Thursday, November 9, 2017

Great Wall iGames Melancarkan Permainan Telefon Bimbit di Malaysia

 Hai korang,

Siapa peminat mobile game atau permainan dalam telefon pintar? Aku suka juga. Kadang-kadang bila kita keluar, atau tengah tunggu orang ke, bosan boleh main game kat telefon kan. Susah juga nak jumpa game best yang menepati citarasa kita.

Great Wall iGame Sdn. Bhd. (GWi) yang asaskan pada 21 September 2016 baru-baru ini telah melancarkan satu mobile game "Tembak Ikan". Seperti nama dia, game ni memang game main tembak-tembak ikan.

 

Untuk korang yang nak main game ni, korang perlu reload profile game korang dengan kredit coin dari UMU Wallet. Dengan UMU Wallet ni, pemain boleh reload kredit permainan, bermain game dan hadiahkan transfer kepada kawan.

Permainan mobile Tembak Ikan ini boleh tahan mencabar juga. Bila korang dah muat turun permainan ni, korang akan jumpa 3 stage tahap kesukaran dia. Kalau pertama kali nak mencuba tu boleh la amik yang newbie punya level.

Newbie pun mencabar juga sebab permainan ni korang kena pandai fikir nak tangkap ikan mana, nak pakai weapon apa dan kena pandai bajet nak tangkap yang mana sebab nak tangkap pakai peluru duit (coin). So kalau coin tu da habis, tak boleh la tangkap dah.

  

 

Korang boleh setkan kepada peluru bernilai '10' untuk setiap tangkapan ikan kecik. Kalau pakai yang nilai besar sikit then kenalah tambah nilai peluru tu. Tapi boleh aje nak tangkap ikan besar pakai peluru kecil, cuma lambat lah nak dapat.




Dragon tu boss dia la. Kat level aku main ada banyak juga ikan atau creatures yang susah nak tangkap macam Dragon, Lobster dan ketam yang bawak bom. Tapi kalau dapat memang banyak coin kita dapat. Puas hati.


Kalau katakan bernasih baik dapat ketam yang bawak bom tu, korang boleh pakai bom tu untuk tangkap ikan kat sekitar kawasan yang korang pilih. Pandai-pandai la pilih kawasan mana yang banyak ikan dalam masa yang ditetapkan.



Amacam, menarik tak game ni? Jangan lupa muat turun permainan Tembak Ikan di Apps Store telefon pintar korang. Jangan lupa belanja aku kalau dapat ikan besar tau!

Till then,

4 comments:

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^