Wednesday, November 18, 2015

Awana Hotel, RWG - Superior Deluxe Room

Assalamualaikum dan hello!


Memang sejak aku kawen haritu, aku dan suami dah buat plan yang kiteorang inshaAllah akan sediakan masa dalam sebulan sekali untuk short vacay. Short je macam 2 hari 1 malam punya trip atau check in je memana hotel untuk release tension.

Review Awana Hotel, Resort World Genting. Kami buat tempahan secara online kat website RWG. Ada banyak pilihan bilik, mestila kami amik yang paling kecik, iaitu Superior Deluxe Room *pun rasa besar gila untuk kami berdua -.-*.


Ok. Bermula dari memula nak check in kat kaunter, agak lambat servisnya. Mungkin sebab hanya ada 2 kaunter saja yang bukak walaupun aku check in Khamis. Kami beratur hampir 15 minit walaupun dah lengkap semua dokumen booking. Aku rasa deorang patut buat satu kaunter khas untuk orang yang dah book awal sebab aku dah bayar.

Lepas settle semua, dapat kupon makan untuk sarapan pagi esok dan kad untuk ke bilik aku di tingkat 19. Uyoo. Tinggi. Perjalanan dari reception untuk ke tower hotel aku agak jauh. Tapi ada banyak view cantik-cantik. Ada taman jugak.


Fasiliti: 
- Flat screen TV dengan channel TV yang best-best 
- Internet yang laju *tapi kena bayar*
- Mini Fridge
- Cerek elektrik dan bahan kopi dan teh. 
- Tub mandi *tapi agak kecik
- Iron & board which yang aku rasa best sebab tak payah request macam setengah hotel.  
- Meja makan

Sebab ni la aku cakap besar gila untuk kami berdua. Superior Deluxe Room Awana Hotel Resorts World Genting ada 2 katil queen which yang aku rasa kalau aku tau haritu, aku ajak mertua aku check in sekali. HAHA








Well, balkoni dia best okay. Tengah malam best tau lepak kat situ. Angin sejuk je. Deorang siap sediakan kerusi panjang kat luar tu. Tapi suami aku gigih gak angkut kerusi dining keluar sebab lagi best :D


Permandangan dari balkoni.
Bath tub! Yay!


Since aku memang tau kat sini ada bath tub (even aku tak expect pulak yang bath tub dia kecik), aku dengan eksitednya bawak aromatherapy candle untuk aku dan suami berendam kat situ.




Dan yang paling penting untuk perempuan, cermin! Cermin dia seriously besar. Korang siap boleh nampak dari kepala ke kaki. Kalau yang terlampau tinggi tu tak tau la kan.


Swimming pool wei! Nampak grand. Pepagi nak mandi sini haritu, tapi tak jadi sebab sejuk. Last-last masa odw balik haritu menyesal tak mandi. Deorang selalu jugak buat pool party kat sini.



Shuttle bus services kat RWG pun ada. Route dia adalah seperti berikut. Kat bawah ada list masa dan lokasi menunggu bas kat Genting Highland ni.

First World Hotel to Awana Hotel to Lower Skyway Station. 




Golf course dia. Of kos aku takpegi main sebab aku mana reti. Golf untuk orang kaya je. Aku ni main cari cekelat dalam tepung je :D.


Hotel Room Rates:
Superior Deluxe: RM 440
One Room Condo: RM 472
Two Room Condo: RM 683
Club Suite: RM 524
Premier Suite: RM 911
Extra Bed: RM 80
Check in: 3 PM
Check out: 12 PM (boleh request check out lambat 1 PM)

Website Hotel: Awana Resort
Alamat: Genting Highlands Resort, 69000 Genting Highlands, Pahang, Malaysia 
Telefon:+60 3-6436 9000

Rating hotel: ★★★
Personal rating: ★★★½
Sebab? Aku rasa toilet dia agak kecik untuk bilik yang boleh duduk 4 orang dan untuk hotel 5 bintang dengan harga yang macam tu :)

   

1 comment:

  1. aida lom pernah stay d genting hghlands.
    balik hari. tu pun masa bujang dulu.
    dgn anak2 lom lg.
    teringin. but kenangkan yg theme park sedang proses renovation, tangguh.
    tq. review yg lengkap.
    in shaa Allah :)

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^