Sunday, July 30, 2017

Port Lepak Outdoor & Cafe Best di SkyAvenue Mall

Hello dan salam sejahtera korang.

Tak habis lagi ni nak cerita pasal aku lepak makan-makan kat SkyAvenue Mall di Resorts World Genting. Memang mall ini khas untuk korang nak membeli belah, dan pada waktu yang sama nak cari makan yang sedap-sedap kat sini.

Aku nak bawa korang jalan-jalan di SkyAvenue Mall yang terletak di Resorts World Genting untuk tunjuk kat korang cafe makan apa yang best untuk korang yang suka coklat, kopi, kek tau hanya nak makan makanan yang ringan dengan harga yang berpatutan.

Jom kita makan!

Yang suka lepak outdoor tu, boleh terus ke tingkat 4, rooftop kompleks membeli belah SkyAvenue dah cari Sans Francisco Coffee untuk yang sukakan kopi atau ke Dal.komm Coffee untuk yang gilakan drama Korea dan air yang syok.

1. I Love Yoo!
Lot T2C-02B, Tingkat 4, SkeAvenue


Dried Scallop Porridge RM 6.30
Yootiao RM 3.50
Red Bean Bun RM 3.50
Sesame Ball (Peanut/ Red Bean) RM 3.60
Soya Bean Drink RM 7.50

Di kafe I Love Yoo! mereka banyak menawarkan set makanan dengan harga yang berpatutan. Yootiao atau orang Melayu panggil cakoi sedap betul sebab dia rangup, sampai cicah dengan bubur tu lagi sedap. Bubur jangan cakap la, sedap sampai aku boleh habiskan semua sorang-sorang je.


2. Dal.komm Coffee
Lot T2C-10, Tingkat 4, SkyAvenue



Dal.komm merupakan salah satu cafe kegemaran aku kalau aku datang sini. Mereka menghidangkan pelbagai jenis kek dan pastri yang sedap, posri yang besar dan harga yang berpatutan. Senang kata kalau order 1 makanan pun boleh kongsi 2 orang. 

Tak dilupakan ada banyak juga pilihan minuman sejuk dan panas yang korang boleh pilih kat sini. Personally aku suka yang dua yang aku beli kat bawah. Memang sedap sangat!

Strawberry Cube RM 17.90

Spesialnya minuman ini sebab dia pakai buah strawberry segar dan jem strawberry yang dicampur dengan susu dan ais. Bila kita kacau rasa dia memang sedap dan segar sangat. Manis dan tak beberapa masam. Recomemded!

Chocolate Shake RM 19.90

Untuk penggemar minuman coklat, aku recommend korang untuk cuba rasa shake ini. Shake ni memang rasa kaya dengan coklat dia sebab tu sedap yak-mat. Mereka blend coklat dengan ais krim, bukannya kiub ais macam yang selalu kita beli tu. Kalau cair pun masih sedap rasa coklat dia.

Caramel Honey Shibuya Toast RM 18.90

Roti ni kalau aku dapat resepi dia, memang tiap-tiap hari aku buat kat rumah. Roti tebal tu, dibakar dan diletakkan sedikit madu kat atas dia. Lepas tu deorang letak whipped cream  dan madu lagi untuk kasi lebih rasa kat roti tu. Sedap dan mengenyangkan.

Hanjuku Lava Cheese Cruffin RM 25.90

Ada 3 pilihan cruffin yang ada dari green tea, salted egg, dan keju. Aku pilih yang keju sebab itu yang macam tak pelik sangat. Lagipun aku tak suka green tea. Bestnya cruffin ni, bila potong je, banyak betul 'lava' kat dalam tu. Atas dia dihiasi pulak dengan whipped cream dan kiub keju.


3. San Francisco Coffee
Lot T2C-07, Tingkat 4, SkyAvenue


Club Sandwich RM 18.00

Kalau nak lepak kat cafe je sambil dating, hidup udara segar kat outdoor rooftop SkyAvenue, sesuai la datang sini sambil makan signature sandwich cafe. Club sandwich bukan sebarang sandwich, dalam dia ada ham ayam, telur, kepingan ayam, tomato, daun salad yang diapit dengan roti fiber. 

Hazelnut Latte RM 14.50

Korang yang jenis gila kopi, boleh cuba pelbagai pilihan kopi, latte dan lain-lain. Aku perasan, mereka banyak hidangkan menu kopi instead of teh atau coklat. Walaupun aku mintak kurang pekat (kopi), tapi rasa dia masih lagi pekat sebab kat sini memang pakai kopi jenis yang upmh punya.


4. Starbucks Coffee Reserve
Lot T2B-31, Tingkat 3, SkyAvenue



Korang tahu tak apa perbezaan Starbucks biasa dengan Starbucks Reserve? Bezanya adalah di Starbucks Reverse mereka ada coffee master yang pakar dalam pembuatan kopi yang jenis khas. Kat sini pun korang boleh order minuman biasa yang korang dapat di Starbucks.

Starbucks Reserve ada satu bahagian khas untuk menghidangkan kopi yang unik, rare, premium dan terpilih yang tengah hot pada satu-satu waktu tu. Contoh kopi unik dan rare pada Julai 2017 adalah 4 jenis ini iaitu Nicaragua Maracaturra, Nicaragua La Roca, Rwanda Musasa dan Papua New Guinea Luqka. Bulan depan lain pulak, gitu.

Pilihan kopi rare di Starbucks Reserve pada Julai 2017

Penyediaan kopi dengan cara Siphon

Penyediaan kopi dengan cara Pour-Over

Penyediaan kopi dengan cara Chemex

Penyediaan kopi dengan cara Clover

Senang je cara nak order kalau singgah Starbucks Reserve, hanya perlu pilih jenis kopi yang korang nak (boleh tanya coffee master berdasarkan apa yang korang suka), lepas tu pilih cara penyediaan kopi yang korang pilih tadi, dan tunggu siap!

Tall (12oz) RM 17.10 - 19.10
Grande (16oz) RM 18.00 - 20.00
Venti (20oz) RM 19.00 - 21.00


Entry lain yang best kat SkyAvenue:
1. Syurga Pencuci Mulut di Tingkat 1, SkyAvenue Resorts World Genting
2. Jalan-Jalan Cari Makanan Sihat di SkyAvenue, Resorts World Genting

Till then,

10 comments:

  1. Syioknyeee...makanan semua nampak sedap. Dah mcm mcm kat Genting sekarang ni.

    ReplyDelete
  2. All the foods looks delicious! 😋 Dalkomm, the drink and toast looks great!

    ReplyDelete
  3. Shibuya toast tu nampak best. Mesti rotinya pun lembut je kan

    ReplyDelete
  4. I love to eat dessert!! They all look so fine,and eating in cold weather is a sinful pleasure!

    ReplyDelete
  5. I wish to try that Strawberry Cube and the club sandwich, both looks delicious! And this place is so cozy very nice lightings.

    ReplyDelete
  6. so many restaurants and cafes there at skyavenue..i havent been there yet, but definitely will go for a walk when available =)

    ReplyDelete
  7. Wonderful coffee places. I really had an enjoyable time there and learnt so much about coffee at Starbucks!

    ReplyDelete
  8. Dal.komm is my favouriteeeeee! I love to eat their bingsu!

    ReplyDelete
  9. I suka makan breakfast kat I Love Yoo! bubur dia sedap and harga juga ok

    ReplyDelete
  10. Great food, the food is making me drooling!~ Yummy!

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^