulan puasa. Buffet Ramadhan STREAT Thai akan berlangsung dari 27 Mei - 24 Jun 2017 di Jaya One, The School.

STREAT Thai, Jaya One akan menghidangkan menu popular in house mereka disamping menu buffet yang lain macam BBQ, ayam, ikan, daging, makanan laut segar dan pelbagai jenis salad Thai dan sambal asli Thai.

Apa yang menariknya buffet Ramadham ini, selain daripada menyajikan lebih daripada 60 jenis juadah makanan khas dari Thailand, harganya pun sangat berbaloi dan murah iaitu serendah RM39 untuk seorang.



Untuk pembuka selera, Buffet Ramadhan STREAT Thai, Jaya One menawarkan pembagai jenis pembuka selera Thai yang terdiri daripada menu skewer, bakar dan gorengan. 

Korang boleh pilih daripada Skewer Ayam, Skewer Daging, Skewer Lembu, Sotong Bakar, Sotong Goreng Tepung, Hor Mok Ayam dan Bebola Ikan

Bebola Ikan, Ayam Pandan, Sotong Celup Tepung, Skewer Ayam

Aneka Makanan Grill

Sotong Grill

Hor Mok Ayam, Ayam Pandan, Kek Ikan, Bebola Ayam

Hor Mok Ayam

Tak lengkap rasanya kalau datang restoran masakan Thai tapi tak cuba  salad original Thai, disediakan oleh orang Thai jugak. Ada daripada buah betik muda sampai ke mangga muda. Siapa suka benda masam mesti cuba salad Thai ni.

Pilihan dari: Thai Mango SaladThai Papaya Salad, Korat Papaya Salad, Salad dengan Telur Masin, Salad dengan Ikan Bilis Goreng, Salad with Anchovy Sauce and Rice Noodles, Fried Egg Salad, Grilled Beef with Herbs, Minced Chicken with Herbs dan banyak lagi.


Thai Mango Salad


Menu Utama Buffet Ramadhan STREAT Thai


Untuk korang yang jenis kene makan nasi tu, ada beberapa pilihan nasi kat sini. Ada Nasi Putih dan Nasi Goreng, nak campur pun okay. Nasi Ayam pun ada tau. Aku makan nasi ayam dengan lauk yang lain. Nasi ayam dia rasa macam nasi pulut pun ada.

Kotlah ada yang sedang jaga makan atau tak suka makan nasi, korang boleh juga menikmati dari pelbagai menu masakan lain yang ada. Kuay Teow Goreng pun ada untuk korang makan.

Kuay Teow Goreng

Pilihan sup dan kuah jangan cakap la, memang banyak sampai pening kepala nak pilih nak kuah yang mana. Sup ni pulak sedap makan dengan nasi, sedap makan macam tu aje. Sup tom yam dia memang rasa pure Thai punya, lain daripada yang ktita selalu rasa kat sini.

Sup Kobis Ayam, Tom Yam Putih, Sup Sayur Campur

Kari Hijau Daging

Kari Daging

Striploin ni wajib korang kena rasa. Rasa dia sedap gila, aku siap menambah-nambah ambil makan. Daging dia lembut sangat, senang nak kunyah, makan dengan kuah kari atau tom yam. Ada disediakan sos istimewa untuk dimakan bersama.

Thai Style BBQ Beef Striploin

Pad Krapow Beef

Thai Style BBQ Chicken


Ayam Masak Halia

Kulit Ayam Sweet Sour

Ayam Black-pepper 

Pad Pet Cat Fish




Cendawan Telur Taufo (Pad Krapao)

Terung Goreng

Kacang Panjang Goreng

Kailan Goreng Ikan Masin


Kalau siapa yang kenal aku mesti tahu aku memang peminat pencuci mulut. Pencuci mulut biasanya merupakan penbuka selera aku, dan aku tahu pencuci mulut Thai semuanya sedap dan menepati apa yang aku suka makan.

Ada Pulut Manga, Puding Kelapa, Sago Santan, Red Ruby, Pisang & Keledek Goreng, Labu Sangkhaya, Tako Taro, Kanom Tom dan Pengat Labu. Semestinya yang palih hot untuk buffet ini adalah pulut mangga. Kejap je dah habis.



Promosi tempahan 7 hari sebelum: RM39.90++ sahaja untuk seorang, sila telefon nombor dibawah untuk membuat tempahan. Datang bawak family pun takde mahal sangat.

Tarikh: 27 Mei- 24 Jun 2017 (7PM- 9.30PM)

Harga
RM49.90++ (dewasa), RM 19.90++ (Kanak-kanak)

Restoran STREAT Thai
(Jaya One) 100-G.001 The School
No.72A Jalan Universiti, Petaling Jaya
46200 Selangor, Malaysia
Contact: +603-74961297

Website: www.eatatstreat.com
Facebook: www.facebook.com/streatthai
Instagram: www.instagram.com/streatthai


Hashtag Buffet Ramadhan STREAT Thai: #streatthai #Thaibuffet   #Ramadhanbuffet2017   #buffetramadhanstreatthai #BuffetRamadhanThai #thaifood

19 comments:

  1. sedap kan makan di Restoran Streat Thai... dah lah harga murah :)

    ReplyDelete
  2. this is pretty interesting, I can invite my Muslim friends to go there for buka puasa... NICE! - Racheal Loh

    ReplyDelete
  3. OMG!!
    Thai food!
    and ada pulut mangga!
    Wajib!!!
    Thanks sebab share!

    ReplyDelete
  4. Ya rabbi sedapnya nampak semua makanan! Harga pun affordable sangat

    ReplyDelete
  5. looks so delicious! season to get fat and say bye bye to diet plan. lol.

    ReplyDelete
  6. Mmyy look at the really 'rich' menu. I am non-Muslim but I still can berbuka puasa, right?

    ReplyDelete
  7. Sedap giler, I memang suka makan thai food. May go with my cols for buka puasa then.

    ReplyDelete
  8. ya Allah.. semua food nampak sedap giler .. i wish boleh gi sana .. gerenti makan banyak2.. haha

    ReplyDelete
  9. Omg thats variety of dishes! Look so tempting and delicious!

    ReplyDelete
  10. Looks appetizing! I love thai food, and wander how thai food and fuse with ramadhan season too! Thanks for introduce!

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. This buffet has a great selection. I love curry and just can't get enough.

    ReplyDelete
  13. this looks so yummy I need to go check it out with my family.. hahaha

    ReplyDelete
  14. OMG.. meriah betul mknn tu..terliur tengok..tpaksa scroll laju2..haha

    ReplyDelete
  15. Bestnya makanan Thai. My favourite and going to try it out.

    ReplyDelete
  16. OMG these foods are feast! Your money is worth it :) Thanks for your recommendation.

    ReplyDelete
  17. Wow all looks so sedappp and they have really wide selection. Buka with thai cuisine, not a bad idea at all.

    xx
    Puiyeesss

    ReplyDelete
  18. Sedapnye makanan ni I love thai food 😋😋😋

    ReplyDelete
  19. Murahnya combo dgn delicious foods!

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^