Monday, July 24, 2017

Jalan-Jalan Cari Makanan Sihat di SkyAvenue, Resorts World Genting

Hai korang.

Siapa cakap kalau kita bercuti atau berjalan-jalan susah nak jaga kesihatan? Senang je, tips dia korang kena pandai cari tempat kat mana yang bagus dan elok makanan dia untuk kesihatan korang. Tak susah pun, lagi-lagi kalau korang bercuti di Resorts World Genting.

Khas untuk korang yang pencinta makanan sihat, SkyAvenue, Resorts World Genting menawarkan pelbagai jenis makanan yang sihat, organik dan bersih untuk korang. Jom ikut aku teroka apa jenis makanan sihat kat sini.


Ada 3 restoran yang khas aku nak tunjukkan kat korang bermula dengan restoran makanan kesihatan, BMS Organics, kepada kedai herba, Koong Woh Tong sampailah ke kedai makanan kesihatan, Tian Ma Bird Nest. Semua ni ada di SkyAvenue, Resorts World Genting.

1. BMS Organics
Lot T2-19, Tingkat 1, SkyAvenue



Herbal Broth Pot with Multigrain Rice RM 33.90

Hidangan pilihan ini disarankan untuk korang yang makan banyak tapi masih nak sihat. Herbal tu memang rasa herba sungguh, bau dia pun kuat jugak. Dalam broth tu ada pelbagai jenis cendawan, kurma cina dan tauhu. Yang syoknya sebab siap ada kicap cili sekali.

BMS Soy Curry Laksa RM 28.90

Kari laksa ni dibuat dengan menggunakan susu soya dan mee yang dibuat sendiri. Memang confirm kurang kolesterol. Walaupun pakai susu soya, rasa dia masih lagi sedap, malah lebih manis daripada mee kari yang selalu kita makan.

The Organics Harvest RM 22.90

The Organics Harvest merupakan set salad yang khas. Dalam salad ini ada buah avocado, cherry tomato, timun, lobak merah, kepingan jagung manis dan dilengkapkan dengan sos buah markisa dan sesame seed. Rasa dia macam mana? Haha. Masam sebab ada buah markisa.

2. Koong Woh Tong
Lot T2C-05A, Tingkat 4, SkyAvenue



Rasanya banyak kali juga nampak kedai herbal ni kat kompleks membeli belah. Koong Woh Tong pertama buka outlet dia pada tahun 1990 di Sungei Wang Plaza, dan kini mereka ada lebih daripada 30 outlet di sekitar Klang Valley.

Koong Woh Tong terkenal dengan herbal jelly dia sebab dibuat dengan menggunakan resepi turun temurun. Herbal jelly ini tidak mengandungi alkohol dan bebas lemak, sebab itu sesuai untuk orang Muslim dan orang yang vegetarian.

Herbal Jelly RM 11.00 (S)/ RM 14.00 (L)

Herbal jelly susuai sangat untuk korang yang tak suka makan benda-benda herba ni. Walaupun dalam dia ada lebih daripada 20 jenis herba, tapi rasa dia not bad, rasa macam cincau yang pahit sikit sebab tu dia selalunya dihidangkan sekali dengan air madu.

Herbal jelly sesuai untuk detox badan, membersihkan kulit, membantu proses penghadaman, mengurangkan suhu badan dan banyak lagi.

Herbal Drink 500ml RM 5.00

Herbal drink ada 3 jenis. Akak tu cakap ada 2 yang sesuai untuk kami minum sebab lagi 1 tu pahit sangat. Aku pulak jenis skeptikal sikit pasal herbal drink ni, itu sebab tak minum, tapi bila rasa, ya ampun, sedap wei!

Ok, 3 jenis tu adalah:
1. (Manis) Xia Ku Cao Herbal Tea: Membersihkan hati, meningkatkan penglihatan
2. (Manis) Ji Gu Cao Herbal Tea: Membersihkan hati, memanaskan badan
3. (Pahit) Ya Sei Mei Herbal Tea: Memanaskan badan, membantu proses detoksifikasi badan.

3. Tian Ma Bird Nest
Lot T2C-05B, Tingkat 4, SkyAvenue



Tian Ma Bird Nest merupakan kedai makanan kesihatan yang menghidangkan pelbagai jenis makanan yang bersumberkan sarang burung walit. Khasnya lagi disini, sarang burung yang deorang dapat itu diambil dari sarang yang mereka bela sendiri.

Deluxe Series Signature Double Boiled Bird's Nest RM 93.30

Selalunya sarang burung rasa palik sebab tak ada rasa apa-apa. Tapi kat sini deorang dah campur dengan herba dan jenis buah yang sihat untuk bagi rasa supaya tak pelik. Aku paling suka yang ni. Sedap sebab dicampur dengan buah asam jeruk, dan madu. Boleh makan 2 mangkuk tau.

Bird's Nest with Pear RM 29.70

Bird's Nest with Ginseng Tea RM 23.30


Nota: 

1. Semua restoran kat atas semua tidak ada sijil Halal. Makanan yang dihidangkan adalah bersih, organik dan berasaskan dari sumber tumbuhan sahaja. InshaAllah terjaga Halal-nya.

2. Semua kedai dan restoran yang aku review kat atas, korang boleh singgah kalau korang pergi ke SkyAvenue di Resorts World Genting nanti. Nak sihat, kena la berusaha sikit kan. :)

Till then,

13 comments:

  1. tudia makanan2 berkhasiat.. herbal broth tu huurm sedap ka ? boleh telan ke semua2 ni ? hehe..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya!!!! Serius teliur!! Herbal drink tu kiranya murah la kan RM5 je.
    Zayani...jemput lah join giveway ni. https://ciknurul23.blogspot.my/2017/07/chocolate-fan-giveaways-by-sii-nurul.html

    ReplyDelete
  3. Inilah pertama kali saya tau tentang SkyAvenue, Resorts World Genting. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Pasti sesuai utk mereka yg suka makanan organik. Knp mereka tak minta sijil halal ke ?

    ReplyDelete
  5. The birds nest was so yummy! I don't need another excuse to wallop one or two more bowls.

    ReplyDelete
  6. BMS Organics always my choice!! - racheal

    ReplyDelete
  7. Wahh banyak nya pilihan makanan. Ika tak pernah sampai Genting lagi ni.

    ReplyDelete
  8. I haven't been to genting in a while. So much have changed.

    ReplyDelete
  9. Wow...haven't been to Sky Avenue yet but been seeing lots of people going there for food! All looks good & yummy :)

    ReplyDelete
  10. Always maintain a healthy eating habit. Sky Avenue also offer variety of healthy food.

    ReplyDelete
  11. Your post of healthy foods makes me want to eat more this lunch time. Omg looks delicious!

    ReplyDelete
  12. Suka makan birds nest.. akak Miera makan dengan harapan dapat lah muka yang licin dan gebu sikit... Hahaha

    ReplyDelete
  13. Sweet photo you got. Every resto has its own unique ambiance.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^