Imran Ajmain & Najwa Mahiaddin Berduet dalam Lagu Sentiasa Merinding

 Hai dan salam sejahtera korang,

Buat pertama kalinya, penyanyi kelahiran Singapura, Imran Ajmain berduet bersama dengan Najwa Mahaddin dengan single terbaru berjudul Sentiasa Merinding.

Sentiasa Merinding yang mengangkat martabat genre R&B Pop dengan gabungan alunan Melayu klasik ini merupakan sebuah karya hasil kerjasama Imran yang mewakili SukaSucre Creatives dan Najwa (Nada Biru Muzik Sdn Bhd).

Untuk pengetahuan korang, perkataan "merinding" dalam lagu ini membawa maksud "meremang". Lagu ini digambarkan untuk memiliki sebuah hubungan yang baik, setiap manusia harup memupukkan elemen keterujaan tersebut.

 

Selain tu, dalam majlis perasmian ini, turut dirasmikan muzik video kepada lagu Sentiasa Merinding yang kini dah ada di dalam semua media digital. Muzik video yang bertemakan hitam putih ini merupakan idea Imran dan diarahkan oleh Zul Luey dari Luey Motion Lab.



Sedikit info tentang single duet Sentiasa Merinding nyanyian Imran Ajmain dan Najwa Mahiaddin:

Senikata & gubahan: Najwa Mahiaddin, Imran Ajmain & Az Avex Azman
Rakaman: Faiz Rosli
Penerbit & susunan muzik: Avex untuk Boxavex Entertainment, Melbourne
Adunan muzik: Ezekiel Keran untuk M03 Records LLP
Mastering: Tom Coyne di Sterling Sound, New York
Terbitan dengan usahasama: SukaSucreCreative & Nada Biru Muzik

  

Lirik Lagu Sentiasa Merinding

Imran:
Ada satu janji dari dahulu
Dilarang untuk disebut-sebut
Hanya yang tahu mereka kan mengerti
Dan yang tak kenal, berdiamlah diri
Ohh, adakah kamu terbilang jua
Ohh, apa kau rasa?
'tuk siapa ku simpan rahsia?
Ohh, kita berdua

Chorus:
Ku tak perlu cinta mu berterma bersyarat
Ku tak perlu kasih sayang yang berdinding-dinding
Ku tak mahu cinta mu yang sebelahnya berat
Aku mahu perasaan sentiasa merinding

Imran & Najwa
(Humming)

 Najwa:
Ada satu kisah cinta purba
Realisasi pada yang mencari
Namun tak semua kan menemui
Hanya cinta unggul bisa merai

Ohh, adakah kamu terbilang jua
Ohh, apa kau rasa?
'tuk siapa ku simpan rahsia?
Ohh, kita berdua

Imran & Najwa
(Chorus)

Bridge:

Imran:
 Kata-kata di angin
Kata apa ku ingin
Bersama lagi, selagi serasi ohh

Najwa:
Kemana ku acu panah
Tanpa mu ku tak berarah

Imran & Najwa
(Chorus)




Shoutout kepada SukaSucre, sebab sediakan menu hi-tea yang sedap sangat. Aku recommend untuk orang Cheras datang rasa sendiri cuba pastri dan kek di SukaSucre Bakery dan menu dari restoran SukaSucre Bistro.

Till then,

Post a Comment

1 Comments

Em said…
I am a katak bawah tempurung and are not aware of local entertainment scene. After watching this music video, the song is stuck in my mind already.

FOLLOWERS