Thursday, June 1, 2017

JONLIVIA Melancarkan Jonlivia Lifestyle Club (JLC)

Hai dan salam sejahtera korang,

Aku memang sejak mula tahun 2017 merancang nak hidup dengan gaya yang sihat. Makan makanan sihat, beriadah dan minda yang sihat. Lagi best kalau nak beriadah bila ada pasangan atau kawan yang ada minat yang sama kan, baru bersemangat.

Pada 25 May 2017, jenama pakaian Jonlivia telah melancarkan kelab carahidup "Jonlivia Lifestyle Club (JLC)" yang merupakan kelab pakaian aktif bersukan yang pertama di Malaysia. Jonlivia merupakan jenama pakaian dan juga ada kelab fitness untuk pelanggan mereka. Awesome!

Tujuan mereka mewujudkan kelab ini adalah untuk memberikan idea gaya yang kreatif dan inovatif kepada orang yang nak bersukan dan beriadah sekaligus, membuatkan mereka tampil lebih yakin dan gembira sebab nampak bergaya walaupun sedang berpeluh-peluh.



Semua pakaian active wear keluaran Jonlivia diperbuat daripada bahan berkualiti dan berprestasi tinggi yang sesuai dengan teknologi Jonlivia yang terkini untuk memastikan produk mereka selalu in-trend dan terkini.

Aku pernah review seluar hotpants dia sebelum ini, so far memang bagus produk dia:


Pada hari pelancaran Jonlivia Lifestyle Club (JLC) di SS2 tempoh hari, Jonlivia dengan besar hatinya memberikan keahlian secara percuma ke JLC kepada pelanggan yang hadir. Antara kelebihan dengan keahlian seumur hidup ini adalah boleh join kelas fitness yang diadakan secara percuma.

Selebriti terkenal tanah air seperti Fauzi, Lisdawati, Agnes, Meow, Jane, Syaa dan Emily pun join juga pelancaran JLC haritu dan deorang pun dapat jadi ahli JLC juga. Siapa tahu kot korang tengah berzumba, tetiba deorang ada kat sebelah. 

JLC merupakan studio kelab cara hidup (lifestyle club) yang menggabungkan pebagai teknik fitness dan  kecergasan. Jonlivia sangat pentingkan kesihatan dan kegergasan ahli mereka dan bukannya sekadar nak bakar lemak je.



Masa hari pelancaran tu, ada juga pertunjukan fesyen untuk memberikan idea macam mana nak gayakan pakaian keluaran Jonlivia dengan pakaian seharian kita.

Untuk korang yang nak menyertai kelab ini mudah sahaja. Apabila korang beli mana-mana jenis pakaian atau item dari Jonlivia secara walk-in atau secara online, korang automatik menjadi ahli. Tak kisahlah semurah mana pun, beli je dah dapat keahlian percuma, seumur hidup pulak tu.



Semakin banyak korang berbelanja, semakin banyak kelebihan yang korang akan dapat. Contoh macam kalau dah berbelanja lebih daripada RM500, korang boleh unlock kelas untuk belajar Flying Yoga dan banyak lagi.

Lagi best, kesemua kelas-kelas yang diadakan di JLC adalah dijalankan oleh jurulatih yang hebat dan berpengalaman dari masa ke semasa. 


Info tentang JONLIVIA

JONLIVIA telah diasaskan oleh pasangan Jon dan Olivia, sebab itu diberikan nama JONLIVIA. Jonlivia diasaskan dengan misi orang yang nak bersukan pun masih boleh berfesyen. Jadi bila dah ada style fesyen sendiri kan rasa lebih yakin. 

JONLIVIA hanya menghasilkan dan mengeluarkan design pakaian yang berkualiti tinggi supaya pemakainya dapat buat apa-apa aktiviti seharian dengan sebaik mungkin termasuklah beriadah dengan pakaian yang dihasilkan.

Bagi JONLIVIA, mereka bukan hanya fokus kepada penurunan berat badan, tapi lebih daripada itu. Mereka nak orang yang pakai pakaian daripada JONLIVIA nampak cantik dan berfesyen tak kisahlah masa korang tengah berlari di taman atau sedang membeli belah dengan kawan.

It’s all about Style
It’s all about Performance
It’s all about You

Kami berdua memakai The 5th Generation Jonlivia Hotpants S+

JONLIVIA
No. 70A, 70B & 70C, Jalan SS2/67,
47300 Petaling Jaya, Malaysia
Contact:  +6016 384 5358
Email: hello.jonlivia@gmail.com

Website: www.jonlivia.com
Facebook: www.facebook.com/jonlivia
Instagram: www.instagram.com/jonlivia

Jonlivia akan menjalankan beberapa aktiviti sepanjang tahun. Jangan lupa untuk selalu jenguk ke website Jonlivia dan Facebook Page mereka untuk sebarang promosi atau aktiviti.


Hashtag rasmi: #Jonlivia #JonliviaLifestyleClub

13 comments:

  1. Congratulations for its successful launched. Have you availed the membership?

    ReplyDelete
  2. Oh yes. Boleh nak guna nie untuk sesi zumba nie. Free for life plak tu!

    ReplyDelete
  3. That fly yoga class is interesting... And super scary also.. hahaah.. but I want to try... Lol

    ReplyDelete
  4. Oh! That Flying Yoga look so stretch up for my old bone. hehehe...nice launching event.

    ReplyDelete
  5. Menarik ni. Memang tengah cari active wear ☺

    ReplyDelete
  6. Menarik ni. Mmg tgh cari active wear ☺

    ReplyDelete
  7. Menariknya nampak. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing this, i will drop by when i pass by this area.

    ReplyDelete
  9. I have read so much good stuff about Jonlivia. I am eyeing my first pair of pants!!

    ReplyDelete
  10. I like their hot pants. work like a magic

    ReplyDelete
  11. Bagusnya ada club senaman macam ni. Boleh datang bila-bila masa dan ikut kelapangan kita. Hot pants tu best tau.

    ReplyDelete
  12. I read about Jonlivia before. But I'm still prefer eat clean and exercise more.

    ReplyDelete
  13. Congratulations to Jonlivia grand opening! I live their hot pants so much

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^