Monday, August 14, 2017

Makanan Authentic Jepun di Sango Japanese Restaurant

Hi korang.

Terima kasih Sango Japanese Restaurant sebab jemput aku review restoran makanan Jepun best kat Petaling Jaya. Tak lupa juga kepada Racheal, Founder of Foodilifecious, sebab jemput aku join sesama dengan kawan blogger yang lain. :)

Aku sebenarnya sangat jarang pegi makan makanan Jepun atau Korea ni. Paling-paling pun makan kat kedai Shushi, itu pun kalau rasa macam nak pegi sebab biasa nak la makan yang berat.

Sango Japanese Restaurant yang terletak di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya merupakan restoran yang menghidangkan makanan resepi asal dari Jepun sejak dari tahun 1995 lagi. Kiranya, deorang ni memang dah pakar dalam menghidangkan makanan Jepun.


Konsep yang aku nampak kat restoran ini pun memang Jepun habis. Aku suka dengan layout cara susunan meja makan dia sebab ada partition, sesuai la untuk orang yang suka makan sambil bercakap dan bergosip. Kalau ada komono lagi best, sambil makan pakai baju tu. Haha.

Selama ni aku rasa aku kenal shushi, teppanyaki dan bento je, tapi kat sini aku jumpa banyak lagi jenis makanan Jepun yang aku tak pernah makan, dan yang penting sekali sedap!

Ada beberapa hidangan, cara makan dia special, bukan makan cenggitu je. Aku rasa makanan Jepun ni banyak tradisi dia dan cara makan berbeza dengan cara kita makan. Bayangkan, makan mee pun lain caranya.

Cha Soba

Orang Melayu panggil mee sejuk (cold mee). Cara makan sangat unik: Campur dengan benda yang dalam pinggan putih tu dalam Tsuyu. Ada telur burung puyuh, daun bawang, lobak putih. Lepas tu, amik sikit mee, letak wasabi sikit, dan celupkan dalam Tsuyu tu, then makan. Unik kan?

Sango Bento

Bento pun best jugak untuk yang nak lagi feeling kat Jepun. Ada 5 jenis makanan dalam set ini. Ada ayam goreng, Sashimi, Salmon grill, California Maki dan mee sejuk. Order ini saja pun dah boleh kenyang. Kalau datang ke Sango Japanese Restaurant boleh tengok menu set Bento yang lain jugak.

Ten Donburi RM 18.00
Gyu Donburi RM 18.00
Salmon Donburi RM 22.00
Chicken Teriyaki Donburi RM 15.00

Donburi merupakan hidangan baru yang mereka nak keluarkan untuk pelanggan merekan. Donburi (set nasi dan lauk dalam pot) ini hanya akan disediakan pada waktu makan tengah hari sahaja.

Donburi yang aku paling suka adalah Gyu Donburi, iaitu donburi daging. Suka sebab daging dia kemain nipis dan tak liat langsung. Campur makan dengan nasi yang ada soy sauce jadi sedap sangat. Aku boleh habiskan satu mangkuk tu sorang-sorang.

Salmon Donburi pun not bad. Salmon dia jenis yang macam grill dan goreng, jadi kat luar dia rangup, dalam dia lembut. Kalau aku pandai makan pakai chop stick, aku amik lettuce letakkan nasi dan salmon kat dalam, then makan ala-ala orang Jepun/ Korea.

Seafood Teppanyaki Platter

Tak best la kalau datang restoran makanan Jepun tapi tak makan Teppanyaki. Platter teppanyaki ni besar porsi dia, boleh kongsi dalam 2-3 orang. Ada omelet, udang, salmon, sotong, cendawan. Buat lagi sedap sebab dimasak dengan soy sauce, itu yang rasa dia macam manis-manis grill gitu.

Yakitori Omakaze

Dari atas: Sushi Platters, Salmon Carpaccio

Dari kiri: Chicken Gyoza, Tempura Moriawase


Aku recommend Sango Japanese Restaurant untuk korang yang gila makanan Jepun atau baru nak belajar makan makanan ni. Dengan harga yang berpatutan, dan suasana makanan yang klasik, dah boleh feeling macam pegi Jepun, walaupun sekejap.


Waktu operasi: 
Isnin - Ahad (12PM-2.30PM) & (6PM-10.30PM)

Sango Japanese Restaurant
Tingkat 2, Crystal Crown Hotel,
Lorong Utara A, PJS 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Contact: 03-79585228
Facebook: https://www.facebook.com/sangojap/


Till then,

15 comments:

  1. Sygnya x dpt ikut rasa nmpk sedap.. Next time bwk bee!:D

    ReplyDelete
  2. Aduhh..terus perut rasa lapa..Sedapnya dapat makan..makanan free pulak tu oooi..😂😂

    ReplyDelete
  3. It looks so delicious! I might have to give Sango restaurant a visit to see what the hype is all about xD

    ReplyDelete
  4. How come the sushi platters are sooo cute? I also jarang makan Jepun. Usually nak nasi, kan. But Sango will go on my food list when I am in that part of town.

    ReplyDelete
  5. set bento dia menarik jugak. makanan lain pun nampak sedap. yummy

    ReplyDelete
  6. Wow these looks delicious and very enticing AF. Which of the bentos are your favorite?

    ReplyDelete
  7. Yummy, semua makanan nampak sedap. The price is quite reasonable too!

    ReplyDelete
  8. I do admit Sango is the best place for authentic Japanese food. I have try it and love the food too.

    ReplyDelete
  9. I have to make reservations to go and try the sumptous offerings at Sango now...so hard to resist...

    ReplyDelete
  10. The platter of food is so yummy! I am surprise by the food they serve! Quite big and yummy too =)

    ReplyDelete
  11. This is best authentic Japanese Restaurant I ever had - Racheal

    ReplyDelete
  12. woww.. gambar2 nampak menarik.. hidangan pun melazatkan.. my mouth watering already

    ReplyDelete
  13. OMG! I'm so hungry now. I want to try the Sushi Platters, Salmon Carpaccio!

    ReplyDelete
  14. quite an affordable place to eat, thanks for sharing about it. it's my first time hearing too

    ReplyDelete
  15. Hi all ! Show this blogs when u visit Sango and entitled to 15% discount !

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^