Saturday, August 12, 2017

Penghawa Dingin Fujiaire Shibui Skin Series Dengan Teknologi WiFi Kini di 11street.my

Hello korang,

Siapa suka aircond kat sini? Best kan kalau ada aircond masa tengah tidur atau masa tengah layan movie kat TV? Tapi bukan mudah nak cari aircond dengan harga yang berbaloi dan pada masa yang sama jimat elektrik bulanan.

Jenama penghawa dingin Fujiaire bukan lagi jenama asing. Mula bertapak sejak tahun 1996 lagi, kini mereka tampil dengan siri model penghawa dingin yang terbaru, Fujiaire Shibui Skin Series.

Model Fujiaire yang terbaru dilengkapi dengan teknologi WiFi beserta 6 pilihan design wallpaper. Dengan kerjasama dengan 11street, korang boleh dapatkan air-cond berteknologi tinggi secara dalam talian melalui website 11street.my sendiri.


Apa yang khasnya penghawa dingin Fujiaire Shibui Skin Series selain daripada teknologi WiFi, ada juga eleman khas yang lain seperti:

1. Filter dilapisi dengan filter Vitamin C supaya masa korang hidu udara tak terlalu kering.
2. Disertakan dengan inverter 5 bintang untung penjimatan elektrik bulanan.
3. 3 tahun warranty daripada Fujiaire apabila korang beli di 11street.
4. Design yang lebih 'slim' dan dilengkapi dengan digital LED display.

Fujiaire Shibui Skin Series

Siri Diamond

Fujiaire Shibui Designer Collection juga disertakan dengan 6 pilihan sticker wallpaper untuk aircond korang. Selalu aircond putih yang bosan je kan? Ni siap ada wallpaper sticker bercorak tau.

Pilihan sticker dari 6 jenis kategori: KIDS, MARB, PLAY, SKYX, STON & UNIQ


Fujiaire Shibui Skin Series boleh didapati di pusat membeli belah atas talian, 11 street dengan harga bermula dengan RM 1170 dan RM 2574, manakala siri Diamond pula dengan harga RM 1350 dan RM 2925.


Untuk maklumat lanjut dan berminat nak beli, boleh klik link kat bawah untuk direct ke 11street:
http://www.11street.my/benefit/promotionDetail.do?planDisplayNumber=593078


Till then,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^